Skip to main content

PKR-DAP mempunyai sejarah Kospirasi menjatuhkan Perdana Menteri melalui Undi Tak Percaya

PENGALAMAN PAS sebagai di antara parti politik tertua di dalam negara banyak mengajar PAS dalam mengenal kawan dan lawan dalam dunia politik. Sikap berpura-pura, tikam belakang dan berbuat apa saja asalkan tercapai cita-cita di kalangan lawan cukup masak diketahui PAS.
Setiausaha Agung PH Saifuddin Abdullah menafikan akan adanya undi tidak percaya terhadap Tun Dr Mahathir pada sidang Dewan Rakyat yang akan datang dan menyatakan Majlis Presiden PH kekal menyokong Tun Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri dan Pengerusi PH.
Saifuddin Abdullah patut memberitahu rakyat bilakah kali terakhir Majlis Presiden PH bersidang dan menyatakan sokongan tidak berbelah bahagi kepada Tun Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri dan Pengerusi PH. Jika dua atau tiga bulan lepas ia tidak masuk akal kerana di dalam politik, esok macam-macam boleh jadi. Seperti kata Menteri Kewangan minggu lepas, Da Ma Cai yang menaja rombongan pegawai kanan PDRM ke Turki, sekarang sudah U-Turn pula.
Di sebalik keriuhan wujud gerakan undi tidak percaya ke atas Tun Dr Mahathir pada sidang Dewan Rakyat tidak lama lagi, Anwar Ibrahim mengemukakan teori tidak masuk akal iaitu Tuan Guru Dato’ Seri Abdul Hadi Awang yang mahukan usul tersebut. PAS langsung tidak mendapat apa-apa faedah jika berbuat demikian mahupun menyokong usul sedemikian. Sepatutnya wajar kita kaji siapa yang untung jika berbuat demikian serta siapa yang benar-benar marah bila PAS bangkitkan kisah ini. Sekali lagi sejarah tidak pernah menipu!
Ramai yang lupa kisah 16 September 2008, ketika kerajaan pimpinan Tun Abdullah Ahmad Badawi hampir ditumbangkan. Bagaimana kisah 40 Ahli Parlimen Barisan Nasional diterbangkan ke Taiwan untuk berbuat 'belot' terhadap Perdana Menteri ketika itu Tun Abdullah Ahmad Badawi, surat kepada Speaker Dewan Rakyat untuk mengadakan sidang khas Dewan Rakyat dengan notis undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri.
Ramai yang tidak tahu di sebalik semua itu siapa arkitek di belakangnya atau ramai juga yang tahu tetapi tidak dapat memahami apa yang cuba disampaikan oleh PAS sekarang. Anwar Ibrahim ialah arkiteknya dan orang yang bertanggungjawab terhadap cubaan tersebut yang pada mulanya dinafikan bermati-matian oleh beliau. Namun semuanya terbongkar adalah benar ketika perbicaraan saman beliau terhadap Khairy Jamaluddin pada 2017.
PAS tidak mendapat apa-apa faedah jika berlaku undi tidak percaya, yang paling mendapat faedah ialah Anwar Ibrahim. Jika kita lihat reaksi pertama beliau ketika mula kecoh isu ini, beliau memang marah dan tidak sangka tindakan beliau di belakang tabir dihidu PAS. Semua orang tahu Anwar Ibrahim idamkan jawatan Perdana Menteri, begitu juga semua orang tahu bagaimana DAP tidak percaya kepada Tun Dr Mahathir. Ketika cubaan Anwar Ibrahim pada 2008, ia terhalang apabila Speaker Dewan menolak usul tersebut namun dengan Nga Kor Meng dari DAP menjadi Speaker Dewan Rakyat kali ini, usul tersebut akan mendapat laluan mudah jika diangkat.
Sudah berapa lama PKR dan DAP idamkan untuk menjadi Kerajaan, setiap kali mencuba mereka gagal. Namun pada PRU14, mereka berjaya mengajak Tun Dr Mahathir bersama mereka walaupun mereka sebenarnya tidak percaya kepada beliau dan kerana itu sahaja cara untuk mereka menang PRU14 dan mengambil alih Kerajaan Persekutuan. Setelah berjaya, kini sokongan terhadap Tun Dr Mahahtir bertambah kuat serta Tun Dr Mahathir seperti mahu kekal sebagai Perdana Menteri meresahkan PKR, DAP dan PAN.
Sebelum keadaan bertambah parah, membantutkan cita-cita dan agenda Malaysia Baharu mereka, mereka perlu kembali kepada rancangan asal, hanya menggunakan Tun Dr Mahathir untuk memenangi PRU14. Tun Dr Mahahtir perlu ditumbangkan atau dikeluarkan dari Kerajaan dan PH. Cara yang paling efektif, usul undi tidak percaya pada sidang Dewan Rakyat tidak lama lagi kerana mereka merasakan mereka memperolehi sokongan majoriti dan Anwar Ibrahim berpengalaman membuat “manouver“ sedemikian.
Jika PH kalah di Semenyih, jangan salahkan PAS kerana kempen dari PH sendiri yang hambar. Dengan kempen calon PH di Semenyih kebanyakkannya hanya dari Bersatu dan DAP seolah-olah memboikot, itu sebenarnya tanda jelas wujudnya pergolakan besar di dalam PH. Sekarang kita sudah tahu kisah sebenar di sebalik semua ini, cuma yang menjadi tanda tanya di kalangan anggota Parlimen PH, siapa yang menyokong Tun dan siapa yang menolak beliau. Mungkin sekarang ramai tidak berani berpihak takut dikerat atau mungkin kita patut tanya mereka menyokong siapa sebenarnya.
MUHAMMAD KHALIL ABDUL HADI
Ketua Pemuda,
Dewan Pemuda PAS Malaysia

Comments

Popular posts from this blog

PARTI BARU TUN

 PARTI BARU TUN Ramai orang memberi maklum balas sinikal terhadap penubuhan parti baru oleh Tun, saya mempunyai pandangan berbeza. Tun seorang politikus licik dan berpengalaman, gerak politik beliau masih berpotensi memberi impak besar kepada politik tanah air. Sokongan ahli-ahli Bersatu terhadap Tun masih kuat, namun sokongan tersebut tidak boleh dijelmakan kerana Tun berada di luar parti. Apabila Tun menubuhkan parti baru, ini membuka ruang kepada penyokong beliau untuk keluar Bersatu dan menyertai parti baru ini. Lagipun masa depan politik Bersatu itu sendiri masih kabur apabila PN gagal didaftarkan, dalam masa sama Umno terus menolak parti tersebut. Penubuhan parti oleh Tun menyediakan pentas baru kepada ahli-ahli Bersatu untuk meneruskan idealisme perjuangan selepas parti asal mereka itu seperti bertemu jalan mati sekarang. Selain berusaha mendapat sokongan ahli2 Bersatu, saya percaya Tun akan merintis kolisi politik baru selepas parti beliau didaftarkan secara rasmi nanti. Ke...

GUANE CANGGOH SEKALI KENYATAAN MAD SAID ?

Dilihatkan kenyataan antara kedua pemimpin UMNO Negeri Terengganu ini bercanggah diantara satu sama lain. Dibawah adalah kenyataan sinis komen netizen anak muda Terengganu berkenaan tuduhan liar Pengerusi Perhubungan Umn Negeri terengganu, Ahmad Said. Ning NOK KABO LEVEL AKAL PENGERUSI UMNO Bakpe yg Mad id jadi meroyan gitu seme hawe sebulan kene kurung dlm rumoh mkn lada...MPKK dok ator beras ke? Mcm org isim buleh mic ning ckp ngubu ngabang skali. Sapa dokleh sesen dia kabo. Ni sifir mudoh dok perlu kira fasa² lah...nok kabo buleh ke dok jer... Kang kerajaan wi doh 45k kpd setiap YB dok kira PAS UMNO same rata. Patu 255k kpd Pusat Khidmat Masyarakat semua 32 Dun. Ke Mad id ni duduk dun ke 33? Kalu dok buleh mana bukti Mad id eh? Biar aku sdiri wat laporan! Kerana Pitih, Mat Said ajok UMNO jadi tamak haloba. Kerana Tamak, segala kebaikan dicerca dan difitnah. Kerana Tamak, Pengerusi UMNO Trg rela cakap lebong + plawok! Kerana Tamak, pah mane dose pahale?...

DAP TELAH TIADA TAPI PENGGADAIAN KEPENTINGAN BUMIPUTERA BERTERUSAN : UEM SUNRISE ‘BAILOUT’ ECOWORLD

  1. Pengarah Urusan (MD) dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) UEM Sunrise Bhd, Anwar Syahrin Abdul Ajib telah berhenti tiba – tiba. Perletakan berlaku sehari selepas cadangan pengabungan UEM Sunrise dan Eco World Development Group Bhd diumum secara rasmi. 2. Saya ialah yang pertama mendedahkan mengenai pengabungan yang jelas bersifat bailout ini sejak tahun lepas lagi (sila klik https://www.facebook.com/watch/live/?v=1307932699380585&ref=watch_permalink ). Namun pendedahan saya telah dijawab dengan penafian TIPU oleh UEM Sunrise dengan kenyataan mereka disiarkan oleh beberapa media kononnya UEM Sunrise tidak membuat atau menerima sebarang cadangan mengenai pengabungan (bailout) dengan Ecoworld. 3. UEM Sunrise ialah syarikat hartanah dengan suntikan dana besar dari Khazanah dan ‘bank tanah’ miliknya adalah hasil anugerah tanah oleh kerajaan yang sangat banyak dikawasan strategik telah dipaksa bergabung yang lebih tepat bailout Ecoworld sebuah syarikat yang mempunya liabiliti dan b...