Skip to main content

DATUK RAMELI MUSA ADALAH KAWAN RAPAT DATO SERI ANWAR IBRAHIM KATA EZAM



1. Beberapa hari ini nama Datuk Rameli Musa timbul atas isu yang semua sedia maklum hari ini.

2. Saya tidak berhajat mengulas mengenai isu tersebut kerana saya tidak terlibat dan tidak mengetahui hujung pangkal perkara.

3. Namun saya merasa bertanggungjawab atas prinsip keadilan dan kebenaran untuk membetulkan satu fakta yang jelas salah dan dipesongkan mungkin atas niat jahat terhadap seorang yang bernama Datuk Rameli Musa.

4. Saya kenal Datuk Rameli Musa kira-kira 20 tahun lalu diawal perjuangan Reformasi pada tahun 1998 menerusi Datuk Seri Anwar Ibrahim yang pada masa itu merupakan bos saya. (Saya menjadi setiuasaha politik DSAI pada tahun 1996 dan pada tahun 1999 diminta oleh DSAI membantu Datin Seri Wan Azizah menubuhkan Parti Keadilan Nasional).

5. Datuk Rameli Musa dikenalkan kepada saya oleh Datuk Seri Anwar sebagai kawan rapat beliau semenjak belajar satu batch di MCKK pada tahun 1960an. DSAI memberitahu saya bahawa Datuk Rameli Musa telah menyatakan kesediaan membantu keperluan keluarga dan perjuangan atas dasar persahabatan dan simpati beliau kepada nasib yang menimpa DSAI dan keluarga.


6. Setelah DSAI dipenjarakan saya diminta oleh Datuk Rameli Musa menyalurkan segala keperluan keluarga kepada Datin Seri Wan Azizah.Adakalanya Datin Seri Wan Azizah sendiri berjumpa Datuk Rameli bagi tujuan yang sama.

7. Dalam pengetahuan saya banyak sumbangan Datuk Rameli kepada keluarga dan perjuangan khususnya semasa DSAI dipenjara antaranya:

i.  Membiayai keperluan keluarga DSAI dan DSWA termasuk kos perubatan Allahyarham Mokhtar Ibrahim (abg DSAI) di Luar negara pada ketika itu.
ii. Membiayai kos guaman DSAI khususnya peguam utama DSAI Allahyarham Christopher Fernando dll.
iii. Menyediakan wang jaminan ratusan reformis yang ditahan di era reformasi melalui seorang yang dikenali oleh para reformis sebagai Prince Reformasi.
iv. Menyediakan keperluan perbelanjaan Parti Keadilan Nasional dalam pelbagai aktiviti menerusi bekas bendahari agung Parti Allahyarham YB Ramli Ibrahim dan Bekas Setiausaha Agung Parti Datuk Sallehudin Hashim.
V. Membiayai wang deposit calon2 parti dalam PRU ke 11 di tahun 2004 melalui Bendahari Agung parti pada ketika itu Datuk Kamarul Baharin.

(Sebahagian besar daripada pembiayaan diatas diterima oleh Datuk Seri Wan Azizah yang pada ketika itu merupakan Presiden Parti dan hari ini merupakan Timbalan Perdana Menteri).

8. Dan dalam pengetahuan saya juga Datuk Rameli membiayai kos sara hidup pimpinan ABIM yang kehilangan pekerjaan di era reformasi untuk beberapa tahun. Antara tokoh2 itu adalah Ustadz Dr Mohd Nur Manuty dan Dr Mohd Nor Nawawi walaupun pernah dimarahi oleh DSAI dan diarah dihentikan atas sebab2 politik. (Atas rasa simpati dan persahabatan yang lama di dalam ABIM, Datuk Rameli Musa teruskan bantuan).

9. Dalam pengetahuan saya juga Datuk Rameli pernah membantu ramai tokoh2 politik lain yang pada saat itu menghadapi kesukaran hidup antaranya tokoh2 didalam parti Amanah, PAS, PKR termasuk juga tokoh2 didalam UMNO.


 10. Saya nyatakan secara terbuka hakikat ini atas prinsip kebenaran dan keadilan dan rasa terkilan kerana seorang yang budiman seperi Datuk Rameli ini difitnah tanpa pembelaan sewajarnya khususnya daripada mereka yang pernah mendapat bantuan ikhlas beliau.

11. Saya ingin mengingatkan kawan2 politik saya dahulu untuk menjunjung prinsip moral dan jangan keghairahan kepada kuasa menyebabkan kita menghumban prinsip moral dengan menfitnah seorang sahabat yang banyak menolong kita didalam perjuangan tanpa mendapat apa2 imbuhan.

12. Keihlasan beliau jelas kerana beliau menolong sahabat2 disaat sukar dan disaat mereka tidak mempunyai kuasa (justeru tidak timbul unsur rasuah).

13. Saya nasihatkan kepada Rafizi Ramli yang pada ketika awal perjuangan reformasi masih dibangku sekolah untuk berhati2 dan jangan bermain dengan api.

14. Saya tidak mahu diheret didalam perdebatan politik kerana saya bukan lagi ahli politik apatah lagi perdebatan politik hari ini hanya penuh dengan sampah kerakusan harta dan kuasa tanpa pertimbagan moral dan akhlak. Saya hanya ingin memberikan keadilan kepada seorang insan yang banyak berjasa kepada saya dan perjuangan.

Mohamad Ezam Mohd Nor

*Setiausaha politik DSAI 1996-98
Pengasas Parti Keadilan Nasional 1999
Ketua Pemuda 1999-2006
Tahanan ISA dan OSA 2001-03

Comments

Popular posts from this blog

PARTI BARU TUN

 PARTI BARU TUN Ramai orang memberi maklum balas sinikal terhadap penubuhan parti baru oleh Tun, saya mempunyai pandangan berbeza. Tun seorang politikus licik dan berpengalaman, gerak politik beliau masih berpotensi memberi impak besar kepada politik tanah air. Sokongan ahli-ahli Bersatu terhadap Tun masih kuat, namun sokongan tersebut tidak boleh dijelmakan kerana Tun berada di luar parti. Apabila Tun menubuhkan parti baru, ini membuka ruang kepada penyokong beliau untuk keluar Bersatu dan menyertai parti baru ini. Lagipun masa depan politik Bersatu itu sendiri masih kabur apabila PN gagal didaftarkan, dalam masa sama Umno terus menolak parti tersebut. Penubuhan parti oleh Tun menyediakan pentas baru kepada ahli-ahli Bersatu untuk meneruskan idealisme perjuangan selepas parti asal mereka itu seperti bertemu jalan mati sekarang. Selain berusaha mendapat sokongan ahli2 Bersatu, saya percaya Tun akan merintis kolisi politik baru selepas parti beliau didaftarkan secara rasmi nanti. Ke...

GUANE CANGGOH SEKALI KENYATAAN MAD SAID ?

Dilihatkan kenyataan antara kedua pemimpin UMNO Negeri Terengganu ini bercanggah diantara satu sama lain. Dibawah adalah kenyataan sinis komen netizen anak muda Terengganu berkenaan tuduhan liar Pengerusi Perhubungan Umn Negeri terengganu, Ahmad Said. Ning NOK KABO LEVEL AKAL PENGERUSI UMNO Bakpe yg Mad id jadi meroyan gitu seme hawe sebulan kene kurung dlm rumoh mkn lada...MPKK dok ator beras ke? Mcm org isim buleh mic ning ckp ngubu ngabang skali. Sapa dokleh sesen dia kabo. Ni sifir mudoh dok perlu kira fasa² lah...nok kabo buleh ke dok jer... Kang kerajaan wi doh 45k kpd setiap YB dok kira PAS UMNO same rata. Patu 255k kpd Pusat Khidmat Masyarakat semua 32 Dun. Ke Mad id ni duduk dun ke 33? Kalu dok buleh mana bukti Mad id eh? Biar aku sdiri wat laporan! Kerana Pitih, Mat Said ajok UMNO jadi tamak haloba. Kerana Tamak, segala kebaikan dicerca dan difitnah. Kerana Tamak, Pengerusi UMNO Trg rela cakap lebong + plawok! Kerana Tamak, pah mane dose pahale?...

DAP TELAH TIADA TAPI PENGGADAIAN KEPENTINGAN BUMIPUTERA BERTERUSAN : UEM SUNRISE ‘BAILOUT’ ECOWORLD

  1. Pengarah Urusan (MD) dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) UEM Sunrise Bhd, Anwar Syahrin Abdul Ajib telah berhenti tiba – tiba. Perletakan berlaku sehari selepas cadangan pengabungan UEM Sunrise dan Eco World Development Group Bhd diumum secara rasmi. 2. Saya ialah yang pertama mendedahkan mengenai pengabungan yang jelas bersifat bailout ini sejak tahun lepas lagi (sila klik https://www.facebook.com/watch/live/?v=1307932699380585&ref=watch_permalink ). Namun pendedahan saya telah dijawab dengan penafian TIPU oleh UEM Sunrise dengan kenyataan mereka disiarkan oleh beberapa media kononnya UEM Sunrise tidak membuat atau menerima sebarang cadangan mengenai pengabungan (bailout) dengan Ecoworld. 3. UEM Sunrise ialah syarikat hartanah dengan suntikan dana besar dari Khazanah dan ‘bank tanah’ miliknya adalah hasil anugerah tanah oleh kerajaan yang sangat banyak dikawasan strategik telah dipaksa bergabung yang lebih tepat bailout Ecoworld sebuah syarikat yang mempunya liabiliti dan b...