Salah satu daripada dapatan paling menarik dalam kajian ILHAM Centre ke atas 378 responden di DUN Semenyih pada 26-28 Februari 2019 adalah bahawa “58.7 peratus bersetuju bahawa Kerajaan PH gagal membela Melayu-Muslim”.
Dapatan ini sangat selari dengan kajian ILHAM Centre ke atas 2,614 responden di seluruh negara pada 24 Oktober-24 Disember 2018 yang menunjukkan bahawa “54.8 peratus bersetuju bahawa Kerajaan PH mengabaikan hak Melayu dan kepentingan Islam”.
Malah, jika responden di DUN Semenyih adalah representatif kepada responden di seluruh negara, dapatlah disimpulkan bahawa kadar ketidakpuasan hati pengundi Melayu-Muslim kepada Kerajaan PH dalam isu Melayu-Muslim meningkat 3.9 peratus.
Berdasarkan kepada dapatan kajian ini maka sangatlah wajar Kerajaan PH mengambil tindakan segera bagi merendahkan kadar ketidakpuasan hati pengundi Melayu-Muslim kepada Kerajaan PH dalam isu Melayu-Muslim sebelum ia lebih membarah.
FB : Dr Kamarul Yusoff

Comments
Post a Comment