Skip to main content

PRK Semenyih: PH menjadi binggung dimana BN Berperang, PAS Diserang


Pilihanraya kecil DUN Semenyih menyaksikan pertandingan empat penjuru di antara Pakatan Harapan, Barisan Nasional, PSM dan calon Bebas.

Namun pihak yang menerima serangan dan kritikan adalah parti yang tidak bertanding, iaitu PAS.

Sejurus mendapat perkhabaran kekosongan kerusi DUN Semenyih, PAS telah membuat keputusan untuk tidak bertanding dan memberi laluan kepada wakil pembangkang iaitu Barisan Nasional, atas semangat demokrasi untuk mengukuhkan proses ‘semak dan imbang’ yang diperjuangkan oleh PAS.

Pendirian PAS kali ini sudah boleh dijangka setelah menyaksikan keputusan PRK Cameron Highlands yang memihak kepada Barisan Nasional, di mana hampir semua penganalisis politik menyimpulkan bahawa kemenangan Barisan Nasional adalah disebabkan sokongan yang diberikan oleh PAS.

Menjelang hari penamaan calon, pendirian PAS dalam PRK Semenyih mula dipersoalkan apabila timbul pendedahan berlangsungnya pertemuan di antara Perdana Menteri dan Presiden PAS.

Malah Perdana Menteri secara bersahaja memaklumkan kepada pihak media, “PAS tidak akan menyokong UMNO”, menyebabkan timbul kritikan dan serangan terhadap pendirian yang diambil oleh PAS.

Namun keributan yang melanda terus reda setelah Presiden PAS memberikan penjelasan kepada Jawatankuasa Harian PAS Pusat yang bersidang pada 17 Februari 2019 di Marang, dan diikuti dengan kenyataan media oleh Setiausaha Agung PAS yang memaklumkan;

“PAS menyatakan pendirian tidak bertanding dalam PRK Dun Semenyih dan memberi laluan kepada wakil pembangkang, iaitu Barisan Nasional, dengan tahap komitmen serta kadar penglibatan yang berbeza keadaannya pada PRK Cameron Highlands.

Ini selaras dengan pendirian konsisten PAS yang meletakkan kepentingan Islam dan Melayu mengatasi yang lainnya, di samping PAS mengekalkan hubungan dengan Umno atas dasar perpaduan ummah dan solidariti pembangkang”.

Melihat kepada pendirian yang diambil oleh PAS, ada yang beranggapan PAS tidak konsisten dan selalu mengubah pendekatan, malah ada yang beranggapan PAS sudah terperangkap dan tiada masa depan.

Hakikatnya setiap strategi yang diambil oleh PAS pastinya mengundang rasa cemburu dan sangsi di pihak kawan dan lawan.

Namun jika dilihat secara objektif dan rasional, jelas pendirian PAS adalah konsisten demi menjaga kepentingan Islam yang tidak berubah mengikut zaman. 

Keanjalan pendekatan yang diambil oleh PAS dapat dilihat daripada strategi berpolitik yang mendahulukan damai dengan semua pihak (Politik Damai), tanpa mengira mereka yang lunak ingin berkawan ataupun yang tegar ingin berlawan.

Pendekatan BPMS inilah yang menjadi jambatan untuk PAS meramaikan ahli dan penyokongnya, serta menjadi rahsia ketahanan PAS yang tidak pernah diharamkan sejak awal penubuhannya.

Justeru tidaklah sukar untuk difahami pendirian dan pendekatan PAS, kerana kuncinya adalah untuk menjaga kepentingan Islam, dan strateginya adalah untuk mendaulatkan kedudukan Islam.

Firman Allah S.W.T. (maksudnya): 

“Wahai orang-orang yang beriman! Sesiapa di antara kamu berpaling tadah dari agamanya (jadi murtad), maka Allah akan mendatangkan suatu kaum yang Dia kasihkan mereka dan mereka juga kasihkan Dia, mereka pula bersifat lemah-lembut terhadap orang-orang yang beriman dan berlaku tegas gagah terhadap orang-orang kafir, mereka berjuang dengan bersungguh-sungguh pada jalan Allah, dan mereka tidak takut kepada celaan orang yang mencela. 

Yang demikian itu adalah limpah kurnia Allah yang diberikanNya kepada sesiapa yang dikehendakiNya; kerana Allah Maha Luas limpah kurniaNya, lagi Meliputi PengetahuanNya” (Al-Maidah: 54)

Syahir Sulaiman
Pengarah Strategi Pemuda PAS
19 Februari 2019

Comments

Popular posts from this blog

PARTI BARU TUN

 PARTI BARU TUN Ramai orang memberi maklum balas sinikal terhadap penubuhan parti baru oleh Tun, saya mempunyai pandangan berbeza. Tun seorang politikus licik dan berpengalaman, gerak politik beliau masih berpotensi memberi impak besar kepada politik tanah air. Sokongan ahli-ahli Bersatu terhadap Tun masih kuat, namun sokongan tersebut tidak boleh dijelmakan kerana Tun berada di luar parti. Apabila Tun menubuhkan parti baru, ini membuka ruang kepada penyokong beliau untuk keluar Bersatu dan menyertai parti baru ini. Lagipun masa depan politik Bersatu itu sendiri masih kabur apabila PN gagal didaftarkan, dalam masa sama Umno terus menolak parti tersebut. Penubuhan parti oleh Tun menyediakan pentas baru kepada ahli-ahli Bersatu untuk meneruskan idealisme perjuangan selepas parti asal mereka itu seperti bertemu jalan mati sekarang. Selain berusaha mendapat sokongan ahli2 Bersatu, saya percaya Tun akan merintis kolisi politik baru selepas parti beliau didaftarkan secara rasmi nanti. Ke...

GUANE CANGGOH SEKALI KENYATAAN MAD SAID ?

Dilihatkan kenyataan antara kedua pemimpin UMNO Negeri Terengganu ini bercanggah diantara satu sama lain. Dibawah adalah kenyataan sinis komen netizen anak muda Terengganu berkenaan tuduhan liar Pengerusi Perhubungan Umn Negeri terengganu, Ahmad Said. Ning NOK KABO LEVEL AKAL PENGERUSI UMNO Bakpe yg Mad id jadi meroyan gitu seme hawe sebulan kene kurung dlm rumoh mkn lada...MPKK dok ator beras ke? Mcm org isim buleh mic ning ckp ngubu ngabang skali. Sapa dokleh sesen dia kabo. Ni sifir mudoh dok perlu kira fasa² lah...nok kabo buleh ke dok jer... Kang kerajaan wi doh 45k kpd setiap YB dok kira PAS UMNO same rata. Patu 255k kpd Pusat Khidmat Masyarakat semua 32 Dun. Ke Mad id ni duduk dun ke 33? Kalu dok buleh mana bukti Mad id eh? Biar aku sdiri wat laporan! Kerana Pitih, Mat Said ajok UMNO jadi tamak haloba. Kerana Tamak, segala kebaikan dicerca dan difitnah. Kerana Tamak, Pengerusi UMNO Trg rela cakap lebong + plawok! Kerana Tamak, pah mane dose pahale?...

DAP TELAH TIADA TAPI PENGGADAIAN KEPENTINGAN BUMIPUTERA BERTERUSAN : UEM SUNRISE ‘BAILOUT’ ECOWORLD

  1. Pengarah Urusan (MD) dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) UEM Sunrise Bhd, Anwar Syahrin Abdul Ajib telah berhenti tiba – tiba. Perletakan berlaku sehari selepas cadangan pengabungan UEM Sunrise dan Eco World Development Group Bhd diumum secara rasmi. 2. Saya ialah yang pertama mendedahkan mengenai pengabungan yang jelas bersifat bailout ini sejak tahun lepas lagi (sila klik https://www.facebook.com/watch/live/?v=1307932699380585&ref=watch_permalink ). Namun pendedahan saya telah dijawab dengan penafian TIPU oleh UEM Sunrise dengan kenyataan mereka disiarkan oleh beberapa media kononnya UEM Sunrise tidak membuat atau menerima sebarang cadangan mengenai pengabungan (bailout) dengan Ecoworld. 3. UEM Sunrise ialah syarikat hartanah dengan suntikan dana besar dari Khazanah dan ‘bank tanah’ miliknya adalah hasil anugerah tanah oleh kerajaan yang sangat banyak dikawasan strategik telah dipaksa bergabung yang lebih tepat bailout Ecoworld sebuah syarikat yang mempunya liabiliti dan b...