Skip to main content

LGE - DAP TAKUTKAN RAKYAT DENGAN SENTIMEN PERKAUMAN YANG SEMPIT


SEMALAMMalaysiakini telah memuat naik artikel berkaitan kenyataan Lim Guan Eng yang bertajuk Lim warn Umno-PAS union will declare war on non-malays yang bermaksud Lim Guan Eng memberi amaran bahawa gabungan PAS-Umno akan mengisyiharkan perang terhadap orang bukan Melayu.

Saya menggangap bahawa ia adalah satu kenyataan yang cukup bahaya serta boleh membawa persepsi buruk terhadap perpaduan kaum di dalam negara. Ia juga seperti cuba menakut-nakutkan orang bukan Melayu bahawa kerjasama PAS-Umno akan membawa bahaya kepada orang bukan Melayu serta boleh membuatkan orang bukan Melayu ketakutan. Lim Guan Eng perlu meminta maaf kepada rakyat kerana mengeluarkan kenyataan sedemikian.


Ia adalah kenyataan yang cukup tidak bertanggungjawab, tidak bertamadun dan cukup bahaya daripada seorang Menteri Kanan Kerajaan Persekutuan yang cuba memainkan sentimen perkauman untuk menjana sokongan politik.
Walaupun Malaysiakini telah menukar semula tajuk tersebut daripada Lim warn Umno-PAS union will declare war on non-malays kepada Lim warn Umno-PAS union will target non-malays, saya tetap berpendapat bahawa Lim Guan Eng masih lagi cuba untuk bermain api perkauman. 
Malaysiakini sepatutnya sebagai sebuah portal berita harus bertanggungjawab, beretika serta telus dalam berita yang disiarkan. Isu seperti ini yang cuba memarakkan lagi sentimen perkauman tidak patut disiarkan untuk tatapan umum. Sebagai sebuah organisasi berita yang bertanggungjawab, Malaysiakini seharusnya menjalankan duediligence terhadap sebarang berita disiarkan, adakah patut disiarkan atau disemak semula sebelum disiarkan.
Soalan kepada Lim Guan Eng, apakah maksud penyatuan PAS-Umno akan mengisytihar perang terhadap orang bukan Melayu atau jika berpandukan U-turn terbaru setelah ditukar tajuk, penyatuan PAS-Umno akan menjadikan orang bukan Melayu sebagai sasaran?
Adakah Lim Guan Eng cuba membangkitkan sentimen perkauman dengan kenyataan tersebut? Adakah selama ini PAS mahupun Umno menindas orang bukan Melayu atau kenyataan tersebut hanya untuk menaikkan sentimen orang bukan Melayu?
Adakah ini jenis Malaysia Baharu yang DAP canangkan? Jika ini Malaysia Baharu tersebut, ia jelas cukup tidak bertanggungjawab, tidak bertamadun dan cukup bahaya kepada perpaduan kaum dan negara. Penghinaan terhadap mana-mana agama, bangsa dan kaum di dalam negara adalah salah, tidak bertamadun, tidak bertanggungjawab serta memang patut didakwa.
Siapa pun dalam kalangan kita tidak suka agamanya dihina, dicaci dan dipermainkan sama ada orang Islam, Buddha, Kristian dan Hindu. Sebenarnya kita perlu tanya kenapa ia terjadi, sebabnya serta dorongan mereka bertindak sedemikian. Adakah ada hasutan atau ditanam kebencian terhadap Islam pada mereka?
Belum pernah lagi di dalam negara sejak Merdeka berlaku penindasan terhadap mana-mana agama, bangsa mahupun kaum. Jika hanya untuk menyatu padukan orang Melayu Islam dianggap bahaya, ia adalah pemikiran yang cukup cetek. Adakah salah untuk orang Melayu Islam bersama walau berlainan ideologi dan pemikiran? Jika itu Lim Guan Eng anggap ancaman kepada orang bukan Melayu, dia patut bubar saja PH sama seperti di bubar Pakatan Rakyat.
PAS tidak pernah meminggirkan mana-mana kaum dalam negara malah PAS berbangga mempunyai Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) yang dianggotai pelbagai agama, kaum dan bangsa. Malah di Kelantan dan Terengganu, tidak pernah berlaku ketidakadilan terhadap agama, bangsa dan kaum lain. Tanyalah mereka dan cuba dekati PAS, kemudian anda akan sedar PAS lebih baik daripada PH terutamanya DAP. PAS bukan rasis dan ektremis agama, sebenarnya anda ditipu hanya kerana kepentingan politik sempit segelintir pihak.
MUHAMMAD KHALIL ABDUL HADI
Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia

Comments

Popular posts from this blog

PARTI BARU TUN

 PARTI BARU TUN Ramai orang memberi maklum balas sinikal terhadap penubuhan parti baru oleh Tun, saya mempunyai pandangan berbeza. Tun seorang politikus licik dan berpengalaman, gerak politik beliau masih berpotensi memberi impak besar kepada politik tanah air. Sokongan ahli-ahli Bersatu terhadap Tun masih kuat, namun sokongan tersebut tidak boleh dijelmakan kerana Tun berada di luar parti. Apabila Tun menubuhkan parti baru, ini membuka ruang kepada penyokong beliau untuk keluar Bersatu dan menyertai parti baru ini. Lagipun masa depan politik Bersatu itu sendiri masih kabur apabila PN gagal didaftarkan, dalam masa sama Umno terus menolak parti tersebut. Penubuhan parti oleh Tun menyediakan pentas baru kepada ahli-ahli Bersatu untuk meneruskan idealisme perjuangan selepas parti asal mereka itu seperti bertemu jalan mati sekarang. Selain berusaha mendapat sokongan ahli2 Bersatu, saya percaya Tun akan merintis kolisi politik baru selepas parti beliau didaftarkan secara rasmi nanti. Ke...

GUANE CANGGOH SEKALI KENYATAAN MAD SAID ?

Dilihatkan kenyataan antara kedua pemimpin UMNO Negeri Terengganu ini bercanggah diantara satu sama lain. Dibawah adalah kenyataan sinis komen netizen anak muda Terengganu berkenaan tuduhan liar Pengerusi Perhubungan Umn Negeri terengganu, Ahmad Said. Ning NOK KABO LEVEL AKAL PENGERUSI UMNO Bakpe yg Mad id jadi meroyan gitu seme hawe sebulan kene kurung dlm rumoh mkn lada...MPKK dok ator beras ke? Mcm org isim buleh mic ning ckp ngubu ngabang skali. Sapa dokleh sesen dia kabo. Ni sifir mudoh dok perlu kira fasa² lah...nok kabo buleh ke dok jer... Kang kerajaan wi doh 45k kpd setiap YB dok kira PAS UMNO same rata. Patu 255k kpd Pusat Khidmat Masyarakat semua 32 Dun. Ke Mad id ni duduk dun ke 33? Kalu dok buleh mana bukti Mad id eh? Biar aku sdiri wat laporan! Kerana Pitih, Mat Said ajok UMNO jadi tamak haloba. Kerana Tamak, segala kebaikan dicerca dan difitnah. Kerana Tamak, Pengerusi UMNO Trg rela cakap lebong + plawok! Kerana Tamak, pah mane dose pahale?...

DAP TELAH TIADA TAPI PENGGADAIAN KEPENTINGAN BUMIPUTERA BERTERUSAN : UEM SUNRISE ‘BAILOUT’ ECOWORLD

  1. Pengarah Urusan (MD) dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) UEM Sunrise Bhd, Anwar Syahrin Abdul Ajib telah berhenti tiba – tiba. Perletakan berlaku sehari selepas cadangan pengabungan UEM Sunrise dan Eco World Development Group Bhd diumum secara rasmi. 2. Saya ialah yang pertama mendedahkan mengenai pengabungan yang jelas bersifat bailout ini sejak tahun lepas lagi (sila klik https://www.facebook.com/watch/live/?v=1307932699380585&ref=watch_permalink ). Namun pendedahan saya telah dijawab dengan penafian TIPU oleh UEM Sunrise dengan kenyataan mereka disiarkan oleh beberapa media kononnya UEM Sunrise tidak membuat atau menerima sebarang cadangan mengenai pengabungan (bailout) dengan Ecoworld. 3. UEM Sunrise ialah syarikat hartanah dengan suntikan dana besar dari Khazanah dan ‘bank tanah’ miliknya adalah hasil anugerah tanah oleh kerajaan yang sangat banyak dikawasan strategik telah dipaksa bergabung yang lebih tepat bailout Ecoworld sebuah syarikat yang mempunya liabiliti dan b...