Guan Eng-DAP, bersama Anwar Ibrahim dan Amanah, berkomplot dan merancang untuk menggulingkan Tun Mahathir ?
DAP memang terang-terang sudah
kantoi. Dan kali ini Mahathir pula sudah tahu niat jahat DAP. Jadi janganlah
cuba hendak mengalihkannya kepada isu RM90 juta. Isu yang sebenerarnya adalah
DAP nak jatuhkan Mahathir.
Ramai yang
percaya bahawa DAP memang menerima derma dari Israel. Jadi, sebab apa DAP tidak
menunjukkan bukti yang mereka ini tidak menerima sebarang derma pun dari
Israel? Tunjuklah senarai penderma-penderma kepada DAP untuk membuktikan bahawa
tiada satu sen pun duit yang diterima itu dari Israel. Tidak susahkan?
Isu yang dibangkitkan oleh
PAS adalah DAP ini, bersama dengan Anwar Ibrahim dan juga Amanah, merancang
untuk menggulingkan Tun Dr Mahathir Mohamad. Kenapa Guan Eng cuba hendak
alihkan isu yang dibangkitkan oleh PAS itu kepada isu RM90 juta? Apa
kena-mengena isu RM90 juta dengan isu DAP bersama Anwar Ibrahim dan Amanah
merancang untuk menggulingkan Mahathir?
Bekas Naib
Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Hamidah Osman, juga telah
mengesahkan bahawa DAP, bersama Anwar Ibrahim dan juga Amanah, berkomplot dan
merancang untuk menggulingkan Tun Dr Mahathir. Dan yang mengesahkan ini
merupakan orang yang rapat dengan Mahathir. Apa lagi yang Guan Eng nak nafikan?
DAP memang terang-terang
sudah kantoi. Dan kali ini Mahathir pula sudah tahu niat jahat DAP. Jadi
janganlah cuba hendak mengalihkannya kepada isu RM90 juta. Isu yang
sebenerarnya adalah DAP nak jatuhkan Mahathir. - Malaysia Today

Comments
Post a Comment