Skip to main content

Posts

Showing posts from April, 2019

PH akan kalah dalam PRU semula

BERDASARKAN kaji selidik terbaru Merdeka Center yang dibuat pada 5-11 Mac 2019 dan yang disiarkan hari ini, 26 April 2019, PH akan kalah kalau dibuat PRU semula dalam waktu terdekat. Ini kerana tahap kepuasan hati rakyat terhadap Kerajaan Persekutuan pada 11 Mac 2019 jatuh merudum kepada 39 peratus sahaja berbanding: (1) 79 peratus pada 31 Mei 2018. (2) 72 peratus pada 19 Julai 2018. (3) 66 peratus pada 16 Ogos 2018. (4) 57 peratus pada 30 September 2018. (5) 58 peratus pada 30 Oktober 2018. (6) 54 peratus pada 27 Disember 2018. (7) 52 peratus pada 29 Januari 2019. Tiada guna untuk kita selaku seorang Menteri meletakkan markah 60 peratus, 65 peratus atau 70 peratus ke atas prestasi diri kita sendiri jika rakyat hanya memberikan markah 39 peratus sahaja kepada Kerajaan Persekutuan yang kita anggotai. Berdasarkan kaji selidik ini juga, tahap kepuasan hati rakyat terhadap Tun Dr Mahathir Mohamad pada 11 Mac 2019 didapati turut jatuh kepada 46 peratus sahaja berbanding: (1) 8...

KRISIS PERAK KENAPA DAP MEMBISU

Akhbar The Star hari ini berdiri teguh di belakang laporannya berkenaan EXCO Perak dari DAP Dr Abd Aziz Bari yang dilaporkan semalam terus mengkritik MB Perak walaupun sebelumnya hadir bersama EXCO-EXCO lain menyatakan taat setia pada Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu. Dalam kenyataannya hari ini akhbar tersebut menyebut: "The Star has reviewed our audio recordings and WhatsApp messages and exchanges with Abdul Aziz and we stand by our report." Aziz adalah duri dalam daging kerajaan PH Perak kata MB nya. Sedangkan sebelum itu Aziz menyatakan Perak perlukan seorang pemimpin bukannya pelawak. (Faizal dianggapnya seorang pelawak). DAP perlu bertanggungjawab dalam krisis ini kerana Aziz merupakan wakilnya dan Naib Pengerusi DAP Perak. Aziz perlu diambil tindakan jika beliau tidak boleh berkerjasama dengan MB di dalam kabinet negeri. Beliau patut dikeluarkan. Atau DAP takut? Atau DAP memang ada agenda mahu naikkan Aziz jadi MB. Kenapa membisu Guan Eng? ...

SEBELAS JAWAPAN FAKTA TABUNG HAJI MENGENAI SPV & HIBAH

Ada orang minta saya ringkaskan isu Tabung Haji termasuk jawab poster di bawah. Maka ini jawapan saya: 1. RM4.1 bilion itu bukan rugi. Ia adalah susut nilai. Kebanyakan punca susut nilai adalah kerana penurunan harga saham yang diluar kawalan pengurusan TH. Tapi jumlah inilah benda yang diulang musuh politik untuk dakwa pengurusan TH gagal / menyeleweng. 2. Antara 1 April hingga 31 Disember 2018, susut nilai aset TH adalah sebanyak RM5.4 bilion. Tapi sebab masa tu pemerintah dah bertukar, puak puak ini buat diam pula. 3. Tabung Haji tak pernah rugi. Tahun 2017, keuntungan bersih mereka adalah RM3.412 bilion. Jumlah ini disahkan juruaudit bebas E&Y dan tak pernah dipertikaikan walaupun sudah berlaku pertukaran kerajaan. 4. Pengurusan lama pakai kaedah Net Realisable Value (NRV) untuk seimbangkan defisit RM4.1b tersebut. Caranya, pengurusan TH nilaikan semula harga aset dengan harga yang mereka jangka boleh dijual. Jadi tinggilah sedikit daripada harga belian asa...

SPRM mengesahkan peguam Clare Brown terlibat dengan pengubahan wang haram RM1.4 juta

“ Ini membuktikan bahawa Bank Negara dan Maybank Jalan Tun Razak turut terlibat bersama dengan Americk – samada secara langsung atau tidak langsung – dalam konsprasi penyaluran wang haram merentasi sempadan memandangkan bank-bank tersebut gagal menghubungi Hadi untuk dapatkan kepastian” Raggie Jessy Rithaudeen Nota: Pendedahan ini, biarpun panjang, merupakan satu pendedahan penting yang harus diperinci setiap pembaca The Third Force kerana ianya merungkai segala apa yang ditemui pihak SPRM dalam siasatan suruhanjaya tersebut terhadap dakwaan kononnya Dato’ Seri Haji Abdul Hadi Awang membayar RM1.4 juta kepada pemilik dan pengendali portal Sarawak Report, iaitu Clare Rewcastle Brown. Saudara-saudari sekalian, Pada 27hb Mac 2019, kita disajikan dengan satu berita penting berkenaan penemuan-penemuan yang dibuat oleh pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung dakwaan kononnya Dato’ Seri Haji Abdul Hadi Awang membayar RM1.4 juta kepada pemilik dan pengenda...

Terima kasih Peguam Negara iktiraf UEC - Nie Ching

Timbalan Menteri Pendidikan, Teo Nie Ching ternyata gembira dengan keputusan Lembaga Kelayakan Profesion Undang-undang Malaysia yang mengiktiraf Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) sebagai setaraf dengan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dan A-Levels. Menerusi kenyataan yang ditulis dalam bahasa Mandarin dalam akaun Facebook rasminya malam tadi, Nie Ching turut mengucapkan tahniah secara khusus kepada Peguam Negara, Tommy Thomas yang merupakan Pengerusi Lembaga Kelayakan Profession Undang-undang Malaysia. “Lembaga Kelayakan Profession Undang-undang Malaysia telah bersetuju UEC adalah setaraf dengan STPM dan A-Levels, dan perkara ini membolehkan pelajar persendirian Cina boleh membuat permohonan untuk menduduki Peperiksaan Sijil Amalan Guaman (PSAG). “Terima kasih Peguam Negara,” katanya di sini. Semalam, Tommy dalam kenyataan memaklumkan Peperiksaan Sijil Amalan Guaman (PSAG) akan menerima pakai kelayakan UEC pada tahap ‘Senior Middle 3’ untuk bermula 1 Januari ...

Peguam Negara Iktiraf UEC Salah Satu Syarat Kelayakan Duduki Peperiksaan Sijil Amalan Guaman Bermula 1 Januari 2021

Kelayakan Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC)  pada tahap Senior Middle 3 boleh diterima sebagai memenuhi syarat kelayakan di peringkat Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM)  bagi tujuan menduduki Peperiksaan Sijil Amalan Guaman (CLP). Pengerusi Lembaga Kelayakan Profesion Undang-Undang Malaysia, Tommy Thomas, berkata dalam mesyuarat pada 8 Mac lalu, badan itu sebulat suara memutuskan bahawa mulai 1 Jan 2021, syarat menduduki PSAG bagi pemegang sijil kelayakan UEC ialah lulus sekurang-kurangnya dua mata pelajaran pada tahap Senior Middle 3 dan memperoleh sekurang-kurangnya lima kepujian di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) / O-Levels / setaraf yang diperoleh dalam satu peperiksaan yang sama. Syarat ini hendaklah terpakai bagi semua pelajar yang telah mendaftar bagi kemasukan program Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang selepas pengumuman keputusan terdahulu pada 5 Jun 2018, katanya dalam kenyataan hari ini. “Bagi mengelak apa-apa kekeliruan, adalah perlu diteka...