Skip to main content

Guan Eng Kantoi Dia Adalah Shareholder Projek Terowong Bawah Tanah Pulau Pinang


10% daripada 60% share Swee Kheng adalah kepunyaan Guan Eng dan yang baki 40% adalah share Zarul Ahmad


Tanah yang digunakan untuk ‘penukaran’ dengan Terowong Bawah Laut Pulau Pinang itu mempunyai nilai pembangunan kasar sebanyak RM15 billion. Apabila projek terowong itu selesai dan tanah itu telah dibangunkan sepenuhnya, nilainya boleh mencecah sekurang-kurangnya RM50 billion.
RM50 billion itulah jumlah yang Kerajaan Negeri Pulau Pinang akan lepaskan untuk projek terowong bawah laut yang nilainya hanyalah sebanyak RM6.3 billion. Dan skandal ini adalah lebih besar dari 1MDB.
Mengapa Lim Guan Eng membuat bising ke atas 1MDB sedangkan skandal Terowong Bawah Laut Pulau Pinang itu lagi besar? Dan mengapa Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad tidak marah kepada menteri kewangannya macam mana dia dahulu marah terhadap Najib Razak ?
Jika Najib kleptokrat, seperti apa yang Lim Kit Siang kata, yang anaknya sendiri adalah Bapa Kleptokrat. Kit Siang ni tak malu ke? yang anak dia ini perompak terbesar di Malaysia.

Lim Kit Siang sekarang ini sudah senyap dan tidak bersuara lagi semenjak pendedahan rasuah yang melibatkan anak beliau itu yang lebih besar dari isu 1MDB



Patutlah Kit Siang yang terkenal dengan mulutnya yang besar itu semenjak kebelakangan ini diam tanpa berkata apa-apa. Kerana dia tahu yang anaknya sendiri terlibat dalam skandal yang paling besar dan ini boleh menyebabkan kejatuhan DAP dan Pakatan Harapan.
Dalam kenyataan Zarul Ahmad Mohd Zulkifli kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada Januari 2018, dia mendedahkan bahawa 40% daripada pembangunan projek itu dipegang olehnya dan 60% dipegang oleh Ewe Swee Kheng dari Ewein Berhad. Tanah ini juga mempunyai nilai pembangunan kasar sebanyak RM15 billion dan dalam beberapa tahun akan datang apabila selesainya perojek itu, tanah ini nilainya berpotensi sebanyak RM50 billion.
Sekarang semua orang tahu bahawa Swee Kheng adalah proksi kepada Guan Eng. Ianya bukan satu rahsia lagi. Dari 60% kepunyaan Swee Kheng itu, berapa banyak kepunyaan Guan Eng? Swee Kheng memberitahu kepada SPRM bahawa sebanyak 10% adalah kepunyaan Guan Eng dari 60% yang dimilikinya. Jadi, Guan Eng bukan sahaja dibayar sebanyak 10% dari jumlah kos pembinaan terowong yang bernilai RM6.3 billion itu, malah dia juga mendapat 10% lagi dari jumlah keseluruhan projek itu.

Zarul Ahmad memberitahu kepada SPRM yang Swee Kheng adalah proxy Guan Eng, orang yang memiliki 60% saham dalam projek tersebut
Zarul Ahmad memberitahu kepada SPRM yang Swee Kheng memiliki sebanyak 60% dari projek itu. Manakala Swee Kheng pula memberitahu SPRM yang 10% dari 60% yang dimilikinya adalah kepunyaan Guan Eng dan dia adalah pemegang amanah untuk Lim Guan Eng.
Yang lebih menarik lagi, mengikut pengakuan Zarul Ahmad, RM22 juta dari RM305 juta untuk kajian kebolehlaksanaan itu sebenarnya digunakan untuk menyogok SPRM bagi menutupkan kes rasuah ini. Patutlah kajian itu menelan kos yang sangat tinggi. Rupanya, jumlah itu termasuk juga dengan RM22 juta untuk menyogok SPRM menutup kes siasatan rasuah.


Comments

Popular posts from this blog

PARTI BARU TUN

 PARTI BARU TUN Ramai orang memberi maklum balas sinikal terhadap penubuhan parti baru oleh Tun, saya mempunyai pandangan berbeza. Tun seorang politikus licik dan berpengalaman, gerak politik beliau masih berpotensi memberi impak besar kepada politik tanah air. Sokongan ahli-ahli Bersatu terhadap Tun masih kuat, namun sokongan tersebut tidak boleh dijelmakan kerana Tun berada di luar parti. Apabila Tun menubuhkan parti baru, ini membuka ruang kepada penyokong beliau untuk keluar Bersatu dan menyertai parti baru ini. Lagipun masa depan politik Bersatu itu sendiri masih kabur apabila PN gagal didaftarkan, dalam masa sama Umno terus menolak parti tersebut. Penubuhan parti oleh Tun menyediakan pentas baru kepada ahli-ahli Bersatu untuk meneruskan idealisme perjuangan selepas parti asal mereka itu seperti bertemu jalan mati sekarang. Selain berusaha mendapat sokongan ahli2 Bersatu, saya percaya Tun akan merintis kolisi politik baru selepas parti beliau didaftarkan secara rasmi nanti. Ke...

GUANE CANGGOH SEKALI KENYATAAN MAD SAID ?

Dilihatkan kenyataan antara kedua pemimpin UMNO Negeri Terengganu ini bercanggah diantara satu sama lain. Dibawah adalah kenyataan sinis komen netizen anak muda Terengganu berkenaan tuduhan liar Pengerusi Perhubungan Umn Negeri terengganu, Ahmad Said. Ning NOK KABO LEVEL AKAL PENGERUSI UMNO Bakpe yg Mad id jadi meroyan gitu seme hawe sebulan kene kurung dlm rumoh mkn lada...MPKK dok ator beras ke? Mcm org isim buleh mic ning ckp ngubu ngabang skali. Sapa dokleh sesen dia kabo. Ni sifir mudoh dok perlu kira fasa² lah...nok kabo buleh ke dok jer... Kang kerajaan wi doh 45k kpd setiap YB dok kira PAS UMNO same rata. Patu 255k kpd Pusat Khidmat Masyarakat semua 32 Dun. Ke Mad id ni duduk dun ke 33? Kalu dok buleh mana bukti Mad id eh? Biar aku sdiri wat laporan! Kerana Pitih, Mat Said ajok UMNO jadi tamak haloba. Kerana Tamak, segala kebaikan dicerca dan difitnah. Kerana Tamak, Pengerusi UMNO Trg rela cakap lebong + plawok! Kerana Tamak, pah mane dose pahale?...

DAP TELAH TIADA TAPI PENGGADAIAN KEPENTINGAN BUMIPUTERA BERTERUSAN : UEM SUNRISE ‘BAILOUT’ ECOWORLD

  1. Pengarah Urusan (MD) dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) UEM Sunrise Bhd, Anwar Syahrin Abdul Ajib telah berhenti tiba – tiba. Perletakan berlaku sehari selepas cadangan pengabungan UEM Sunrise dan Eco World Development Group Bhd diumum secara rasmi. 2. Saya ialah yang pertama mendedahkan mengenai pengabungan yang jelas bersifat bailout ini sejak tahun lepas lagi (sila klik https://www.facebook.com/watch/live/?v=1307932699380585&ref=watch_permalink ). Namun pendedahan saya telah dijawab dengan penafian TIPU oleh UEM Sunrise dengan kenyataan mereka disiarkan oleh beberapa media kononnya UEM Sunrise tidak membuat atau menerima sebarang cadangan mengenai pengabungan (bailout) dengan Ecoworld. 3. UEM Sunrise ialah syarikat hartanah dengan suntikan dana besar dari Khazanah dan ‘bank tanah’ miliknya adalah hasil anugerah tanah oleh kerajaan yang sangat banyak dikawasan strategik telah dipaksa bergabung yang lebih tepat bailout Ecoworld sebuah syarikat yang mempunya liabiliti dan b...