Bekas
Naib Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Hamidah Osman
tidak yakin Tun Dr. Mahathir Mohamad akan memberi laluan kepada Datuk Seri
Anwar Ibrahim untuk menjadi Perdana Menteri.
Menurutnya, ini
berdasarkan perkembangan politik semasa yang secara jelas menunjukkan Mahathir
kini membuat gerakan untuk menafikan Anwar menduduki kerusi Perdana Menteri.“
Jika ditanya
pendapat saya, saya antara orang yang tidak yakin Tun akan memberikan kerusi
itu (Perdana Menteri) kepada Anwar.
“Saya tak
nampak caranya (Anwar menjadi Perdana Menteri). Apa yang berlaku hari ini
terang-terang, gerakan-gerakan yang dibuat oleh Tun untuk menafikan Anwar
menjadi Perdana Menteri, itu yang terjadi hari ini,” katanya dalam sidang
akhbar di sini hari ini.
Ditanya siapa
pilihan Mahathir, Hamidah berkata, apa yang didengar desas-desus Mahathir mahu
menyerahkan kerusi Perdana Menteri kepada
Menteri
Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.
“Tapi kita tak
tahu Tun nak bagi siapa. Kalau tanya saya, sudah tentu Tun tak akan serahkan
jawatan PM kepada Anwar seperti yang diuar-uar, ini pandangan peribadi saya.
“Apa yang
terjadi hari ini Tun mahu menguatkan kedudukan sebagai PM untuk menafikan Anwar
jadi PM,” katanya.
Antara tindakan
Mahathir yang dilihat untuk menguatkan kedudukan ialah menerima kemasukan enam
bekas Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) ke dalam Bersatu baru-baru ini.
Terbaru,
Mahathir yang juga Pengerusi Bersatu mengumumkan parti itu akan melebarkan
sayap parti di Sabah - UO

Comments
Post a Comment