Menurut Ketua Dewan Pemuda PAS, Muhammad Khalil Abdul Hadi, PAS dan Umno akan membentuk satu jawatankuasa bagi memastikan tiada lagi pertembungan tiga penjuru melibatkan kedua-dua parti itu di masa akan datang.
Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki berkata, satu jawatankuasa akan dibentuk di antara UMNO dan Pas selepas ini dan menuju Pilihan Raya Umum Ke-15 kedua-dua parti tersebut akan membina blok pembangkang kuat yang akan menumbangkan Pakatan Harapan (PH).
"Tadi ada keluar satu sebaran bahawa UMNO mahu mengkaji semula hubungan dengan Pas, betul tapi dari segi mahu rapat lagi dengan Pas selepas ini. Takkan ada dah pertembungan tiga penjuru yang jelas tidak menguntungkan Islam dan kita semua bergabung hari ini atas tuntutan Islam.
"Kita bukanlah sempurna, UMNO ada kelemahan, Pas ada kelemahan, kekuatan yang ada pada UMNO boleh menampung kelemahan Pas dan kekuatan yang ada Pas boleh menampung kelemahan UMNO. Sebab itulah kalau kita bergabung, insya-Allah demi rakyat kita akan menjadi kerajaan yang lebih baik daripada PH," katanya.
"Kita bukanlah sempurna, UMNO ada kelemahan, Pas ada kelemahan, kekuatan yang ada pada UMNO boleh menampung kelemahan Pas dan kekuatan yang ada Pas boleh menampung kelemahan UMNO. Sebab itulah kalau kita bergabung, insya-Allah demi rakyat kita akan menjadi kerajaan yang lebih baik daripada PH," katanya.
Yang hadir sama, Ketua Dewan Pemuda Pas Pusat, Muhammad Khalil Abdul Hadi, Ketua Pemuda Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan), Shahir Adnan dan Ketua Pemuda Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia (Berjasa), Iqbal Hakim Abdul Razak.
Sementara itu, menurut Muhammad Khalil, hubungan Pas dan UMNO ketika ini mesti dijaga dan dipelihara kerana jelas ia telah menjadi muafakat pembangkang yang sangat digeruni oleh PH.
"Saya telah sebut dan saya ingin nyatakan malam ini sekali lagi, insya-Allah dalam pilihan raya kecil (PRK) sehinggalah pilihan raya umum akan datang, tidak berlaku lagi tiga penjuru.
"Inilah kekuatan yang sangat ditakuti oleh PH, sekiranya berlaku dua penjuru, bukan sahaja negeri Selangor akan beralih kuasa daripada PH kepada muafakat pembangkang ini bahkan negeri-negeri lain termasuk kerajaan Persekutuan, insya-Allah," katanya.
Comments
Post a Comment