Skip to main content

UNTUK ISLAM & UMMAH, PAS AKAN BERKERJASAMA DENGAN UMNO DAN JUGA PPBM - TGHH


Presiden PAS, Abdul Hadi Awang berkata, parti Islam itu menjalin kerjasama rasmi dengan Umno untuk menyatukan parti Melayu, tetapi mereka tidak akan mengancam atau mengabaikan kaum lain.
Ini kerana katanya, orang Melayu berpecah dari segi politik, tetapi bukannya kaum lain dan ini juga adalah alasan PAS akan menyokong Dr Mahathir Mohamad.
“Kita kerjasama dengan parti lain, khususnya parti Melayu.
“Parti Melayu ialah PAS, Umno dan PPBM. PKR bukan parti Melayu, Amanah bukan parti Melayu.
“Sekarang ini Tun jadi perdana menteri, maka kita pertahankan dia,” katanya kepada wartawan di Kuala Terengganu, hari ini.
Kelmarin, Umno mengesahkan kerjasama rasmi dengan PAS di peringkat Parlimen dan setiap pilihan raya kecil, selepas meneliti hala tuju kedua-dua parti dan senario politik tempatan.
Bagaimanapun, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng semalam dilapor menyifatkan kerjasama Umno-PAS sebagai “isyarat perang” terhadap orang bukan Melayu dan Islam.
Hadi berkata, kaum lain perlu menghargai jasa umat Islam yang menerima mereka sebagai warganegara dan diberikan kebebasan beragama serta menubuhkan sekolah berasaskan bahasa ibunda mereka.
“Di Indonesia dan Thailand, mereka tidak dibenarkan buka sekolah Cina. Di negara kita, kita benarkan. Sepatutnya mereka terhutang budi, tetapi mereka meminta lebih.”
“Mereka sepatutnya sedar diri, bagaimana orang Islam yang 65% (ialah) penduduk Malaysia, tetapi 80% (ekonomi) di tangan bukan Islam. Di Indonesia, Cina hanya 2%, tetapi ekonomi 80% di tangan bukan Islam. Ini boleh mencetuskan ketegangan.”
Dalam perkembangan lain, Hadi menafikan beliau membayar lebih RM1 juta kepada editor Sarawak Report, Clare Rewcastle-Brown sebagai sebahagian penyelesaian luar mahkamah berkaitan saman fitnah yang difailkan di London.
“Dulu RM90 juta, sekarang dah turun sejuta? Saya tak bayar. Tak betul.”
Beliau berkata, PAS ialah parti miskin dan ia perlu bergantung kepada sumbangan orang ramai, termasuk bukan Islam.
“Ada yang datang beri sumbangan kepada PAS, khususnya semasa pilihan raya, membiayai pusat pengajian, beribu kelas PASTI (Pusat Asuhan Tunas Islam), beratus sekolah yang kita dirikan. Semua ini sumbangan orang ramai.
“Semasa pilihan raya, ada yang beri pinjaman untuk membayar deposit.”
Pada 1 Mac lalu, Sarawak Report mengesahkan dakwaan Presiden PKR, Anwar Ibrahim yang Hadi membayar RM1.4 juta kepada Rewcastle-Brown sebagai sebahagian daripada penyelesaian luar mahkamah terhadap saman fitnah difailkan ahli Parlimen Marang itu.
Hadi memfailkan saman fitnah terhadap Rewcastle-Brown di Mahkamah Tinggi London pada 21 April 2017 berhubung laporan Sarawak Report pada 6 Ogos 2016 yang mendakwa dana RM90 juta dimasukkan ke akaun pimpinan PAS sebagai usaha menarik sokongan parti itu menyokong Barisan Nasional dan Umno.
Pada 1 Mei 2018, peguam mewakili PAS, Wan Rohimi Wan Daud dilaporkan berkata, Hadi memenangi semua 5 permohonan interlokutori dalam kes saman fitnah terhadap Rewcastle-Brown, tetapi Hadi bertindak menarik balik saman itu awal bulan lalu.
Baru-baru ini, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia mengesahkan hasil siasatan tidak menemui sebarang kemasukan dana 1MDB sebanyak RM90 juta ke akaun PAS.
Hari ini, Hadi berkata, saman fitnah itu ialah kes politik kerana parti itu tidak mahu menghabiskan masa dan wang bagi kes berkenaan.

Comments

Popular posts from this blog

PARTI BARU TUN

 PARTI BARU TUN Ramai orang memberi maklum balas sinikal terhadap penubuhan parti baru oleh Tun, saya mempunyai pandangan berbeza. Tun seorang politikus licik dan berpengalaman, gerak politik beliau masih berpotensi memberi impak besar kepada politik tanah air. Sokongan ahli-ahli Bersatu terhadap Tun masih kuat, namun sokongan tersebut tidak boleh dijelmakan kerana Tun berada di luar parti. Apabila Tun menubuhkan parti baru, ini membuka ruang kepada penyokong beliau untuk keluar Bersatu dan menyertai parti baru ini. Lagipun masa depan politik Bersatu itu sendiri masih kabur apabila PN gagal didaftarkan, dalam masa sama Umno terus menolak parti tersebut. Penubuhan parti oleh Tun menyediakan pentas baru kepada ahli-ahli Bersatu untuk meneruskan idealisme perjuangan selepas parti asal mereka itu seperti bertemu jalan mati sekarang. Selain berusaha mendapat sokongan ahli2 Bersatu, saya percaya Tun akan merintis kolisi politik baru selepas parti beliau didaftarkan secara rasmi nanti. Ke...

GUANE CANGGOH SEKALI KENYATAAN MAD SAID ?

Dilihatkan kenyataan antara kedua pemimpin UMNO Negeri Terengganu ini bercanggah diantara satu sama lain. Dibawah adalah kenyataan sinis komen netizen anak muda Terengganu berkenaan tuduhan liar Pengerusi Perhubungan Umn Negeri terengganu, Ahmad Said. Ning NOK KABO LEVEL AKAL PENGERUSI UMNO Bakpe yg Mad id jadi meroyan gitu seme hawe sebulan kene kurung dlm rumoh mkn lada...MPKK dok ator beras ke? Mcm org isim buleh mic ning ckp ngubu ngabang skali. Sapa dokleh sesen dia kabo. Ni sifir mudoh dok perlu kira fasa² lah...nok kabo buleh ke dok jer... Kang kerajaan wi doh 45k kpd setiap YB dok kira PAS UMNO same rata. Patu 255k kpd Pusat Khidmat Masyarakat semua 32 Dun. Ke Mad id ni duduk dun ke 33? Kalu dok buleh mana bukti Mad id eh? Biar aku sdiri wat laporan! Kerana Pitih, Mat Said ajok UMNO jadi tamak haloba. Kerana Tamak, segala kebaikan dicerca dan difitnah. Kerana Tamak, Pengerusi UMNO Trg rela cakap lebong + plawok! Kerana Tamak, pah mane dose pahale?...

DAP TELAH TIADA TAPI PENGGADAIAN KEPENTINGAN BUMIPUTERA BERTERUSAN : UEM SUNRISE ‘BAILOUT’ ECOWORLD

  1. Pengarah Urusan (MD) dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) UEM Sunrise Bhd, Anwar Syahrin Abdul Ajib telah berhenti tiba – tiba. Perletakan berlaku sehari selepas cadangan pengabungan UEM Sunrise dan Eco World Development Group Bhd diumum secara rasmi. 2. Saya ialah yang pertama mendedahkan mengenai pengabungan yang jelas bersifat bailout ini sejak tahun lepas lagi (sila klik https://www.facebook.com/watch/live/?v=1307932699380585&ref=watch_permalink ). Namun pendedahan saya telah dijawab dengan penafian TIPU oleh UEM Sunrise dengan kenyataan mereka disiarkan oleh beberapa media kononnya UEM Sunrise tidak membuat atau menerima sebarang cadangan mengenai pengabungan (bailout) dengan Ecoworld. 3. UEM Sunrise ialah syarikat hartanah dengan suntikan dana besar dari Khazanah dan ‘bank tanah’ miliknya adalah hasil anugerah tanah oleh kerajaan yang sangat banyak dikawasan strategik telah dipaksa bergabung yang lebih tepat bailout Ecoworld sebuah syarikat yang mempunya liabiliti dan b...