Skip to main content

PAS BEKERJASAMA DENGAN UMNO ADALAH TALIBAN, KATA NGA KOR MING


Tindakan Pengerusi DAP Perak, Nga Kor Ming yang meniupkan api kebencian serta menakutkan masyarakat bukan Islam dengan mengambarkan gabungan Pas dan UMNO akan menjadikan Malaysia seperti Afghanistan yang diperintah Taliban sekiranya kedua-dua parti membentuk kerajaan, disifatkan cukup berbahaya sekali gus boleh menggugat keharmonian di negara ini.
Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, DAP selama ini sering menuduh UMNO dan Pas sebagai rasis namun hakikatnya mereka lah yang bersifat perkauman dan terbukti dengan kenyataan menghasut seperti itu.
Katanya, apabila diumumkan secara rasmi Pas bekerjasama dengan UMNO, Pakatan Harapan (PH) khususnya DAP yang dilihat tidak senang duduk umpama ‘cacing kepanasan’ dengan penyatuan orang Islam dan Melayu ini.
“Selama 60 tahun kita perintah, kehidupan rakyat pelbagai kaum di negara ini cukup harmoni dan dalam tempoh itu, tidak ada sapa kata kita memerintah seperti Taliban.
“Apa yang menjadi masalah apabila Melayu bersatu sebab kita adalah majoriti. Negara lebih aman dan stabil apabila Melayu tidak berpecah belah. Selama ini, keadaan ekonomi, pendidikan berada dalam cukup baik, bagaimana DAP boleh katakan Malaysia akan jadi seperti Taliban,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.
Kor Ming dalam satu majlis di Taiping, Perak dilaporkan berkata kerjasama UMNO dan Pas akan menjadikan negara seperti Afghanistan yang diperintah Taliban sekiranya kedua-dua parti berkenaan berjaya membentuk kerajaan sekali gus memecah-belahkan rakyat.
Katanya dalam laporan Malaysia Gazette yang memetik akhbar Kwang Wah Yit Poh, rakyat akan menderita apabila UMNO dan Pas membentuk kerajaan kerana keadaan itu disifatkan sebagai tiada patah balik.
Sebelum itu, Menteri Kewangan, Lim Guan Eng
yang juga Setiausaha Agung DAP menyifatkan kerjasama di antara Pas dan UMNO telah ‘mengisytiharkan peperangan terhadap bukan Melayu’.
Bagaimanapun kenyataan tersebut ditarik balik dan diubah beberapa minit kemudian selepas mendapat kecaman daripada warganet.
Sementara itu, Mahdzir berkata, pemimpin DAP tidak sepatutnya menghasut masyarakat Cina di program-program mereka supaya membenci
Melayu Islam melalui kerjasama UMNO dan Pas.
“Sangat bahaya apabila di majlis-majlis masyarakat Cina, pemimpin DAP ini cuba menanam sifat kebencian ini terhadap Melayu.
“Namun dalam majlis kita, apabila
pemimpin Melayu menyeru supaya orang Melayu Islam bersatu, kita dikatakan rasis namun apabila mereka menghasut bukan Islam, tidak pula digelar rasis. Itulah sikap DAP,” katanya.-UO

Comments

Popular posts from this blog

PARTI BARU TUN

 PARTI BARU TUN Ramai orang memberi maklum balas sinikal terhadap penubuhan parti baru oleh Tun, saya mempunyai pandangan berbeza. Tun seorang politikus licik dan berpengalaman, gerak politik beliau masih berpotensi memberi impak besar kepada politik tanah air. Sokongan ahli-ahli Bersatu terhadap Tun masih kuat, namun sokongan tersebut tidak boleh dijelmakan kerana Tun berada di luar parti. Apabila Tun menubuhkan parti baru, ini membuka ruang kepada penyokong beliau untuk keluar Bersatu dan menyertai parti baru ini. Lagipun masa depan politik Bersatu itu sendiri masih kabur apabila PN gagal didaftarkan, dalam masa sama Umno terus menolak parti tersebut. Penubuhan parti oleh Tun menyediakan pentas baru kepada ahli-ahli Bersatu untuk meneruskan idealisme perjuangan selepas parti asal mereka itu seperti bertemu jalan mati sekarang. Selain berusaha mendapat sokongan ahli2 Bersatu, saya percaya Tun akan merintis kolisi politik baru selepas parti beliau didaftarkan secara rasmi nanti. Ke...

GUANE CANGGOH SEKALI KENYATAAN MAD SAID ?

Dilihatkan kenyataan antara kedua pemimpin UMNO Negeri Terengganu ini bercanggah diantara satu sama lain. Dibawah adalah kenyataan sinis komen netizen anak muda Terengganu berkenaan tuduhan liar Pengerusi Perhubungan Umn Negeri terengganu, Ahmad Said. Ning NOK KABO LEVEL AKAL PENGERUSI UMNO Bakpe yg Mad id jadi meroyan gitu seme hawe sebulan kene kurung dlm rumoh mkn lada...MPKK dok ator beras ke? Mcm org isim buleh mic ning ckp ngubu ngabang skali. Sapa dokleh sesen dia kabo. Ni sifir mudoh dok perlu kira fasa² lah...nok kabo buleh ke dok jer... Kang kerajaan wi doh 45k kpd setiap YB dok kira PAS UMNO same rata. Patu 255k kpd Pusat Khidmat Masyarakat semua 32 Dun. Ke Mad id ni duduk dun ke 33? Kalu dok buleh mana bukti Mad id eh? Biar aku sdiri wat laporan! Kerana Pitih, Mat Said ajok UMNO jadi tamak haloba. Kerana Tamak, segala kebaikan dicerca dan difitnah. Kerana Tamak, Pengerusi UMNO Trg rela cakap lebong + plawok! Kerana Tamak, pah mane dose pahale?...

DAP TELAH TIADA TAPI PENGGADAIAN KEPENTINGAN BUMIPUTERA BERTERUSAN : UEM SUNRISE ‘BAILOUT’ ECOWORLD

  1. Pengarah Urusan (MD) dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) UEM Sunrise Bhd, Anwar Syahrin Abdul Ajib telah berhenti tiba – tiba. Perletakan berlaku sehari selepas cadangan pengabungan UEM Sunrise dan Eco World Development Group Bhd diumum secara rasmi. 2. Saya ialah yang pertama mendedahkan mengenai pengabungan yang jelas bersifat bailout ini sejak tahun lepas lagi (sila klik https://www.facebook.com/watch/live/?v=1307932699380585&ref=watch_permalink ). Namun pendedahan saya telah dijawab dengan penafian TIPU oleh UEM Sunrise dengan kenyataan mereka disiarkan oleh beberapa media kononnya UEM Sunrise tidak membuat atau menerima sebarang cadangan mengenai pengabungan (bailout) dengan Ecoworld. 3. UEM Sunrise ialah syarikat hartanah dengan suntikan dana besar dari Khazanah dan ‘bank tanah’ miliknya adalah hasil anugerah tanah oleh kerajaan yang sangat banyak dikawasan strategik telah dipaksa bergabung yang lebih tepat bailout Ecoworld sebuah syarikat yang mempunya liabiliti dan b...