Kerajaan Pakatan Harapan secara tidak langsung mengakui cukai jualan dan perkhidmatan (SST) masih belum mampu untuk mengurangkan harga barang atau Kos sara hidup sehingga terpaksa menubuhkan satu jawatankuasa khas yang terdiri daripada Kementerian Kewangan dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP).
Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ir. Amiruddin Hamzah berkata, kerajaan juga sedar bahawa pelaksanaan SST hanya mampu mengutip keuntungan sebanyak RM21 bilion setahun sahaja.
Menurutnya lagi, atas desakkan inilah kerajaan Pakatan Harapan kehilangan RM23 bilion setahun jika berbanding GST yang mampu memberikan keuntungan sebanyak RM44 bilion setahun walaupun Jelas GST adalah suatu cukai yang menzalimi rakyat tanpa mengira status kehidupan sekalipun.
“Kehilangan hasil sebanyak RM23 bilion juga tidak menyebabkan harga barangan turun.
“Rakyat juga masih mengeluh walaupun peningkatan harga yang berlaku tidaklah terlalu banyak,” katanya semasa menyampaikan ceramah kelompok di Pusat Daerah Mengundi Pakatan Harapan di Bandar Rinching.


Comments
Post a Comment