Skip to main content

Posts

Showing posts from April, 2020

KENAPA ISU ROHINGYA MENJADI PANAS ?

Banyak video yg diviralkan berkenaan Rohingya dan rata-rata video tersebut adalah video lama terutama semasa solidariti utk Rohingya di Taman Tasik Titiwangsa pada tahun 2016. Isu Rohingya ini sebenarnya utk membuat satu "diversion" akan isu pendatang China yg mendapat ic terutamanya apabila sudah mula beberapa individu dan ngo yg membuat laporan polis supaya warga cina diburu habis-habisan. Apabila ini bermula maka RBA terpaksa mencari jalan atau diversion agar pendatang China ini tidak digempur semasa PKP ini.  Ada beberapa persoalan yg perlu dijawab oleh rakyat Malaysia iaitu mana lebih mudharat sama ada pelarian Rohingya atau pendatang China yg sudah dapat ic. Mari kite rungkai satu persatu. 1. Pelarian Rohingya ini mudah dikenali dan mereka ramai menetap di kawasan tertentu sahaja seperti di Selayang dan Kuala Lumpur. Jumlah mereka sekitar 100,000 orang sahaja. Manakala pendatang China yg jumlahnya mungkin ratusan ribu orang sangat sukar dikenali kerana rupa mer...

GUANE CANGGOH SEKALI KENYATAAN MAD SAID ?

Dilihatkan kenyataan antara kedua pemimpin UMNO Negeri Terengganu ini bercanggah diantara satu sama lain. Dibawah adalah kenyataan sinis komen netizen anak muda Terengganu berkenaan tuduhan liar Pengerusi Perhubungan Umn Negeri terengganu, Ahmad Said. Ning NOK KABO LEVEL AKAL PENGERUSI UMNO Bakpe yg Mad id jadi meroyan gitu seme hawe sebulan kene kurung dlm rumoh mkn lada...MPKK dok ator beras ke? Mcm org isim buleh mic ning ckp ngubu ngabang skali. Sapa dokleh sesen dia kabo. Ni sifir mudoh dok perlu kira fasa² lah...nok kabo buleh ke dok jer... Kang kerajaan wi doh 45k kpd setiap YB dok kira PAS UMNO same rata. Patu 255k kpd Pusat Khidmat Masyarakat semua 32 Dun. Ke Mad id ni duduk dun ke 33? Kalu dok buleh mana bukti Mad id eh? Biar aku sdiri wat laporan! Kerana Pitih, Mat Said ajok UMNO jadi tamak haloba. Kerana Tamak, segala kebaikan dicerca dan difitnah. Kerana Tamak, Pengerusi UMNO Trg rela cakap lebong + plawok! Kerana Tamak, pah mane dose pahale?...

MAKLUM BALAS BERKAITAN RM45,000 BANTUAN COVID-19 KEPADA ADUN BN

Saya menghormati YB Dato’ Seri Ahmad Said sebagai mantan Menteri Besar Terengganu, rakan pentas politik. Saya juga terbuka untuk menerima apa jua pandangan dan kritikan, walaupun sebenarnya saya merasakan beliau boleh sahaja menghubungi saya atau bertemu untuk memberikan pandangan atau cadangan beliau. Tentunya dalam hal ini kita perlu memahami apa yang berlaku. YAB Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan sebanyak RM10 juta untuk membantu golongan yang terjejas ini. Peruntukan ini disalurkan kepada Kerajaan Negeri dan perlu diuruskan dengan segera. Kerajaan Negeri telah mengumumkan Pakej Rangsangan Terengganu Cakna COVID19 untuk diagihkan kepada rakyat yang sangat terjejas. Suasana semasa wabak pandemik ini pula memerlukan bantuan disampaikan dengan kadar yang segera dan tepat pada sasarannya.  Ada dua perkara yang berkait dengan penyampaian bantuan ini. Pertama, bantuan mesti disampaikan pada rakyat yang memerlukan, tanpa mengira warna politik mereka. ...

BANTUAN COVID-19 : TUDUHAN AHMAD SAID TERHADAP PAS TIDAK BENAR

Pejabat Daerah melalui Pegawainya iaitu Penghulu Mukim dibantu oleh MPKK adalah merupakan agensi kerajaan yang berautoriti atau paling layak untuk merealisasikan Pakej Ransangan Cakna Covid-19 ini. Bagi memastikan serta menyelarasdan memudahkan pengagihan bantuan ini, peruntukan akan disalurkan kepada PUSAT KHIDMAT MASYARAKAT DUN yang telah diseliakan oleh ADUN-ADUN kerajaan dan penyelaras-penyelaras samada di pihak kerajaan (PAS) mahupun pembangkang (BN). Sepatutnya tidak timbul isu, mengapa ADUN pembangkang (BN) hanya mendapat RM45,000 tapi ADUN PAS dapat peruntukan RM350,000 ? seperti yang dituduh oleh Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri terengganu Ahmad Said. Ini kerana, peruntukan ini bukan untuk ADUN dan bukan bantuan ADUN tetapi untuk MPKK & agensi kerajaan bagi disalurkan kepada rakyat. Yang jadi persoalan, kenapa sumbangan juga disalurkan melalui ADUN BN sebanyak RM45,000 ?. Sepatutnya, peruntukan ini tidak perlu disalurkan kepada ADUN BN. ADUN BN agih peruntukan in...

BENARKAH TUDUHAN LIAR AHMAD SAID TAK DAPAT SATU SEN, PAS MINTA PADA LAPOR SPRM

KUALA TERENGGANU – Memang benar dakwaan Mantan Menteri Besar Terengganu, Dato Seri Ahmad Said tidak mendapat satu sen pun daripada peruntukan bantuan Covid19. Sebaliknya Ketua Khidmat Malaysia PAS Terengganu, Haji Hanafiah Mat bekata, ia bukan kerana wang tersebut tidak ada, tetapi ADUN Kijal itu belum menuntutnya dari pejabat daerah Kemaman. Justeru Hanafiah menyeru agar Ahmad berkata benar dan jangan mengeluarkan kenyataan yang mengelirukan orang ramai. “Masa ni bukan nak berpolitik, kerajaan salur peruntukan kepada rakyat melalui agensi kerajaan iaitu MPKK, “Saya telah bertanya MPKK hampir disetiap DUN mereka memberitahu tidak berlaku susup (sembunyi) barangan sebagaimana yg dituduh (Ahmad Said),” ujarnya ketika dihubungi. Hanafiah yang Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Perpaduan Nasional negeri, menegaskan demikian ketika mengulas ciapan terbaru Ahmad melalui media sosial hari ini. Ahmad dalam hantaran terkini itu ‘masih berdegil’ dan...

KERAJAAN NEGERI TERENGGANU MEMPERUNTUKKAN RM45 RIBU UNTUK ADUN PAS & UMNO

Tetapi amat mengejutkan apabila kenyataan separuh masak dan fitnah seperti acuan PH, datang dari mantan MB Terengganu, Dato’ Seri Ahmad Said. Beliau sekarang memegang jawatan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Terengganu, iaitu orang nombor satu Umno Terengganu. Ia bukanlah satu jawatan murahan. Oleh itu, tiadalah akan disangka kenyataan fitnah, yang sekadar ‘hear say’ dikeluarkan beliau. Ahmad secara jelas menafikan menerima wang bantuan Covid 19 dari Kerajaan Pusat melalui Kerajaan Negeri sebanyak RM45 ribu, pada kenyataan beliau yang pertama. Ahmad juga menuduh MPKK telah membahagi-bahagikan bantuan secara senyap, dengan bersandarkan 'saya dimaklumkan’. Ini adalah satu tuduhan yang amat bahaya kerana jika tidak pasti, beliau mesti menyiasat dahulu, bukan menuduh di media sosial, kerana jawatan beliau itu. Bagai modus operandi PH, kutip cerita tepi longkang dan sebar. Telah diterangkan secara jelas oleh Ketua Penerangan PAS Terengganu yang juga Exco Belia, Sukan dan NGO,...

Komersil tanaman buluh berbeza dengan PH tebang Sawit Tanam Buluh

Malam ni cerita buluh. Buluh tak dak dosa apa pun. Mencadangkan tanaman buluh dikomersilkan pun bukan salah. Orang motong getah ketawa dan pekebun sawit pun ketawa berdekah-dekah waktu Taresa Kok cadang dulu itu kerana yang sampai ke telinga orang ialah disuruh tebang getah dan sawit, ganti dengan tanaman buluh - untuk atasi masalah harga komoditi getah dan sawit yang jatuh merudum. Ditambah pula dengan cadangan Taresa supaya pergi menoreh pakai baju hujan. Akibatnya kisah m asa depan industri buluh tak sampai, tenggelam dalam kebodohan cadangan pergi motong pakai baju hujan. Cadangan Dato' Khairuddin Aman Razali hari ini ialah bangunkan ladang buluh, sebagai tanaman komersil, bukan ganti ladang getah dan sawit dengan ladang buluh. Ini cerita daripada bab buluh daripada Dato' Dr Khairuddin AtTakiri, Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi yang mengambil tempat Taresa... Tentang buluh.... 1. Size pasaran dunia untuk buluh ialah USD68.8 bilion. Pada tahun 2017,...