Tak habis-habis ulang cerita RM90 juta, cerita yang memang tidak masuk akal. Kalau nak fitnah pun, biarlah logik dan diterima akal. Ini tak logik langsung.
Kata ada saksi yang melihat cek yang bernilai RM90 juta itu wujud. Dalam penyata bank tidak pula menunjukkan adanya transaksi tersebut. Ada pula yang meminta pihak tertuduh untuk kemukakan bukti padahal bukan tanggungjawab tertuduh untuk membuat demikian. Tertuduh tidak perlu bukti apa-apa. Yang menuduh perlu membuktikan tuduhan itu tanpa ragu-ragu. Kalau ada ragu, maka yang dituduh perlu dibebaskan. Inilah hakikatnya yang sebenar.
Ingat RM90 juta itu sikit ke dan ingat senang ke nak menyorokkan amaun RM90 juta? Kalau betul Umno membayar PAS RM90 juta, seluruh bank akan tahu, bukan sahaja bank cawangan malah sampaikan ke Bank Negara pun tahu tentang transaksi tersebut. Bukan setakat itu sahaja, buktinya akan viral satu dunia hingga ke hari ini. Sedangkan bangkai gajah pun tak boleh nak sorok. Inikan pula RM90 juta yang seumpama 90 bangkai gajah. Orang bodoh sahaja yang akan percaya bahawa Umno bayar PAS RM90 Juta. Orang waras akan fikir betapa bodohnya cerita ini sebab bukti memang tidak ada.
Jika Pakatan Harapan mempunyai banyak masa yang terluang, dari mengarang cerita yang tidak logik dan tidak masuk akal, sepatutnya mereka berusaha untuk menunaikan janji-janji mereka kepada rakyat. Ini pula menghabiskan masa menyibuk tentang hal-hal parti yang lain. Umno dan PAS tidak ada kena-mengena pun dengan Pakatan Harapan. Jadi janganlah sibuk jaga tepi kain orang lain.
Pakatan Harapan ini sudah macam gila talak. Nampaknya mereka masih rindukan Umno dan PAS. Itu lah, lain kali fikir masak-masak sebelum ceraikan dengan talak tiga. Sekarang kan ke dah susah bila Umno dan PAS bertemu mata dan ber ‘dating’? Ini baru dating pun Pakatan Harapan sudah sakit hati. Belum Umno dan PAS berkahwin lagi. Kalaulah Umno dan PAS berkahwin macam mana pula? Pakatan Harapan sakit jantung kot. - MT

Comments
Post a Comment