Skip to main content

Isu 90 Juta : SPRM bebaskan tuduhan Fitnah RM 90 Juta terhadap PAS



Pengumuman yang telah dibuat oleh SPRM tidak begitu baik bagi Pakatan Harapan yang berharap dapat menggunakan isu RM90 juta ini sebagai isu kempen dalam pilihan raya kecil Semenyih.


Pakatan Harapan berharap isu ini dapat memberi tekanan pada PAS serta menjadikan parti Islam itu muncul sebagai “Paid Mercenary”. Kerana hanya jalan ini sahaja dapat melemahkan PAS untuk terus memainkan persepsi liar setelah Pakatan Harapan menyedari yang PPBM mungkin kehilangan mempertahankan kerusi Semenyih  jika PAS dan Umno berkerja dalam satu pasukan.

Menurut The Malaysian Insight memetik sumber dalaman SPRM yang berkata, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan bahawa mereka tidak menemui apa-apa bukti bahawa bekas perdana menteri Najib Tun Razak atau Umno menderma RM90 juta kepada PAS atau mana-mana pemimpinnya.

Setakat ini hanya beberapa individu penting Dalam kes ini telah diambil keterangan oleh SPRM antaranya Nik Abduh Nik Abdul Aziz, Nasharudin Mat Isa & Ambiga Sreenevasan.

Husam Musa berkata beliau secara peribadi melihat cek itu berjumlah RM90 juta. Walau bagaimanapun, SPRM mengatakan tidak ada cek untuk RM90 juta. Malah, mereka tidak dapat mengesahkan rakaman video yang dikatakan oleh anak lelaki Tok Guru Nik Aziz Nik Mat yang mengatakan bahawa PAS telah menerima sumbangan daripada Umno.


Comments

  1. KUAT FITNAH DAN PEMBOHONGAN TENTERA SURUHAN BANGSA KAFIR LAKNAT

    ReplyDelete
  2. Puak munafik tidak suka kepada Islam

    ReplyDelete
  3. Hanat kau kaum munafik
    Penyebar fitnah

    ReplyDelete
  4. Berpolitik bertunjangkan fitnah tak kekal lama..

    ReplyDelete
  5. Yg pernah bersama PAS dan ahli
    Yg kuat menyokong PAS dulu pun boleh percaya....sampai skg pun masih percaya...

    ReplyDelete

Post a Comment