APABILA
diberitahu Datuk Seri Anwar Ibrahim (DSAI) sudah diberi pengampunan dan
dibebaskan dari penjara, saya kata: 'Baguslah'.
Ramai ahli
PAS dan pendukung PAS, bukan PKR atau PH, tetapi saya tidak setuju dengan apa sahaja
bentuk kezaliman, terhadap sesiapa sahaja.
Oleh kerana
Islam yang mengajar begini, maka pemimpin, pendukung, ahli PAS lah yang paling
konsisten mempertahankan saudara (bahasa yang biasa diguna untuk DSAI) daripada
fitnah liwat dahulu.
Di saat kemuncak
fitnah dan tuduhan ketika itu, Almarhum Datuk Harun Din pernah meletakkan
tangannya di dada saudara, memastikan saudara memang bercakap benar tidak
terlibat dengan liwat itu.
Presiden
PAS sekarang, Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang juga berceramah ke
sana sini mempertahankan saudara dari tuduhan itu. Bahkan menulis buku khusus
tentang qazaf (hukuman terhadap tuduhan zina atau liwat) bagi mempertahankan
saudara dari tuduhan jahat itu.
Almarhum
Tok Guru Nik Abdul Aziz juga demikian. Seluruh ahli PAS juga bersungguh
mempertahankan saudara.
Oleh kerana
BN yang berkuasa, maka kuasa itu digunakan untuk memenjarakan saudara, selepas
tilam diangkat, sumpah palsu dibuat, maruah saudara diaibkan setiap hari di tv
dan akhbar. Mujur masa itu tiada aplikasi FB dan WhatsApp.
Merengkoklah
saudara dalam penjara buat beberapa lama. Masa berlalu. Allah menakdirkan
saudara bebas di ambang Ramadan 1439H untuk menikmati erti sebuah kebebasan,
berpuasa bersama keluarga, terutamanya selepas difitnah, ditumbuk hingga lebam,
dijaja seluruh dunia bahawa DSAI terlibat dengan liwat.
Yang
memfitnah saudara minta maaf. Saudara juga memaafkan. Baguslah. Itu hak
saudara.

Comments
Post a Comment