Skip to main content

LGE & LKS - DAP menikus, amal 'Politik Sembelit' mempergunakan Melayu Dalam DAP


TERNYATA Lim Guan Eng mahupun DAP menikus apabila dicabar untuk menyokong Tun Dr Mahathir Mohamad menjadi Perdana Menteri sehingga tamat penggal Kerajaan PH atau PRU15. Ia bukti teramat jelas kepada seluruh rakyat Malaysia bahawa sememangnya sedang berlaku pergolakan yang amat besar di dalam Kerajaan PH di sebalik semua gambaran indah diberikan.
 
Jika benar Lim Guan Eng mahupun DAP menyokong Tun Dr Mahathir menjadi Perdana Menteri sehingga PRU15, sebenarnya amat mudah untuk mereka membuktikan taat setia dan sokongan tidak berbelah bahagi terhadap Tun Dr Mahathir. Namun mereka memilih untuk berdiam diri tidak menyahut cabaran PAS, sebaliknya menyuruh anak didiknya membuat cereka komedi tidak cukup masak.
 
Usahlah menjadi 'penunggang agama' untuk menutup kesalahan, pengkhianatan atau keburukan yang dilakukan. Usah menggunakan hukum agama untuk kepentingan parti anda. Agama bukan untuk dijual beli seperti yang biasa dilakukan. Sebelum mengajar PAS mengenai hukum agama, cuba hadam pepatah Melayu, “Umpama tikus membaiki labu". Sendiri jalan senget hendak ajar orang lain jalan tegak.
 
Lebih elok Lim Guan Eng dan DAP bisikkan di telinga Husam Musa dan Ambiga agar tampil membawa segala bukti kepada SPRM berkaitan tuduhan RM90 juta. Sebelum mengomel mengenai kaedah al-bayyinah ‘ala al-mudda’i, DAP sendiri patut amalkannya dengan mengemukan bukti berserta tuduhan. Bagaimana hendak bicara hukum tetapi DAP sendiri menolak hukum dan tidak amalkan? Ternyata DAP memang 'penunggang agama', menggunakan hukum untuk kepentingan politik mereka sendiri.
 
DAP sebenarnya mengamalkan 'Politik Sembelit', tahun 2013 cakap A dan tahun 2019 cakap B. DAP memang tidak boleh dipercayai dan sanggup berbuat apa sahaja untuk mencapai matlamat poltik mereka. Dahulu tidak cukup siang, dengan malam sekali mereka berteriak Tun Dr Mahathir korup, salah guna kuasa dan zalim. Apa yang Lim Kit Siang, Lim Guan Eng, Nga Kor Meng dan seluruh juak-juak DAP tidak tuduh, cemuh dan keji terhadap Tun Dr Mahathir?
 
Tidak cukup dengan itu, mereka mendesak SPRM menyiasat Tun Dr Mahathir, malah turut mendesak ditubuhkan RCI untuk menyiasat segala tuduhan mereka. Tidak cukup sidang akhbar, laporan polis juga dibuat terhadap Tun Dr. Mahathir. Sekarang ke mana hilang semua desakan, tuduhan, cemuhan dan kejian tersebut? Adakah selama ini mereka menipu rakyat Malaysia dengan menuduh, mengeji, mencemuh dan memfitnah Tun Dr Mahathir sewenang-wenangnya tanpa bukti? Sekarang sudah jelas siapa yang sebenarnya membenarkan tipu daya, menuduh tanpa bukti dan menyuburkan budaya fitnah di dalam politik negara untuk kepentingan politik mereka sendiri?
 
Sedarlah rakyat Malaysia, usah tertipu lagi dengan budaya 'Politik Sembelit' DAP. Cukuplah sekali tertipu sebagai pengajaran. Mungkin ini agaknya Islam Moderat yang di sebut Lim Kit Siang baru-baru ini, menggunakan agama untuk menutup kesalahan sendiri atau lebih tepat lagi 'Penunggang Agama'. Sudahlah Lim Guan Eng atau pimpinan tertinggi DAP langsung tidak berani menyahut cabaran PAS, disuruhnya pula anak buahnya yang tidak cukup masak bercakap. Maaf Edry Rizal, sudah lama di Malaysia tidak nampak The Royal London Circus, cubalah lawak tidak masak anda di tempat lain pula.
 
“Umpama meludah ke langit, akhirnya terjatuh ke muka sendiri".
 
YB USTAZ HISHAMUDDIN ABDUL KARIM
Ketua Penerangan
Dewan Pemuda PAS Malaysia

Comments

Popular posts from this blog

PARTI BARU TUN

 PARTI BARU TUN Ramai orang memberi maklum balas sinikal terhadap penubuhan parti baru oleh Tun, saya mempunyai pandangan berbeza. Tun seorang politikus licik dan berpengalaman, gerak politik beliau masih berpotensi memberi impak besar kepada politik tanah air. Sokongan ahli-ahli Bersatu terhadap Tun masih kuat, namun sokongan tersebut tidak boleh dijelmakan kerana Tun berada di luar parti. Apabila Tun menubuhkan parti baru, ini membuka ruang kepada penyokong beliau untuk keluar Bersatu dan menyertai parti baru ini. Lagipun masa depan politik Bersatu itu sendiri masih kabur apabila PN gagal didaftarkan, dalam masa sama Umno terus menolak parti tersebut. Penubuhan parti oleh Tun menyediakan pentas baru kepada ahli-ahli Bersatu untuk meneruskan idealisme perjuangan selepas parti asal mereka itu seperti bertemu jalan mati sekarang. Selain berusaha mendapat sokongan ahli2 Bersatu, saya percaya Tun akan merintis kolisi politik baru selepas parti beliau didaftarkan secara rasmi nanti. Ke...

GUANE CANGGOH SEKALI KENYATAAN MAD SAID ?

Dilihatkan kenyataan antara kedua pemimpin UMNO Negeri Terengganu ini bercanggah diantara satu sama lain. Dibawah adalah kenyataan sinis komen netizen anak muda Terengganu berkenaan tuduhan liar Pengerusi Perhubungan Umn Negeri terengganu, Ahmad Said. Ning NOK KABO LEVEL AKAL PENGERUSI UMNO Bakpe yg Mad id jadi meroyan gitu seme hawe sebulan kene kurung dlm rumoh mkn lada...MPKK dok ator beras ke? Mcm org isim buleh mic ning ckp ngubu ngabang skali. Sapa dokleh sesen dia kabo. Ni sifir mudoh dok perlu kira fasa² lah...nok kabo buleh ke dok jer... Kang kerajaan wi doh 45k kpd setiap YB dok kira PAS UMNO same rata. Patu 255k kpd Pusat Khidmat Masyarakat semua 32 Dun. Ke Mad id ni duduk dun ke 33? Kalu dok buleh mana bukti Mad id eh? Biar aku sdiri wat laporan! Kerana Pitih, Mat Said ajok UMNO jadi tamak haloba. Kerana Tamak, segala kebaikan dicerca dan difitnah. Kerana Tamak, Pengerusi UMNO Trg rela cakap lebong + plawok! Kerana Tamak, pah mane dose pahale?...

DAP TELAH TIADA TAPI PENGGADAIAN KEPENTINGAN BUMIPUTERA BERTERUSAN : UEM SUNRISE ‘BAILOUT’ ECOWORLD

  1. Pengarah Urusan (MD) dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) UEM Sunrise Bhd, Anwar Syahrin Abdul Ajib telah berhenti tiba – tiba. Perletakan berlaku sehari selepas cadangan pengabungan UEM Sunrise dan Eco World Development Group Bhd diumum secara rasmi. 2. Saya ialah yang pertama mendedahkan mengenai pengabungan yang jelas bersifat bailout ini sejak tahun lepas lagi (sila klik https://www.facebook.com/watch/live/?v=1307932699380585&ref=watch_permalink ). Namun pendedahan saya telah dijawab dengan penafian TIPU oleh UEM Sunrise dengan kenyataan mereka disiarkan oleh beberapa media kononnya UEM Sunrise tidak membuat atau menerima sebarang cadangan mengenai pengabungan (bailout) dengan Ecoworld. 3. UEM Sunrise ialah syarikat hartanah dengan suntikan dana besar dari Khazanah dan ‘bank tanah’ miliknya adalah hasil anugerah tanah oleh kerajaan yang sangat banyak dikawasan strategik telah dipaksa bergabung yang lebih tepat bailout Ecoworld sebuah syarikat yang mempunya liabiliti dan b...