Skip to main content

Tiada lagi subsidi haji pada kes RAYUAN HAJI ?


SUBSIDI HAJI.
.
Pertama sekali alhamdullilah dan terima kasih diucapkan kepada pengurusan TH dan pihak kerajaan di atas pengumuman bayaran Haji bagi musim Haji 1440H / 2019 yang mana ianya telah dikekalkan pada harga RM9,980.
Ini bermakna subsidi yang akan ditanggung oleh TH ialah sebanyak RM12,920 iaitu 56 peratus daripada kos haji.
.
Cumanya yang menjadi isu dan merisaukan para peserta haji tahun ini adalah apabila di dalam pengumuman yang sama, tidak dimaklumkan bahawa bagi kes-kes rayuan seperti rayuan Mahram, pengiring jemaah haji, lanjut usia, kesihatan dll, mudah kata mana-mana bakal jemaah haji yang menunaikan haji lebih awal daripada tahun peruntukannya adalah kini tidak layak mendapat subsidi haji yang disediakan.
Perkara ini dapat disahkan melalui:
1. Maklum balas daripada FB rasmi TH, yang mana alasan yang diberikan adalah kerana bagi pengiring atau yang merayu dan berjaya walaupun ini adalah ibadah haji kali yang pertama untuk mereka, ini bermakna mereka pergi menunaikan haji lebih awal dari tahun peruntukan dan tidak layak mendapat subsidi haji.
Kononnya, ini sejajar dengan peningkatan kos langsung pengendalian haji seperti kos penerbangan, perkhidmatan kesihatan, pengangkutan, penginapan, sajian dan kos masyair, maka Tabung Haji memilih tahun ini kerana setelah berpuas hati bahawa syarat/konsep ‘Istito’ah’ (berkemampuan) dalam pelaksanaan haji yang ditekankan beberapa tahun telah difahami oleh sebilangan besar umat Islam.
2. Tangkap layar di laman web rasmi Kos Haji dan Bayaran Tabung Haji juga didapati telah mengasingkan jenis Jemaah kepada 3 iaitu Warganegara belum tunai haji, Warganegara telah tunai haji dan Rayuan Haji.
.
Maka berdasarkan 2 bukti diatas kita akan dapati sememangnya apa-apa kes 'Rayuan Haji' kini tiada lagi Subsidi. Sesuatu yang tidak pernah dibuat oleh kerajaan yang terdahulu.
Hal ini bukan sahaja akan merisaukan hati para pendeposit tabung haji yang mungkin berkeinginan untuk pergi haji awal melalui rayuan kerana mulai tahun ini, mereka kini perlu bayar lebih, kerana ianya adalah bukan rahsia bahawa ramai jemaah yang menunaikan haji sebelum-sebelum ini pun adalah melalui proses rayuan kerana kalau nak tunggu giliran ikut tahun yang diberi, mungkin meninggal dulu baru dapat pergi haji.
Akan tetapi ianya adalah lebih merisaukan kepada peserta haji tahun ini yang telah mendapat tempat melalui kuota rayuan di mana mereka perlu 'korek' extra RM12,920 dalam masa kurang lebih 5-6 bulan sahaja lagi sebelum musim haji nanti.
Malah adalah hampir pasti untuk dijangkakan bahawa mungkin ada diantara mereka nanti terpaksa membatalkan niat untuk mengerjakan haji pada tahun ini kerana pengumuman berkenaan TIADA SUBSIDI HAJI bagi rayuan Mahram, rayuan lain2 bagi yang Pertama kali Menunaikan Haji hanya dimaklumkan semalam dan tidak dimaklumkan sebelum dan ketika Surat Tawaran Haji keluar.
.
Makanya adalah di harapkan supaya pihak TH boleh 'clarify' perkara ini sebab ramai bakal jemaah haji rayuan yang tengah susah hati dengan berita ini.
Dan adalah lebih baik jika pihak TH boleh untuk pertimbangkan semula keputusan ini, lebih-lebih lagi untuk jemaah rayuan tahun 2019 yang PERTAMA kali menunaikan Haji supaya diberikan harga subsidi seperti jemaah belum tunai haji yang lain.
Rahmatan Lil Alamin la sikit please 
Sekian.
Sebarkan
p/s: Update: Laman web rasmi Kos Haji dan Bayaran Tabung Haji telah buang bahagian 'Rayuan Haji' 
.
.
Rujukan:
Harga haji tahun ini dikekalkan kepada RM 9980 - Mujahid
https://www.facebook.com/…/a.531223513583…/2129883003717188/
TH Umum Bayaran Haji Bagi Musim Haji 1440H / 2019M
https://www.tabunghaji.gov.my/…/th-umum-bayaran-haji-bagi-m…
Maklum balas daripada FB rasmi TH


FB : Khairul Azri

Comments

Popular posts from this blog

PARTI BARU TUN

 PARTI BARU TUN Ramai orang memberi maklum balas sinikal terhadap penubuhan parti baru oleh Tun, saya mempunyai pandangan berbeza. Tun seorang politikus licik dan berpengalaman, gerak politik beliau masih berpotensi memberi impak besar kepada politik tanah air. Sokongan ahli-ahli Bersatu terhadap Tun masih kuat, namun sokongan tersebut tidak boleh dijelmakan kerana Tun berada di luar parti. Apabila Tun menubuhkan parti baru, ini membuka ruang kepada penyokong beliau untuk keluar Bersatu dan menyertai parti baru ini. Lagipun masa depan politik Bersatu itu sendiri masih kabur apabila PN gagal didaftarkan, dalam masa sama Umno terus menolak parti tersebut. Penubuhan parti oleh Tun menyediakan pentas baru kepada ahli-ahli Bersatu untuk meneruskan idealisme perjuangan selepas parti asal mereka itu seperti bertemu jalan mati sekarang. Selain berusaha mendapat sokongan ahli2 Bersatu, saya percaya Tun akan merintis kolisi politik baru selepas parti beliau didaftarkan secara rasmi nanti. Ke...

GUANE CANGGOH SEKALI KENYATAAN MAD SAID ?

Dilihatkan kenyataan antara kedua pemimpin UMNO Negeri Terengganu ini bercanggah diantara satu sama lain. Dibawah adalah kenyataan sinis komen netizen anak muda Terengganu berkenaan tuduhan liar Pengerusi Perhubungan Umn Negeri terengganu, Ahmad Said. Ning NOK KABO LEVEL AKAL PENGERUSI UMNO Bakpe yg Mad id jadi meroyan gitu seme hawe sebulan kene kurung dlm rumoh mkn lada...MPKK dok ator beras ke? Mcm org isim buleh mic ning ckp ngubu ngabang skali. Sapa dokleh sesen dia kabo. Ni sifir mudoh dok perlu kira fasa² lah...nok kabo buleh ke dok jer... Kang kerajaan wi doh 45k kpd setiap YB dok kira PAS UMNO same rata. Patu 255k kpd Pusat Khidmat Masyarakat semua 32 Dun. Ke Mad id ni duduk dun ke 33? Kalu dok buleh mana bukti Mad id eh? Biar aku sdiri wat laporan! Kerana Pitih, Mat Said ajok UMNO jadi tamak haloba. Kerana Tamak, segala kebaikan dicerca dan difitnah. Kerana Tamak, Pengerusi UMNO Trg rela cakap lebong + plawok! Kerana Tamak, pah mane dose pahale?...

DAP TELAH TIADA TAPI PENGGADAIAN KEPENTINGAN BUMIPUTERA BERTERUSAN : UEM SUNRISE ‘BAILOUT’ ECOWORLD

  1. Pengarah Urusan (MD) dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) UEM Sunrise Bhd, Anwar Syahrin Abdul Ajib telah berhenti tiba – tiba. Perletakan berlaku sehari selepas cadangan pengabungan UEM Sunrise dan Eco World Development Group Bhd diumum secara rasmi. 2. Saya ialah yang pertama mendedahkan mengenai pengabungan yang jelas bersifat bailout ini sejak tahun lepas lagi (sila klik https://www.facebook.com/watch/live/?v=1307932699380585&ref=watch_permalink ). Namun pendedahan saya telah dijawab dengan penafian TIPU oleh UEM Sunrise dengan kenyataan mereka disiarkan oleh beberapa media kononnya UEM Sunrise tidak membuat atau menerima sebarang cadangan mengenai pengabungan (bailout) dengan Ecoworld. 3. UEM Sunrise ialah syarikat hartanah dengan suntikan dana besar dari Khazanah dan ‘bank tanah’ miliknya adalah hasil anugerah tanah oleh kerajaan yang sangat banyak dikawasan strategik telah dipaksa bergabung yang lebih tepat bailout Ecoworld sebuah syarikat yang mempunya liabiliti dan b...