Skip to main content

SIGNAL BERMULANYA “ COUP D’ETAT “ TELAH DI JELMAKAN DAP


Berikutan pendedahan PAS berkemungkinan besar akan berlakunya undi tidak percaya terhadap kepimpinan Tun Dr. Mahathir dalam sidang Dewan Rakyat yang akan berlansung tidak lama lagi, pimpinan utama DAP, PKR dan PAN mula gelabah dan masing-masing menafikan akan berlaku mahupun merancang perkara tersebut. Baik Anwar Ibrahim, Lim Guan Eng, Lim Kit Siang dan Mat Sabu, kesemua mereka menafikan perkara tersebut.

Akibat daripada pendedahan tersebut, selain daripada beria-ia menafikan perkara tersebut serta gerakan mereka di hidu Tun Dr. Mahathir, mereka tiada jalan lain selain mengerakkannya agar tidak di patahkan di tengah jalan yang membawa bencana lebih buruk kerana meraka tahu akibatnya. DAP paling awal menzahirkannya dengan bekas Pengerusi DAP Johor Dr. Boo Cheng Hau menggesa Tun Dr. Mahathir meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri.

Gesaan beliau menerima kecaman hebat daripada pimpinan Bersatu seluruh negara namun tiada satu pun pimpinan utama daripada DAP, PKR dan PAN menempelak atau menyuruh Dr. Boo Cheng Hau menarik balik kenyataan tersebut serta meminta maaf walaupun setelah 24 jam diucapkan. Menggesa seorang pemimpin utama PH meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri adalah satu gesaan yang cukup besar dan berat namun tidakkah kita pelik kerana kesemua pimpinan utama PH diam seribu bahasa ?

Adakah sebenarnya mereka sependapat dan bersetuju dengan tindakan serta ucapan Dr. Boo Cheng Hau Hau lalu mereka semua sepakat untuk diam seribu bahasa ? Jika benar, ia sebenarnya tanda awal apa yang di jangka oleh PAS akan berlaku tidak lama lagi.

Wajibnya pimpinan utama PH menempelak kenyataan tersebut dan menyokong kepimpinan Tun Dr. Mahathir sebagai Perdana Menteri dan Pengerusi PH namun tiada seorang pun berbuat demikian. Ia sebenarnya cukup ajaib serta menghairankan. Apa sudah berlaku kepada Anwar Ibrahim, Lim Kit Siang, Lim Guan Eng dan Mat Sabu atau sebenarnya itulah tanda awal atau permulaan perancangan mereka ?

Ramai pimpinan PH berkata tuduhan PAS tidak berasas. Mereka kata PAS hanya bermain isu untuk mengalihkan tumpuan terhadap siasatan tuduhan menerima RM 90 juta wang milik 1MDB daripada UMNO. Satu dunia tahu SPRM sedang menyiasat perkara tersebut dan PAS telah berkerjasama dengan baik malah memberikan kesemua dokumen dan akaun milik PAS kepada SPRM. PAS percaya SPRM mempunyai intergriti yang cukup tinggi serta mempunyai pegawai yang cukup berdedikasi dan jujur. Celah mana yang alih isu atau sebenarnya mereka yang sedang cuba alih isu dan perkara sebenar ?

Sebenarnya memang mereka hanya menggunakan Tun Dr. Mahathir sebagai batu loncatan untuk memenangi PRU 14 terutamanya DAP. Mereka merancang dengan cukup rapi hingga ramai yang terpedaya lalu mengundi PH dalam PRU yang lalu. PKR terutamanya Anwar Ibrahim sudah tentu cukup bersetuju apatah lagi DAP telah berjanji akan menyokongnya menjadi Perdana Menteri setelah mengenepikan Tun Dr. Mahathir. PAN seperti ramai telah maklum hanya menjadi “ Pok Angguk “ DAP apatah lagi setelah di janjikan jawatan dan kuasa kerana itu sebenarnya matlamat mereka.

Lihat sahaja ucapan dalam ceramah Nga Kor Meng ketika PRU 14 yang lalu. Melihat kepada ucapan ceramahnya sudah cukup membuatkan kita mual dan muntah dengan kata-kata beliau terhadap Tun Dr. Mahahtir. Tidak cukup jelas lagikah untuk kita bagaimana DAP hanya menggunakan Tun Dr. Mahahtir untuk mencapai cita-cita mereka yang sudah tentu menggembirakan teman rapat mereka seperti PKR dan PAN kerana mendapat manfaat dan faedah ?

Bangunan yang kukuh dan cukup kuat tidak akan terhayun bergoncang kemudian runtuh jika tidak berlaku gempa bumi. Jelas sekarang sudah retak dan senget, hanya menunggu gempa bumi sahaja berlaku.

Muhammad Khalil Abdul Hadi.
Ketua Pemuda,
Dewan Pemuda PAS Malaysia.

Comments

Popular posts from this blog

PARTI BARU TUN

 PARTI BARU TUN Ramai orang memberi maklum balas sinikal terhadap penubuhan parti baru oleh Tun, saya mempunyai pandangan berbeza. Tun seorang politikus licik dan berpengalaman, gerak politik beliau masih berpotensi memberi impak besar kepada politik tanah air. Sokongan ahli-ahli Bersatu terhadap Tun masih kuat, namun sokongan tersebut tidak boleh dijelmakan kerana Tun berada di luar parti. Apabila Tun menubuhkan parti baru, ini membuka ruang kepada penyokong beliau untuk keluar Bersatu dan menyertai parti baru ini. Lagipun masa depan politik Bersatu itu sendiri masih kabur apabila PN gagal didaftarkan, dalam masa sama Umno terus menolak parti tersebut. Penubuhan parti oleh Tun menyediakan pentas baru kepada ahli-ahli Bersatu untuk meneruskan idealisme perjuangan selepas parti asal mereka itu seperti bertemu jalan mati sekarang. Selain berusaha mendapat sokongan ahli2 Bersatu, saya percaya Tun akan merintis kolisi politik baru selepas parti beliau didaftarkan secara rasmi nanti. Ke...

GUANE CANGGOH SEKALI KENYATAAN MAD SAID ?

Dilihatkan kenyataan antara kedua pemimpin UMNO Negeri Terengganu ini bercanggah diantara satu sama lain. Dibawah adalah kenyataan sinis komen netizen anak muda Terengganu berkenaan tuduhan liar Pengerusi Perhubungan Umn Negeri terengganu, Ahmad Said. Ning NOK KABO LEVEL AKAL PENGERUSI UMNO Bakpe yg Mad id jadi meroyan gitu seme hawe sebulan kene kurung dlm rumoh mkn lada...MPKK dok ator beras ke? Mcm org isim buleh mic ning ckp ngubu ngabang skali. Sapa dokleh sesen dia kabo. Ni sifir mudoh dok perlu kira fasa² lah...nok kabo buleh ke dok jer... Kang kerajaan wi doh 45k kpd setiap YB dok kira PAS UMNO same rata. Patu 255k kpd Pusat Khidmat Masyarakat semua 32 Dun. Ke Mad id ni duduk dun ke 33? Kalu dok buleh mana bukti Mad id eh? Biar aku sdiri wat laporan! Kerana Pitih, Mat Said ajok UMNO jadi tamak haloba. Kerana Tamak, segala kebaikan dicerca dan difitnah. Kerana Tamak, Pengerusi UMNO Trg rela cakap lebong + plawok! Kerana Tamak, pah mane dose pahale?...

DAP TELAH TIADA TAPI PENGGADAIAN KEPENTINGAN BUMIPUTERA BERTERUSAN : UEM SUNRISE ‘BAILOUT’ ECOWORLD

  1. Pengarah Urusan (MD) dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) UEM Sunrise Bhd, Anwar Syahrin Abdul Ajib telah berhenti tiba – tiba. Perletakan berlaku sehari selepas cadangan pengabungan UEM Sunrise dan Eco World Development Group Bhd diumum secara rasmi. 2. Saya ialah yang pertama mendedahkan mengenai pengabungan yang jelas bersifat bailout ini sejak tahun lepas lagi (sila klik https://www.facebook.com/watch/live/?v=1307932699380585&ref=watch_permalink ). Namun pendedahan saya telah dijawab dengan penafian TIPU oleh UEM Sunrise dengan kenyataan mereka disiarkan oleh beberapa media kononnya UEM Sunrise tidak membuat atau menerima sebarang cadangan mengenai pengabungan (bailout) dengan Ecoworld. 3. UEM Sunrise ialah syarikat hartanah dengan suntikan dana besar dari Khazanah dan ‘bank tanah’ miliknya adalah hasil anugerah tanah oleh kerajaan yang sangat banyak dikawasan strategik telah dipaksa bergabung yang lebih tepat bailout Ecoworld sebuah syarikat yang mempunya liabiliti dan b...