Skip to main content

Kecoh! Ahli Parlimen PAS bangun bantah tuduhan bodoh Akmal MP Johor Bahru


Hari pertama persidangan Dewan Rakyat hari ini kecoh seketika apabila Anggota Parlimen Johor Bahru, Akmal Nasrullah Mohd Nasir mempersoalkan tentang penyelewengan dalam kalangan pemimpin parti politik. 

Semasa membahaskan usul menjunjung kasih titah ucapan Yang di-Pertuan Agong, Akmal Nasrullah berkata beliau bimbang penyelewengan dalam kalangan pemimpin tidak hanya melibatkan pemimpin UMNO sahaja. Justeru beliau turut mencabar pemimpin UMNO dan PAS mengisytihar harta masing-masing secara terbuka bagi menjamin intergriti dan mencerminkan ketelusan. 

Kenyataan beliau kemudian disokong oleh RSN Rayer (PH-Jelutong) yang mempersoalkan adakah kerjasama UMNO dan PAS ketika ini mungkin disebabkan kedua-dua parti itu terpalit dengan isu yang sama iaitu rasuah. 

Berikutan kenyataan itu, Ahmad Amzad Mohamed (PAS-Kuala Terengganu) dan Che Alias Hamid (PAS-Kemaman) meminta Akmal Nasrullah membuktikan kenyataannya dan menyatakan nama pemimpin PAS berkenaan atau dakwaan itu dianggap fitnah. 

Ketua Angkatan Muda PKR itu kemudian menjelaskan beliau membangkitkan perkara itu kerana ingin mendapatkan penjelasan daripada menteri berkenaan supaya pemimpin parti politik itu dibersihkan daripada tohmahan rasuah. 

Kenyataan tersebut menyebabkan beberapa Anggota Parlimen PAS bangun dan melaungkan 'tarik balik’ bertujuan meminta Akmal Nasrullah menarik balik kenyataannya kerana telah membuat sangkaan jahat kepada parti itu. Keadaan itu, berlanjutan selama 10 minit sehingga Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Mohamad Ariff Md Yusof mengarahkan Anggota Parlimen Johor Bahru itu menarik balik kenyataannya dan beliau akur.-Bernama

Comments

Popular posts from this blog

PARTI BARU TUN

 PARTI BARU TUN Ramai orang memberi maklum balas sinikal terhadap penubuhan parti baru oleh Tun, saya mempunyai pandangan berbeza. Tun seorang politikus licik dan berpengalaman, gerak politik beliau masih berpotensi memberi impak besar kepada politik tanah air. Sokongan ahli-ahli Bersatu terhadap Tun masih kuat, namun sokongan tersebut tidak boleh dijelmakan kerana Tun berada di luar parti. Apabila Tun menubuhkan parti baru, ini membuka ruang kepada penyokong beliau untuk keluar Bersatu dan menyertai parti baru ini. Lagipun masa depan politik Bersatu itu sendiri masih kabur apabila PN gagal didaftarkan, dalam masa sama Umno terus menolak parti tersebut. Penubuhan parti oleh Tun menyediakan pentas baru kepada ahli-ahli Bersatu untuk meneruskan idealisme perjuangan selepas parti asal mereka itu seperti bertemu jalan mati sekarang. Selain berusaha mendapat sokongan ahli2 Bersatu, saya percaya Tun akan merintis kolisi politik baru selepas parti beliau didaftarkan secara rasmi nanti. Ke...

GUANE CANGGOH SEKALI KENYATAAN MAD SAID ?

Dilihatkan kenyataan antara kedua pemimpin UMNO Negeri Terengganu ini bercanggah diantara satu sama lain. Dibawah adalah kenyataan sinis komen netizen anak muda Terengganu berkenaan tuduhan liar Pengerusi Perhubungan Umn Negeri terengganu, Ahmad Said. Ning NOK KABO LEVEL AKAL PENGERUSI UMNO Bakpe yg Mad id jadi meroyan gitu seme hawe sebulan kene kurung dlm rumoh mkn lada...MPKK dok ator beras ke? Mcm org isim buleh mic ning ckp ngubu ngabang skali. Sapa dokleh sesen dia kabo. Ni sifir mudoh dok perlu kira fasa² lah...nok kabo buleh ke dok jer... Kang kerajaan wi doh 45k kpd setiap YB dok kira PAS UMNO same rata. Patu 255k kpd Pusat Khidmat Masyarakat semua 32 Dun. Ke Mad id ni duduk dun ke 33? Kalu dok buleh mana bukti Mad id eh? Biar aku sdiri wat laporan! Kerana Pitih, Mat Said ajok UMNO jadi tamak haloba. Kerana Tamak, segala kebaikan dicerca dan difitnah. Kerana Tamak, Pengerusi UMNO Trg rela cakap lebong + plawok! Kerana Tamak, pah mane dose pahale?...

DAP TELAH TIADA TAPI PENGGADAIAN KEPENTINGAN BUMIPUTERA BERTERUSAN : UEM SUNRISE ‘BAILOUT’ ECOWORLD

  1. Pengarah Urusan (MD) dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) UEM Sunrise Bhd, Anwar Syahrin Abdul Ajib telah berhenti tiba – tiba. Perletakan berlaku sehari selepas cadangan pengabungan UEM Sunrise dan Eco World Development Group Bhd diumum secara rasmi. 2. Saya ialah yang pertama mendedahkan mengenai pengabungan yang jelas bersifat bailout ini sejak tahun lepas lagi (sila klik https://www.facebook.com/watch/live/?v=1307932699380585&ref=watch_permalink ). Namun pendedahan saya telah dijawab dengan penafian TIPU oleh UEM Sunrise dengan kenyataan mereka disiarkan oleh beberapa media kononnya UEM Sunrise tidak membuat atau menerima sebarang cadangan mengenai pengabungan (bailout) dengan Ecoworld. 3. UEM Sunrise ialah syarikat hartanah dengan suntikan dana besar dari Khazanah dan ‘bank tanah’ miliknya adalah hasil anugerah tanah oleh kerajaan yang sangat banyak dikawasan strategik telah dipaksa bergabung yang lebih tepat bailout Ecoworld sebuah syarikat yang mempunya liabiliti dan b...