1. Esok 09 Mei 2019, genaplah setahun tumbangnya Kerajaan Barisan Nasional yang diganti dengan Kerajaan Pakatan Harapan.
PH berjaya membentuk kerajaan setelah pengumuman keputusan penuh PRU 14 dibuat oleh Pengerusi SPR, Tan Sri Mohd Hashim Abdullah pada jam 04.40 pagi Khamis, 10 Mei 2018.
Keputusan asal PRU 14 bagi kerusi Parlimen adalah seperti berikut;
a) PH- 113 kerusi
b) BN- 79 kerusi.
c) PAS- 18 kerusi
d) Warisan- 8 kerusi
e) STAR - 1 kerusi
f) Bebas- 3 kerusi

Kedudukan terkini kerusi Parlimen pada 2019 sudah banyak berubah kerana berlakunya pesta melompat parti daripada pembangkang kepada kerajaan.
Berikut adalah kedudukan semasa kerusi Parlimen;
a) PH- 128 kerusi
b) BN- 40 kerusi
c) PAS- 18 kerusi
d) GPS- 18 kerusi
e) Warisan- 9 kerusi
f) STAR- 1 kerusi
g) PSB- 1 kerusi
h) UPKO- 1 kerusi
i) PBS- 1 kerusi
j) PBRS- 1 kerusi
h) Bebas- 3 kerusi

Satu kerusi sedang kosong iaitu Parlimen Sandakan yang disandang oleh DAP sebelum ini.
2. Tarikh 09 Mei 2018 merupakan tarikh bersejarah bagi Malaysia kerana buat kali pertamanya parti yang memerintah sejak merdeka iaitu BN hilang kuasa di peringkat persekutuan.
Tidak dinafikan bahawa keputusan PRU 14 merupakan proses yang mematangkan lagi demokrasi di tanah air kita yang tercinta ini. Rakyat dengan nekad menghukum BN dan Najib yang terpalit dengan skandal 1 MDB.
Adakah kesemua dakwaan dan tuduhan yang dilemparkan selama ini adalah benar atau pun fitnah.?
Perbicaraan kes ini sedang berjalan maka sebaiknya kita serahkanlah kepada Mahkamah untuk membuat keputusan dengan seadilnya tanpa tekanan mana-mana pihak.

3. Setelah setahun PH berkuasa, apa perasaan dan penilaian rakyat terhadap Kerajaan sekarang.?
Adakah rakyat riang gembira dan berpuas hati.?
Adakah rakyat marah dan tidak berpuas hati.?
Adakah rakyat menyesal kerana memilih PH.?
Adakah rakyat masih sudi memberi peluang kepada PH.?
Penilaian ini sebenarnya terletak kepada diri masing-masing.
Pendokong tegar PH pasti tetap teguh mempertahan Kerajaan PH manakala penyokong kuat parti pembangkang BN dan PAS pasti tidak puas hati dengan PH.
Bagaimana pula dengan rakyat yang berada di atas pagar.?
Mereka yang bukannya ahli dan penyokong mana-mana parti.

4. Kajian Merdeka Center menunjukkan tahap sokongan terkini PH berada di paras yang kritikal dan merudum.
a) Kadar puas hati rakyat terhadap pentadbiran kerajaan PH merosot daripada 79% pada 31 Mei 2018 kepada 39% pada 11 Mac 2019.
b) Hanya 34 peratus responden percaya negara kini berada di landasan yang betul berbanding 55 peratus pada Ogos 2018
c) Kadar tidak puas hati dalam soal ekonomi pula meningkat daripada 12% ke 52%

5. Sekiranya kita diberi pilihan skala markah daripada 1 sehingga 10 untuk menilai prestasi, berapakah yang Kerajaan PH layak dapat.?
PM, Tun Dr Mahathir memberikan 5 markah sahaja kepada prestasi Menteri Kabinet.
Ada beberapa Menteri yang syok sendiri, memberi markah lebih daripada itu.
Seandainya ditanya kepada saya, PH hanya layak dapat 2 markah sahaja.

6. Setelah setahun PH berkuasa, apa yang rakyat dapat lihat.?
Rakyat lihat barisan Kabinet Kerajaan PH yang lemah, cacamerba, suka U Turn, dan bertengkar sesama sendiri.

Setelah setahun PH berkuasa, apa yang rakyat dapat lihat.?
Rakyat lihat barisan Menteri PH yang bermentalitikan Pembangkang, hanya tahu menyalahkan pihak lawan dan mengulang-tayang skrip lama yang membuatkan rakyat jadi bosan.

Adakah PH menyangka tajuk 1 MDB, Kleptokrasi, 2.6bilion, 90 juta dan bermacam lagi yang menjadi modal ceramah PH ketika PRU 14 dulu masih relevan sekarang dan sedap untuk didendang selama-lamanya.?
7. Setelah setahun PH berkuasa, apa yang rakyat dapat lihat.?
Rakyat lihat PH hanya menjadi saudagar jual mimpi indah, berapa banyak janji Manifesto PH yang dimungkiri.?
Janji itu kini hanya tinggal kenangan indah sahaja.
Rakyat lihat PH hanya menjadi saudagar jual mimpi indah, berapa banyak janji Manifesto PH yang dimungkiri.?
Janji itu kini hanya tinggal kenangan indah sahaja.
Setelah setahun PH berkuasa, apa yang rakyat dapat lihat.?
Rakyat lihat PH hanya pandai menjenamakan semula apa yang BN sudah buat.
Wah, mudahnya kerja apabila tidak ada idea baru maka tukar nama sahaja.
Entah berapa pula wang rakyat yang dibelanjakan untuk urusan pertukaran nama bangunan, papan tanda dan produk ini.
PH juga amat pakar dalam menjual aset negara dan menambah hutang negara.

8. Setelah setahun PH berkuasa, apa yang rakyat dapat lihat.?
Rakyat lihat PH pun tidak kurang hebatnya dalam menyalahgunakan kuasa.
Pembangkang ditekan dengan pelbagai siasatan oleh pihak berkuasa manakala pemimpin, ahli keluarga dan kroni PH boleh dilepaskan begitu sahaja.

Lihatlah bagaimana Peguam Negara dengan sesuka hatinya menggugurkan kes rasuah Lim Guan Eng yang sedang dibicarakan di mahkamah.
Peguam tersohor Siti Kasim juga tidak jadi didakwa di mahkamah atas arahan Peguam Negara.
Kerajaan PAS Kelantan disaman atas isu pembalakan di kawasan orang Asli sedangkan Kerajaan PH Perak tidak pula disaman.
Deretan lagi senarai panjang kes yang melibatkan pemimpin dan penyokong PH kini digugurkan atas arahan Peguam Negara.

PH hanya pandai bercakap mengenai prinsip Separation of Power, Rule of Law, Integriti tetapi hakikatnya mereka sendiri gagal menjunjung prinsip ini apabila sudah berkuasa.
9. Setelah setahun PH berkuasa, apa yang rakyat dapat lihat.?
Rakyat lihat betapa banyak bantuan, subsidi, dan insentif kepada golongan pertengahan dan miskin B 40 yang dipotong.
Golongan petani, nelayan, peneroka, pesawah, pekebun, pencen tentera adalah antara yang teruk terkesan.
Faktanya, majoriti yang terkesan ialah orang Melayu-Islam yang berada di kawasan pedalaman dan luar bandar.
Mereka yang diberhentikan kerja juga semakin ramai pada era PH berkuasa ini.
Kos sara hidup kian meningkat, harga barang terus naik walaupun GST sudah tiada.
1001 permasalahan rakyat masih belum dapat diselesaikan oleh Kerajaan PH yang sibuk mahu menandatangani perjanjian antarabangsa seperti ICERD, dan Rom Statute.
Adakah perkara sebegitu lebih utama berbanding kesusahan hidup rakyat di dalam negara.?
Mungkin,ini Fiqh Awlawiyyat versi PH yang hebat mencanang Maqasid Syariah.

10. Jadi, sebenarnya apa kelebihan dan manfaat yang rakyat dapat setelah setahun PH berkuasa.?
Adakah keadaan ekonomi negara semakin baik dan pulih apabila PH berkuasa.?
Persoalan penting ini patut dijawab oleh pemimpin dan penyokong PH kerana rakyat di bawah sana pasti berfikir adakah tarikh 09 Mei 2018 wajar dikenang sebagai Sinar Malaysia Baru atau Hari Gelap Malaysia.?

Catatan oleh,
Syed Ahmad Fadhli
Pegawai Pusat Penyelidikan Pas
08 Mei 2019
Syed Ahmad Fadhli
Pegawai Pusat Penyelidikan Pas
08 Mei 2019

Comments
Post a Comment