Skip to main content

Posts

Showing posts from May, 2019

Tindakan Zaharudin, Tiada restu dari Tuan Guru Presiden PAS

[HARAKAHDAILY]  Dakwaan bekas anggota Jawatankuasa PAS Pusat, Zaharudin Muhammad mendedahkan isu berhubung 'kartel dedak' suatu ketika dulu mendapat restu presiden parti terbabit adalah tidak benar. Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, tiada restu diberikan terhadap Zaharudin berhubung isu tersebut seperti yang didakwa Zaharudin di dalam laman Facebook beliau pada 12 Mei lalu. "Restu tak betul, tak betul. Pasal restu ni tak timbul. Tiada restu," tegas Tuan Guru. Menurut Tuan Guru, Zaharudin bakal dikenakan tindakan disiplin atas sebab mengulangi atau memainkan semula fitnah yang telah lama selesai didalam PAS. "Oleh kerana mengungkit balik perkara itu, dianggap sebagai sesuatu berkait dengan disiplin, dan kita (telah) membuat aduan kepada PAS negeri, dan PAS kawasan. "Kemungkinan tindakan itu terima dulu, (yang pasti) akan di hadapkan. Kita (juga) dimaklumkan oleh negeri dan kawasan, (mereka juga) menghantar laporan...

SETAHUN KERAJAAN TERENGGANU : 45 PENCAPAIAN

1.Memperkenalkan Politik Kasih Sayang untuk menenangkan suhu politik negeri yang sangat tegang. 2.Mendapat dokongan dua orang bekas Menteri Besar Terengganu, Dato’ Seri Ahmad Said dan Dato’ Seri Ahmad Razif dalam isu pembangunan negeri. 3.Melakukan lawatan ke Pejabat Perdana Menteri dalam mengukuhkan hubungan kerajaan negeri dengan kerajaan persekutuan.  4.Suasana Dewan Undangan Negeri Terengganu bertukar menjadi tenang dan perbincangan yang matang, tidak seperti Dewan Rakyat. 5.Menjemput Tun Daim Zainuddin ke program Bicara Darul Iman bersama pegawai kerajaan negeri Terengganu.  6.Pendekatan politik penyelesaian dan solusi bukannya politik tunding jari pada kerajaan lama.  7.Menunaikan 12 daripada 20 manifesto yang telah dijanjikan dalam PRU-14 dalam tahun 2019.  8.Pemberian lot tanah kediaman terutamanya kepada rakyat golongan terkilan tahun 1999-2004. 9.Menyelesaikan masalah geran hak milik tanah di Tanah Rancangan Felcra Mukim Jenagor setelah ...

Setahun PH: Anak Muda Masih Menaruh Harapan? – Syahir Sulaiman

Setahun yang lalu anak muda meletakkan harapan yang tinggi kepada Pakatan Harapan. Anak muda mengharapkan hutang PTPTN dihapuskan, tol dimansuhkan, GST dibatalkan, dan yang terpenting kos sara hidup dikurangkan. Selain itu anak muda mengharapkan perubahan dalam negara dengan keadilan ditegakkan, rasuah dihapuskan dan skandal 1MDB dibongkarkan. Maka ramailah anak muda berumur 20-an dan 30-an keluar mengundi pada 9 Mei yang lalu, sesak di setiap pusat pengundian bermula jam 9 pagi, beratur panjang untuk memangkah parti dan calon yang menjadi pilihan. Melihat ramainya anak muda yang keluar mengundi, dengan semuanya tunduk menghadap ‘handphone’ yang tidak lekang di tangan, menandakan ada suatu gelombang yang ingin dihantar ke Putrajaya oleh anak muda pada hari pengundian. Natijahnya suatu keputusan yang di luar jangkaan, BN tumbang buat pertama kalinya sejak negara mencapai kemerdekaan, di tangan PH yang menjanjikan 1001 harapan. Hari ini genap setahun peristiwa berse...

Catatan Khas: Setahun PH Berkuasa, Apa Rakyat Dapat.?

1. Esok 09 Mei 2019, genaplah setahun tumbangnya Kerajaan Barisan Nasional yang diganti dengan Kerajaan Pakatan Harapan. PH berjaya membentuk kerajaan setelah pengumuman keputusan penuh PRU 14 dibuat oleh Pengerusi SPR, Tan Sri Mohd Hashim Abdullah pada jam 04.40 pagi Khamis, 10 Mei 2018. Keputusan asal PRU 14 bagi kerusi Parlimen adalah seperti berikut; a) PH- 113 kerusi b) BN- 79 kerusi. c) PAS- 18 kerusi d) Warisan- 8 kerusi e) STAR - 1 kerusi f) Bebas- 3 kerusi Kedudukan terkini kerusi Parlimen pada 2019 sudah banyak berubah kerana berlakunya pesta melompat parti daripada pembangkang kepada kerajaan. Berikut adalah kedudukan semasa kerusi Parlimen; a) PH- 128 kerusi b) BN- 40 kerusi c) PAS- 18 kerusi d) GPS- 18 kerusi e) Warisan- 9 kerusi f) STAR- 1 kerusi g) PSB- 1 kerusi h) UPKO- 1 kerusi i) PBS- 1 kerusi j) PBRS- 1 kerusi h) Bebas- 3 kerusi Satu kerusi sedang kosong iaitu Parlimen Sandakan yang disandang oleh DAP sebelum ini. 2. Tarikh 09 Mei 2018 merupakan tarikh...

SETAHUN PAKATAN HARAPAN: 365 KEGAGALAN

1. Hutang kerajaan telah meningkat kepada RM741 bilion (51.8% dari KDNK) di bawah PH berbanding RM686 bilion (50.7% dari KDNK) di bawah BN. 2. Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia jatuh teruk daripada USD 109.4 bilion pada Mei 2018 kepada USD102.1 bilion pada Januari 2019.  3. Nilai Ringgit merosot berbanding matawang utama sejak 9 Mei 2018. Ketika itu, Ringgit diniaga pada kadar RM3.94 bagi setiap 1 USD, jatuh teruk kepada RM4.067 per USD pada Februari 2019. 4. Kita jatuh 2 anak tangga dalam Global Competitiveness Index bagi tahun 2018-2019 di kedudukan ke-25 dunia. 5. Defisit kerajaan untuk tahun 2018 adalah RM52.5 bilion (3.7% dari KDNK) berbanding RM40.3 bilion (3.0% dari KDNK) di bawah BN. 6. KDNK negara pada tahun 2019 dijangka pada paras 4.6% sedangkan sebelum PRU14 ekonomi Malaysia dinilai akan berkembang pada kadar 5.4% pada 2018 dan 5.1% pada 2019 7. PETRONAS telah dipaksa membayar RM80 bilion untuk tahun 2018 sahaja, jauh lebih tinggi berbanding divide...