1. Pengarah Urusan (MD) dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) UEM Sunrise Bhd, Anwar Syahrin Abdul Ajib telah berhenti tiba – tiba. Perletakan berlaku sehari selepas cadangan pengabungan UEM Sunrise dan Eco World Development Group Bhd diumum secara rasmi.
2. Saya ialah yang pertama mendedahkan mengenai pengabungan yang jelas bersifat bailout ini sejak tahun lepas lagi (sila klik https://www.facebook.com/watch/live/?v=1307932699380585&ref=watch_permalink). Namun pendedahan saya telah dijawab dengan penafian TIPU oleh UEM Sunrise dengan kenyataan mereka disiarkan oleh beberapa media kononnya UEM Sunrise tidak membuat atau menerima sebarang cadangan mengenai pengabungan (bailout) dengan Ecoworld.
3. UEM Sunrise ialah syarikat hartanah dengan suntikan dana besar dari Khazanah dan ‘bank tanah’ miliknya adalah hasil anugerah tanah oleh kerajaan yang sangat banyak dikawasan strategik telah dipaksa bergabung yang lebih tepat bailout Ecoworld sebuah syarikat yang mempunya liabiliti dan bermasalah milik taikun Cina. Ini antara sebab utama saya melawan kerajaan PH – DAP kerana menjahanamkan harta bumiputera dengan menjual syarikat dan kepentingan bumiputera kepada taikun. Malah syarikat taikun bermasalah dipaksa ditanggung oleh syarikat milik negara. Saya antara yang awal melawan sendirian. Saya sendirian berdepan tindakan undang undang oleh Tony Phua (sila klik https://www.facebook.com/watch/?v=1011215232547364) kerana siri pendedahan saya yang kemudian dikutip dan disambung oleh beberapa nama politik besar negara.
4. Ecoworld sedang berdepan masalah. Laporan dalaman menyatakan Ecoworld mencatatkan KERUGIAN bersih RM93.36 juta pada suku kedua yang berakhir pada 30 Jun 2020. Pendapatannya pula merosot teruk 88.8 peratus. Kegilaan ini WAJIB dihentikan. Ecoworld sedang berdepan masalah kewangan, liabiliti sangat tinggi gabungan dengan Syarikat milik kerajaan UEM Sunrise ialah bail out di mana semua liabiliti dan kerugian Ecoworld ditanggung UEM Sunrise tetapi kekayaan UEM Sunrise akan disedut taikun kaya Ecoworld. (Klik https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=395281384512413&id=330750857632133 )
5. Saya lawan PH DAP kerana benda mengarut seperti ini. Saya yang pertama mendapat butiran pada pertengahan Ogos 2019 apabila Mesyuarat Lembaga Pengarah Sime Darby Property Berhad telah meluluskan untuk melantik Pengarah Eksekutif Eco World Development Group Berhad, Dato Voon Tin Yow sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Sime Darby Property. Ketika itu CEO baru (taikun Cina, Tin Yow) akan ditetapkan bakal memperolehi RM265,000 sebulan di mana CEO Bumiputera sebelum ini hanya menerima RM62,000 sebulan. Saya lawan dedahkan sehingga diulang oleh beberapa media dan penama politik terkemuka. Akhirnya lantikan ini dibatalkan. Saya mendapat ancaman tindakan undang undang dari beberapa terlibat namun saya hadapi sendirian. Demi pertahan yang hak. (sila klik https://www.facebook.com/chegubard/posts/146987996509866)
6. Namun hari ini DAP sudah tidak ada kuasa, kononya kerajaan yang dibentuk ini kerajaan berteraskan kepentingan bumiputera malangnya kegilaan ini tidak dihentikan. Sebelum ini kita menyalahkan Tan Sri Dato' Sri Liew Kee Sin yang merupakan pemegang kepentingan terbesar dalam Ecoworld kerana ada hubungan dengan Lim Guan Eng dan Tony Phua. Namun semua lahanat ini sudah tidak ada.
7. Nampaknya Pengarah Urusan Khazanah Nasional Shahril Ridza harus dipertanggungjawabkan terhadap perkembangan ini. Usaha pengabungan bail out UEM Sunrise ke atas Ecoworld sudah terhenti dulu namun kali ini Khazanah teruskan semula. Adakah ia ada kaitan dengan siri pertemuan kamu khususnya siri rundingan di premis bawah kawalan Syed Mokhtar ? Syed Mokhtar melalui pegangan Syabas Tropikal Sdn Bhd sedang dikesan hendak menyelamat diri membuat keuntungan jangka pendek namun ia sebenarnya sedang menggadai kepentingan pegangan bumiputera. Negara ini sedang dikawal barua – barua korporat yang seronok memperkuda orang politik sejak dulu. Bila untung mereka sedut… bila rugi negara kena tanggung.
8. Bail out UEM Sunrise ke atas Ecoworld harus dihentikan segera. Kerja – kerja bangsat ini WAJIB dilawan oleh rakyat. Ketika Covid 19 mengancam rakyat, negara ditekan keadaan ekonomi lembab mereka terus melanun. Ketika kerajaan diancam polemik politik, barua – barua korporat ini tidak peduli terus melanun kerana bagi mereka siapa juga memerintah mereka boleh perkudakan. Jelas ditangan saya ialah rumusan laporan yang disediakan oleh KAF Seagroatt @ Campbell Securities yang jelas menyatakan pengabungan itu merugikan UEM Sunrise.
9. Kita juga sedang meneliti berkenaan pemberian tanah utama Bandar Malaysia pada Tan Sri Lim Kang Hoo yang mana ia berkaitan dengan rakan di dari China dengan nilai kontrak 140 billion.
Sangat memahami Tan Sri Muhyiddin Yassin sedang sibuk mengendalikan bahtera negara dalam perbagai ancaman penyakit, ekonomi dan ancaman orang gila politik namun kamu kena sedar ada korporat keparat sedang meneruskan rompakan.
Catatan Umum oleh che’GuBard
10 Oktober 2020

Comments
Post a Comment