Skip to main content

Posts

Recent

DAP TELAH TIADA TAPI PENGGADAIAN KEPENTINGAN BUMIPUTERA BERTERUSAN : UEM SUNRISE ‘BAILOUT’ ECOWORLD

  1. Pengarah Urusan (MD) dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) UEM Sunrise Bhd, Anwar Syahrin Abdul Ajib telah berhenti tiba – tiba. Perletakan berlaku sehari selepas cadangan pengabungan UEM Sunrise dan Eco World Development Group Bhd diumum secara rasmi. 2. Saya ialah yang pertama mendedahkan mengenai pengabungan yang jelas bersifat bailout ini sejak tahun lepas lagi (sila klik https://www.facebook.com/watch/live/?v=1307932699380585&ref=watch_permalink ). Namun pendedahan saya telah dijawab dengan penafian TIPU oleh UEM Sunrise dengan kenyataan mereka disiarkan oleh beberapa media kononnya UEM Sunrise tidak membuat atau menerima sebarang cadangan mengenai pengabungan (bailout) dengan Ecoworld. 3. UEM Sunrise ialah syarikat hartanah dengan suntikan dana besar dari Khazanah dan ‘bank tanah’ miliknya adalah hasil anugerah tanah oleh kerajaan yang sangat banyak dikawasan strategik telah dipaksa bergabung yang lebih tepat bailout Ecoworld sebuah syarikat yang mempunya liabiliti dan b...
Recent posts

PARTI BARU TUN

 PARTI BARU TUN Ramai orang memberi maklum balas sinikal terhadap penubuhan parti baru oleh Tun, saya mempunyai pandangan berbeza. Tun seorang politikus licik dan berpengalaman, gerak politik beliau masih berpotensi memberi impak besar kepada politik tanah air. Sokongan ahli-ahli Bersatu terhadap Tun masih kuat, namun sokongan tersebut tidak boleh dijelmakan kerana Tun berada di luar parti. Apabila Tun menubuhkan parti baru, ini membuka ruang kepada penyokong beliau untuk keluar Bersatu dan menyertai parti baru ini. Lagipun masa depan politik Bersatu itu sendiri masih kabur apabila PN gagal didaftarkan, dalam masa sama Umno terus menolak parti tersebut. Penubuhan parti oleh Tun menyediakan pentas baru kepada ahli-ahli Bersatu untuk meneruskan idealisme perjuangan selepas parti asal mereka itu seperti bertemu jalan mati sekarang. Selain berusaha mendapat sokongan ahli2 Bersatu, saya percaya Tun akan merintis kolisi politik baru selepas parti beliau didaftarkan secara rasmi nanti. Ke...

India Pinda Polisi Minyak Sawit, Tiada Lagi Sekatan Import Sawit Malaysia

Malaysia pada Khamis menyambut baik keputusan kerajaan India untuk menyambung kembali pengimportan minyak kelapa sawit dari Malaysia, setelah lebih empat bulan negara berkenaan meminda polisi dasar import bahan itu yang telah menjejaskan eksport Malaysia. Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Mohd Khairuddin Aman Razali berkata perkembangan berkenaan dijangka akan memberikan impak positif kepada industri sawit dan ekonomi negara, serta mengukuhkan kembali harga minyak sawit di pasaran antarabangsa. "Kerajaan Malaysia menyambut baik tindakan India untuk tidak memperbaharui arahan tersebut pada 4 Mac 2020. Di samping itu, kesediaan kerajaan Malaysia untuk memastikan jurang dagangan yang sebelum ini menjadi isu juga merupakan faktor penting peningkatan tersebut," kata Khairuddin dalam kenyataan media yang dikeluarkan pada Khamis. Pada Disember lalu, hubungan dua hala antara Malaysia dan India menjadi tegang ekoran kritikan yang dilemparkan oleh Mahathir Mohamad y...

KENAPA ISU ROHINGYA MENJADI PANAS ?

Banyak video yg diviralkan berkenaan Rohingya dan rata-rata video tersebut adalah video lama terutama semasa solidariti utk Rohingya di Taman Tasik Titiwangsa pada tahun 2016. Isu Rohingya ini sebenarnya utk membuat satu "diversion" akan isu pendatang China yg mendapat ic terutamanya apabila sudah mula beberapa individu dan ngo yg membuat laporan polis supaya warga cina diburu habis-habisan. Apabila ini bermula maka RBA terpaksa mencari jalan atau diversion agar pendatang China ini tidak digempur semasa PKP ini.  Ada beberapa persoalan yg perlu dijawab oleh rakyat Malaysia iaitu mana lebih mudharat sama ada pelarian Rohingya atau pendatang China yg sudah dapat ic. Mari kite rungkai satu persatu. 1. Pelarian Rohingya ini mudah dikenali dan mereka ramai menetap di kawasan tertentu sahaja seperti di Selayang dan Kuala Lumpur. Jumlah mereka sekitar 100,000 orang sahaja. Manakala pendatang China yg jumlahnya mungkin ratusan ribu orang sangat sukar dikenali kerana rupa mer...

GUANE CANGGOH SEKALI KENYATAAN MAD SAID ?

Dilihatkan kenyataan antara kedua pemimpin UMNO Negeri Terengganu ini bercanggah diantara satu sama lain. Dibawah adalah kenyataan sinis komen netizen anak muda Terengganu berkenaan tuduhan liar Pengerusi Perhubungan Umn Negeri terengganu, Ahmad Said. Ning NOK KABO LEVEL AKAL PENGERUSI UMNO Bakpe yg Mad id jadi meroyan gitu seme hawe sebulan kene kurung dlm rumoh mkn lada...MPKK dok ator beras ke? Mcm org isim buleh mic ning ckp ngubu ngabang skali. Sapa dokleh sesen dia kabo. Ni sifir mudoh dok perlu kira fasa² lah...nok kabo buleh ke dok jer... Kang kerajaan wi doh 45k kpd setiap YB dok kira PAS UMNO same rata. Patu 255k kpd Pusat Khidmat Masyarakat semua 32 Dun. Ke Mad id ni duduk dun ke 33? Kalu dok buleh mana bukti Mad id eh? Biar aku sdiri wat laporan! Kerana Pitih, Mat Said ajok UMNO jadi tamak haloba. Kerana Tamak, segala kebaikan dicerca dan difitnah. Kerana Tamak, Pengerusi UMNO Trg rela cakap lebong + plawok! Kerana Tamak, pah mane dose pahale?...

MAKLUM BALAS BERKAITAN RM45,000 BANTUAN COVID-19 KEPADA ADUN BN

Saya menghormati YB Dato’ Seri Ahmad Said sebagai mantan Menteri Besar Terengganu, rakan pentas politik. Saya juga terbuka untuk menerima apa jua pandangan dan kritikan, walaupun sebenarnya saya merasakan beliau boleh sahaja menghubungi saya atau bertemu untuk memberikan pandangan atau cadangan beliau. Tentunya dalam hal ini kita perlu memahami apa yang berlaku. YAB Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan sebanyak RM10 juta untuk membantu golongan yang terjejas ini. Peruntukan ini disalurkan kepada Kerajaan Negeri dan perlu diuruskan dengan segera. Kerajaan Negeri telah mengumumkan Pakej Rangsangan Terengganu Cakna COVID19 untuk diagihkan kepada rakyat yang sangat terjejas. Suasana semasa wabak pandemik ini pula memerlukan bantuan disampaikan dengan kadar yang segera dan tepat pada sasarannya.  Ada dua perkara yang berkait dengan penyampaian bantuan ini. Pertama, bantuan mesti disampaikan pada rakyat yang memerlukan, tanpa mengira warna politik mereka. ...

BANTUAN COVID-19 : TUDUHAN AHMAD SAID TERHADAP PAS TIDAK BENAR

Pejabat Daerah melalui Pegawainya iaitu Penghulu Mukim dibantu oleh MPKK adalah merupakan agensi kerajaan yang berautoriti atau paling layak untuk merealisasikan Pakej Ransangan Cakna Covid-19 ini. Bagi memastikan serta menyelarasdan memudahkan pengagihan bantuan ini, peruntukan akan disalurkan kepada PUSAT KHIDMAT MASYARAKAT DUN yang telah diseliakan oleh ADUN-ADUN kerajaan dan penyelaras-penyelaras samada di pihak kerajaan (PAS) mahupun pembangkang (BN). Sepatutnya tidak timbul isu, mengapa ADUN pembangkang (BN) hanya mendapat RM45,000 tapi ADUN PAS dapat peruntukan RM350,000 ? seperti yang dituduh oleh Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri terengganu Ahmad Said. Ini kerana, peruntukan ini bukan untuk ADUN dan bukan bantuan ADUN tetapi untuk MPKK & agensi kerajaan bagi disalurkan kepada rakyat. Yang jadi persoalan, kenapa sumbangan juga disalurkan melalui ADUN BN sebanyak RM45,000 ?. Sepatutnya, peruntukan ini tidak perlu disalurkan kepada ADUN BN. ADUN BN agih peruntukan in...