Skip to main content

FITNAH PH TERSUNGKUR DI PARLIMEN – SYAHIR SULAIMAN


Benarlah kata pepatah, sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga.
Sekian lamanya Pakatan Harapan hanya pandai menabur fitnah dan persepsi, namun apabila diminta untuk mengemukakan bukti dan saksi, mereka pasti kecundang dan tersungkur menyembah bumi.
Terdahulu Ahli Parlimen Damansara, YB Tony Pua (PH-DAP) dengan penuh bangga mendedahkan perincian transaksi dana 1MDB yang masuk ke dalam akaun pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab, lengkap dengan angka dan nama penerimanya.
Setelah menekuni pembentangan tersebut, maka bangunlah Ahli Parlimen Pasir Mas, YB Ustaz Fadhli Shaari (PAS) bertanyakan soalan asas yang sangat mudah, “Adakah Damansara bersetuju bahawa PAS tidak pernah menerima dana 1MDB?”
Secara spontan YB Tony Pua menjawab, “Saya tidak ada maklumat”.
Maka tersungkurlah fitnah yang dicanang oleh Pakatan Harapan selama ini, kononnya ada pemimpin PAS telah menerima suapan ‘dedak’ berjumlah RM90 juta daripada dana 1MDB, dan tuduhan itu kekal sebagai fitnah yang tidak berasas, walaupun setelah Pakatan Harapan bergelar Kerajaan pada hari ini.
Terbaharu Ahli Parlimen Johor Bahru, YB Akmal Nasrullah Bin Mohd Nasir (PH-PKR) menyatakan di dalam ucapannya bahawa terdapat laporan berita yang menyebut, ada pemimpin PAS yang telah dibekukan akaunnya dan disita rumah serta keretanya.
Mendengar kenyataan yang tidak berasas tersebut, bangunlah sekalian Ahli Parlimen PAS bertanyakan soalan asas yang sangat mudah, siapakah pemimpin PAS yang dimaksudkan dan di manakah buktinya.
Setelah diasak oleh Ahli-Ahli Parlimen PAS untuk dikemukakan bukti, beliau tetap berdegil sehingga memaksa Speaker untuk membuat arahan agar kenyataan tersebut ditarik balik.
Akhirnya YB Akmal terpaksa akur dan berkata, “Saya tarik balik kenyataan itu”.
Maka tersungkurlah sekali lagi tuduhan yang dicanang oleh Pakatan Harapan selama ini, dan berita itu kekal sebagai fitnah yang tiada bukti dan tiada saksi.
Namun apa yang lebih mendukacitakan, ruang perbahasan yang diberikan kepada Ahli Parlimen PKR itu tidak dimanfaatkan sebaiknya, malah dilihat tersasar dan tidak mendokong aspirasi murni yang terkandung di dalam Titah Yang di-Pertuan Agong.
Tempoh dua jam yang diperuntukkan kepada Ahli Parlimen Johor Bahru itu menyaksikan tiada idea baru dan tiada gagasan baru, jauh sekali untuk menyelesaikan permasalahan rakyat dan anak muda, apatah lagi untuk melaksanakan segala janji pilihanraya.
Jika inilah kualiti perbahasan Ketua AMK PKR di Parlimen, kami anak muda di luar hanya mampu tersenyum dan menggeleng kepala.

Syahir Sulaiman
Pengarah Strategi Pemuda PAS

Comments

Popular posts from this blog

PARTI BARU TUN

 PARTI BARU TUN Ramai orang memberi maklum balas sinikal terhadap penubuhan parti baru oleh Tun, saya mempunyai pandangan berbeza. Tun seorang politikus licik dan berpengalaman, gerak politik beliau masih berpotensi memberi impak besar kepada politik tanah air. Sokongan ahli-ahli Bersatu terhadap Tun masih kuat, namun sokongan tersebut tidak boleh dijelmakan kerana Tun berada di luar parti. Apabila Tun menubuhkan parti baru, ini membuka ruang kepada penyokong beliau untuk keluar Bersatu dan menyertai parti baru ini. Lagipun masa depan politik Bersatu itu sendiri masih kabur apabila PN gagal didaftarkan, dalam masa sama Umno terus menolak parti tersebut. Penubuhan parti oleh Tun menyediakan pentas baru kepada ahli-ahli Bersatu untuk meneruskan idealisme perjuangan selepas parti asal mereka itu seperti bertemu jalan mati sekarang. Selain berusaha mendapat sokongan ahli2 Bersatu, saya percaya Tun akan merintis kolisi politik baru selepas parti beliau didaftarkan secara rasmi nanti. Ke...

GUANE CANGGOH SEKALI KENYATAAN MAD SAID ?

Dilihatkan kenyataan antara kedua pemimpin UMNO Negeri Terengganu ini bercanggah diantara satu sama lain. Dibawah adalah kenyataan sinis komen netizen anak muda Terengganu berkenaan tuduhan liar Pengerusi Perhubungan Umn Negeri terengganu, Ahmad Said. Ning NOK KABO LEVEL AKAL PENGERUSI UMNO Bakpe yg Mad id jadi meroyan gitu seme hawe sebulan kene kurung dlm rumoh mkn lada...MPKK dok ator beras ke? Mcm org isim buleh mic ning ckp ngubu ngabang skali. Sapa dokleh sesen dia kabo. Ni sifir mudoh dok perlu kira fasa² lah...nok kabo buleh ke dok jer... Kang kerajaan wi doh 45k kpd setiap YB dok kira PAS UMNO same rata. Patu 255k kpd Pusat Khidmat Masyarakat semua 32 Dun. Ke Mad id ni duduk dun ke 33? Kalu dok buleh mana bukti Mad id eh? Biar aku sdiri wat laporan! Kerana Pitih, Mat Said ajok UMNO jadi tamak haloba. Kerana Tamak, segala kebaikan dicerca dan difitnah. Kerana Tamak, Pengerusi UMNO Trg rela cakap lebong + plawok! Kerana Tamak, pah mane dose pahale?...

DAP TELAH TIADA TAPI PENGGADAIAN KEPENTINGAN BUMIPUTERA BERTERUSAN : UEM SUNRISE ‘BAILOUT’ ECOWORLD

  1. Pengarah Urusan (MD) dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) UEM Sunrise Bhd, Anwar Syahrin Abdul Ajib telah berhenti tiba – tiba. Perletakan berlaku sehari selepas cadangan pengabungan UEM Sunrise dan Eco World Development Group Bhd diumum secara rasmi. 2. Saya ialah yang pertama mendedahkan mengenai pengabungan yang jelas bersifat bailout ini sejak tahun lepas lagi (sila klik https://www.facebook.com/watch/live/?v=1307932699380585&ref=watch_permalink ). Namun pendedahan saya telah dijawab dengan penafian TIPU oleh UEM Sunrise dengan kenyataan mereka disiarkan oleh beberapa media kononnya UEM Sunrise tidak membuat atau menerima sebarang cadangan mengenai pengabungan (bailout) dengan Ecoworld. 3. UEM Sunrise ialah syarikat hartanah dengan suntikan dana besar dari Khazanah dan ‘bank tanah’ miliknya adalah hasil anugerah tanah oleh kerajaan yang sangat banyak dikawasan strategik telah dipaksa bergabung yang lebih tepat bailout Ecoworld sebuah syarikat yang mempunya liabiliti dan b...