Skip to main content

ANWAR IBRAHIM PUNCA KEKALAHAN BERSATU DI PRK SEMENYIH.

Semenjak perjumpaan Tun Dr. Mahathir dengan Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang baru-baru ini, pelbagai spekulasi telah timbul. Jelas selepas perjumpaan tersebut dan terdedah butirannya, PAS secara terang dan nyata menyatakan sokongan terhadap Tun Dr. Mahathir sebagai Perdana Menteri serta mahu beliau kekal sehingga PRU 15 yang membuatkan ramai tidak keruan.
Sokongan PAS terhadap Tun Dr. Mahathir sebenarnya membuat Anwar Ibrahim kepanasan. Tambahan pula PAS mendedahkan wujud gerakan di sebalik tabir untuk mengenepikan Tun Dr. Mahathir sebagai Perdana Menteri. Ia membuatkan Anwar Ibrahim tidak senang duduk dan menyerang PAS bertubi-tubi. Pelik, mengapa beliau menyerang PAS sedangkan yang bertanding di PRK Semenyih ialah UMNO, Bersatu dan PSM.
Adakah dengan menyerang PAS pengundi Melayu akan menyokong PH dan adakah dengan menyerang PAS peluang UMNO untuk menang dalam PRK Semenyih tipis? Jawapannya tidak, jelas serangan Anwar Ibrahim terhadap PAS membuatkan orang Melayu semakin benci dan menolak PH secara terang tanpa segan silu. Sebenarnya serangan Anwar Ibrahim terhadap PAS ialah punca utama kekalahan Bersatu di PRK Semenyih.
Ya, BN menang dan PH kalah di PRK Semenyih dan keputusan PRK Semenyih ialah manifestasi penolakan orang Melayu terhadap PH dan punca utama kekalahan PH ialah Anwar Ibrahim. Fitnah RM1.4 juta ternyata umpama memakan diri yang mana ia sememangnya tidak benar serta menjejaskan peluang Bersatu memenangi PRK Semenyih.
Gelombang anak muda ketika PRU lalu jelas tidak memihak kepada PH malah menolak PH dengan jumlah undi lebih besar. Mengapa secara tiba-tiba Anwar Ibrahim menyerang PAS di PRK Semenyih walau PAS tidak bertanding dan adakah menyerang PAS itu sebenarnya kaedah supaya Bersatu tidak menang di PRK Semenyih? Jika dilihat pada keadaan sekarang, jawapannya jelas di depan mata.
Kekalahan Bersatu di PRK Semenyih akan merumitkan lagi keadaan konflik dalaman PH. Selepas ini kemungkinan akan lebih besar lagi konflik tersebut hingga tidak mampu lagi disorok dari pandangan umum. Tambahan pula PRK Rantau yang akan berlangsung tidak lama lagi dan PKR pula yang akan bertanding, sudah tentu jika makin parah konflik dalaman PH ia akan menyukarkan PKR untuk menang di Rantau.
DAP umpama tidak bermaya di PRK Semenyih seperti tidak bersungguh membantu Bersatu. Cabaran PAS pada DAP untuk menyatakan sokongan terhadap Tun Dr. Mahathir sebagai Perdana Menteri sehingga hari ini tidak dilakukan. Tidak seperti PKR yang akhirnya MPP PKR menyatakan sokongan terhadap Tun Dr. Mahathir sebagai Perdana Menteri setelah diasak, DAP sehingga hari ini melalui CEC DAP langsung tidak berbuat demikian. Tidakkah pelik sikap DAP ini atau sebenarnya ada sesuatu yang berlaku?
Sidang Dewan Rakyat yang akan berlangsung tidak lama lagi dan sudah tentunya menjadi tumpuan utama. Apakah benar berlaku seperti yang dijangka? Walauapapun berlaku, PAS tetap berdiri teguh dan menyokong Tun Dr. Mahathir sebagai Perdana Menteri hingga tamat tempoh Kerajaan sekarang.
Muhammad Khalil Abdul Hadi,
Ketua Pemuda,
Dewan Pemuda PAS Malaysia.

Comments

Popular posts from this blog

PARTI BARU TUN

 PARTI BARU TUN Ramai orang memberi maklum balas sinikal terhadap penubuhan parti baru oleh Tun, saya mempunyai pandangan berbeza. Tun seorang politikus licik dan berpengalaman, gerak politik beliau masih berpotensi memberi impak besar kepada politik tanah air. Sokongan ahli-ahli Bersatu terhadap Tun masih kuat, namun sokongan tersebut tidak boleh dijelmakan kerana Tun berada di luar parti. Apabila Tun menubuhkan parti baru, ini membuka ruang kepada penyokong beliau untuk keluar Bersatu dan menyertai parti baru ini. Lagipun masa depan politik Bersatu itu sendiri masih kabur apabila PN gagal didaftarkan, dalam masa sama Umno terus menolak parti tersebut. Penubuhan parti oleh Tun menyediakan pentas baru kepada ahli-ahli Bersatu untuk meneruskan idealisme perjuangan selepas parti asal mereka itu seperti bertemu jalan mati sekarang. Selain berusaha mendapat sokongan ahli2 Bersatu, saya percaya Tun akan merintis kolisi politik baru selepas parti beliau didaftarkan secara rasmi nanti. Ke...

GUANE CANGGOH SEKALI KENYATAAN MAD SAID ?

Dilihatkan kenyataan antara kedua pemimpin UMNO Negeri Terengganu ini bercanggah diantara satu sama lain. Dibawah adalah kenyataan sinis komen netizen anak muda Terengganu berkenaan tuduhan liar Pengerusi Perhubungan Umn Negeri terengganu, Ahmad Said. Ning NOK KABO LEVEL AKAL PENGERUSI UMNO Bakpe yg Mad id jadi meroyan gitu seme hawe sebulan kene kurung dlm rumoh mkn lada...MPKK dok ator beras ke? Mcm org isim buleh mic ning ckp ngubu ngabang skali. Sapa dokleh sesen dia kabo. Ni sifir mudoh dok perlu kira fasa² lah...nok kabo buleh ke dok jer... Kang kerajaan wi doh 45k kpd setiap YB dok kira PAS UMNO same rata. Patu 255k kpd Pusat Khidmat Masyarakat semua 32 Dun. Ke Mad id ni duduk dun ke 33? Kalu dok buleh mana bukti Mad id eh? Biar aku sdiri wat laporan! Kerana Pitih, Mat Said ajok UMNO jadi tamak haloba. Kerana Tamak, segala kebaikan dicerca dan difitnah. Kerana Tamak, Pengerusi UMNO Trg rela cakap lebong + plawok! Kerana Tamak, pah mane dose pahale?...

DAP TELAH TIADA TAPI PENGGADAIAN KEPENTINGAN BUMIPUTERA BERTERUSAN : UEM SUNRISE ‘BAILOUT’ ECOWORLD

  1. Pengarah Urusan (MD) dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) UEM Sunrise Bhd, Anwar Syahrin Abdul Ajib telah berhenti tiba – tiba. Perletakan berlaku sehari selepas cadangan pengabungan UEM Sunrise dan Eco World Development Group Bhd diumum secara rasmi. 2. Saya ialah yang pertama mendedahkan mengenai pengabungan yang jelas bersifat bailout ini sejak tahun lepas lagi (sila klik https://www.facebook.com/watch/live/?v=1307932699380585&ref=watch_permalink ). Namun pendedahan saya telah dijawab dengan penafian TIPU oleh UEM Sunrise dengan kenyataan mereka disiarkan oleh beberapa media kononnya UEM Sunrise tidak membuat atau menerima sebarang cadangan mengenai pengabungan (bailout) dengan Ecoworld. 3. UEM Sunrise ialah syarikat hartanah dengan suntikan dana besar dari Khazanah dan ‘bank tanah’ miliknya adalah hasil anugerah tanah oleh kerajaan yang sangat banyak dikawasan strategik telah dipaksa bergabung yang lebih tepat bailout Ecoworld sebuah syarikat yang mempunya liabiliti dan b...