Malaysia pada Khamis menyambut baik keputusan kerajaan India untuk menyambung kembali pengimportan minyak kelapa sawit dari Malaysia, setelah lebih empat bulan negara berkenaan meminda polisi dasar import bahan itu yang telah menjejaskan eksport Malaysia. Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Mohd Khairuddin Aman Razali berkata perkembangan berkenaan dijangka akan memberikan impak positif kepada industri sawit dan ekonomi negara, serta mengukuhkan kembali harga minyak sawit di pasaran antarabangsa. "Kerajaan Malaysia menyambut baik tindakan India untuk tidak memperbaharui arahan tersebut pada 4 Mac 2020. Di samping itu, kesediaan kerajaan Malaysia untuk memastikan jurang dagangan yang sebelum ini menjadi isu juga merupakan faktor penting peningkatan tersebut," kata Khairuddin dalam kenyataan media yang dikeluarkan pada Khamis. Pada Disember lalu, hubungan dua hala antara Malaysia dan India menjadi tegang ekoran kritikan yang dilemparkan oleh Mahathir Mohamad y...