[ GERAKAN PENGUNDI SEDAR] ISU pengenalan tulisan khat di dalam silibus Bahasa Melayu di sekolah yang hampir reda nampaknya terbakar semula apabila ahli parlimen Kepong (DAP), Lim Lip Eng mengeluarkan kenyataan yang amat biadap dan keras dalam mengulas isu ini. Beliau mengulas pendek dalam Bahasa Inggeris yang bermaksud: “Sedangkan menteri-menteri pendidikan di negara-negara jiran memperkenalkan (pembelajaran) koding komputer kepada murid-murid muda, janganlah kita sapu tahi lembu pada muka kita dengan memperkenalkan tulisan khat. Tolonglah”. Selepas mendapat kecaman yang hebat dari warganet, beliau tidak menurunkan hantaran tersebut tetapi hanya menyunting (edit). Walaubagaimanapun, kita masih boleh melihat ‘sejarah suntingan’ (edit history) hantaran tersebut. Inilah wajah sebenar Lim Lip Eng. Tulisan kaligrafi pun boleh dijadikan modal ‘perjuangan’ membela bangsanya. Mungkin kerusi parlimen Kepong sudah dimenangi oleh DAP sejak 1982 iaitu 37 tahun yang ...