Skip to main content

TUN MAHATHIR TERPAKSA TEGAS UNTUK MENGURUSKAN KABINET YANG LEMAH - PRESIDEN PAS



Ada yg kata dia tua, nyanyuk, dah x relevan dlm politik Malaysia, namun hakikatnya kata²nya terus bisa menggegarkan iklim politik Malaysia.

Itulah Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang. 

Dan buat kesekian kalinya, dia melakukan checkmate tanpa disedari.

Di saat ketika ini kecoh akan kenyataan Nurul Izzah berkenaan "Mahathir itu bekas diktator dan sukar nak bekerjasama dengan Mahathir", dan diyakini kata² itu bertujuan menguatkan momentum menuju ke arah undi tak percaya ke atas Mahathir, TGHH dengan halus ketika ditemuramah wartawan tadi berkata

"Mahathir bukan diktator. Itu "tegas". Dan ianya sgt perlu terutamanya dlm menguruskan kabinet yg lemah".

http://www.astroawani.com/video-malaysia/tun-mahathir-bukan-diktator-datuk-seri-abdul-hadi-408506

Yg menariknya, TGHH menuturkan kenyataan itu TANPA DISOAL oleh wartawan. Tu yg Anwar Ibrahim kata "TGHG x payah bodek Mahathir sgt la!"

Kat sini, ada 3 item yg boleh kita pecahkan :

▪TGHH kata Mahathir bukan diktator

▪Ketegasan Mahathir adalah perlu utk uruskan kabinet yang lemah

▪TGHH membuat kenyataan tanpa ditanya wartawan

Bila TGHH kata Mahathir bukan diktator, secara x langsung ianya melemahkan terus gerakan utk memberikan imej buruk terhadap Mahathir dlm PH sendiri serta menidakkan sama sekali percubaan utk "meraih simpati" sepertimana tahun 1998 dulu. Dulu dalam usaha meraih simpati rakyat, Anwar melabelkan Mahathir sebagai diktator. Tu yg sampai keluar gelaran "mahafiraun" tu. Sapa yg bg gelaran tu? Heh heh heh..

http://www.bernama.com/bm/news.php?id=1709372

Dan kenyataan TGHH betapa Mahathir terpaksa tegas utk uruskan kabinet yg lemah juga merupakan tamparan yg sgt padu menjawab balas kenyataan Izzah "bukan mudah nak bekerjasama dgn Mahathir". Secara x langsung, blame game akan kembali terarah kpd kabinet yg ada sekarang, dan secara x langsung menjadikan Mahathir ibarat "a disillusioned father trying to control a bunch of prodigal, demented children".

Dan hakikat TGHH mengeluarkan kenyataan tanpa disoal wartawan sebenarnya menambahkan merit kpd kenyataan TGHH. Kita x boleh lg sekadar kata "ah, TGHH mmg la kata gitu sbb reporter soal gitu..." namun kali ini, TGHH memilih utk tidak menunggu soalan wartawan. Berat kat situ der.

So natijahnya apa?

▪Sekali lg TGHH tanpa bersusah payah mematikan satu lg strategi menguatkan alasan utk undi tak percaya.

▪Anwar tiada pilihan selain terpaksa bersetuju dgn TGHH. Kalau momentum kenyataan Izzah tu kuat, pastinya Anwar akan "ride the wave" tapi bila TGHH terus padam api tu tanpa sempat api tu nak besar pun, Anwar terpaksa membantutkan langkahnya buat kesekian kali. Sbb jika Anwar memilih utk menyebelahi kenyataan anaknya, nampak sgt semua tindakan Izzah ini didalangi dia sendiri.

https://www.sinarharian.com.my/article/20204/BERITA/Politik/Tun-M-memang-bukan-diktator-Pas-tak-perlu-bodek

▪Para penyerang PAS dan TGHH juga mati kutu. Adakah para mahadamacai ni mahu hentam TGHH, atau bersetuju dgn TGHH? Kalau mereka hentam TGHH, bermakna mereka setuju bahawa Mahathir itu diktator dan mereka akan dibahan secukup rasa. Kalau mereka bersetuju dgn TGHH pula, sudah tentulah impian menyaksikan Anwar jadi PM semakin mengecil. Tu yg mahadamacai hanya dok main "TGHH kata Mahathir bukan diktator, so adakah memali pun dah suci?" Mcm org bodoh. Padahal TGHH x sebut langsung perihal memali whatsoever.

So TGHH, u r one hell of a politician. Tabik bossku!

Fais Al-Hajari

Comments

Popular posts from this blog

PARTI BARU TUN

 PARTI BARU TUN Ramai orang memberi maklum balas sinikal terhadap penubuhan parti baru oleh Tun, saya mempunyai pandangan berbeza. Tun seorang politikus licik dan berpengalaman, gerak politik beliau masih berpotensi memberi impak besar kepada politik tanah air. Sokongan ahli-ahli Bersatu terhadap Tun masih kuat, namun sokongan tersebut tidak boleh dijelmakan kerana Tun berada di luar parti. Apabila Tun menubuhkan parti baru, ini membuka ruang kepada penyokong beliau untuk keluar Bersatu dan menyertai parti baru ini. Lagipun masa depan politik Bersatu itu sendiri masih kabur apabila PN gagal didaftarkan, dalam masa sama Umno terus menolak parti tersebut. Penubuhan parti oleh Tun menyediakan pentas baru kepada ahli-ahli Bersatu untuk meneruskan idealisme perjuangan selepas parti asal mereka itu seperti bertemu jalan mati sekarang. Selain berusaha mendapat sokongan ahli2 Bersatu, saya percaya Tun akan merintis kolisi politik baru selepas parti beliau didaftarkan secara rasmi nanti. Ke...

GUANE CANGGOH SEKALI KENYATAAN MAD SAID ?

Dilihatkan kenyataan antara kedua pemimpin UMNO Negeri Terengganu ini bercanggah diantara satu sama lain. Dibawah adalah kenyataan sinis komen netizen anak muda Terengganu berkenaan tuduhan liar Pengerusi Perhubungan Umn Negeri terengganu, Ahmad Said. Ning NOK KABO LEVEL AKAL PENGERUSI UMNO Bakpe yg Mad id jadi meroyan gitu seme hawe sebulan kene kurung dlm rumoh mkn lada...MPKK dok ator beras ke? Mcm org isim buleh mic ning ckp ngubu ngabang skali. Sapa dokleh sesen dia kabo. Ni sifir mudoh dok perlu kira fasa² lah...nok kabo buleh ke dok jer... Kang kerajaan wi doh 45k kpd setiap YB dok kira PAS UMNO same rata. Patu 255k kpd Pusat Khidmat Masyarakat semua 32 Dun. Ke Mad id ni duduk dun ke 33? Kalu dok buleh mana bukti Mad id eh? Biar aku sdiri wat laporan! Kerana Pitih, Mat Said ajok UMNO jadi tamak haloba. Kerana Tamak, segala kebaikan dicerca dan difitnah. Kerana Tamak, Pengerusi UMNO Trg rela cakap lebong + plawok! Kerana Tamak, pah mane dose pahale?...

DAP TELAH TIADA TAPI PENGGADAIAN KEPENTINGAN BUMIPUTERA BERTERUSAN : UEM SUNRISE ‘BAILOUT’ ECOWORLD

  1. Pengarah Urusan (MD) dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) UEM Sunrise Bhd, Anwar Syahrin Abdul Ajib telah berhenti tiba – tiba. Perletakan berlaku sehari selepas cadangan pengabungan UEM Sunrise dan Eco World Development Group Bhd diumum secara rasmi. 2. Saya ialah yang pertama mendedahkan mengenai pengabungan yang jelas bersifat bailout ini sejak tahun lepas lagi (sila klik https://www.facebook.com/watch/live/?v=1307932699380585&ref=watch_permalink ). Namun pendedahan saya telah dijawab dengan penafian TIPU oleh UEM Sunrise dengan kenyataan mereka disiarkan oleh beberapa media kononnya UEM Sunrise tidak membuat atau menerima sebarang cadangan mengenai pengabungan (bailout) dengan Ecoworld. 3. UEM Sunrise ialah syarikat hartanah dengan suntikan dana besar dari Khazanah dan ‘bank tanah’ miliknya adalah hasil anugerah tanah oleh kerajaan yang sangat banyak dikawasan strategik telah dipaksa bergabung yang lebih tepat bailout Ecoworld sebuah syarikat yang mempunya liabiliti dan b...