Skip to main content

Peguam Negara Iktiraf UEC Salah Satu Syarat Kelayakan Duduki Peperiksaan Sijil Amalan Guaman Bermula 1 Januari 2021


Kelayakan Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC)  pada tahap Senior Middle 3 boleh diterima sebagai memenuhi syarat kelayakan di peringkat Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM)  bagi tujuan menduduki Peperiksaan Sijil Amalan Guaman (CLP).
Pengerusi Lembaga Kelayakan Profesion Undang-Undang Malaysia, Tommy Thomas, berkata dalam mesyuarat pada 8 Mac lalu, badan itu sebulat suara memutuskan bahawa mulai 1 Jan 2021, syarat menduduki PSAG bagi pemegang sijil kelayakan UEC ialah lulus sekurang-kurangnya dua mata pelajaran pada tahap Senior Middle 3 dan memperoleh sekurang-kurangnya lima kepujian di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) / O-Levels / setaraf yang diperoleh dalam satu peperiksaan yang sama.
Syarat ini hendaklah terpakai bagi semua pelajar yang telah mendaftar bagi kemasukan program Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang selepas pengumuman keputusan terdahulu pada 5 Jun 2018, katanya dalam kenyataan hari ini.
“Bagi mengelak apa-apa kekeliruan, adalah perlu ditekankan bahawa 1 Jan 2021, semua pelajar sama ada pemegang sijil UEC atau kelayakan lain yang diiktiraf, yang ingin menduduki peperiksaan CLP hendaklah memenuhi syarat lima kepujian di peringkat SPM / O-Levels / setaraf, dan kelulusan yang berkenaan di peringkat STPM / UEC / A-Levels / setaraf yang telah diperolehi dalam satu peperiksaan yang sama.
Menurut kenyataan itu, semua syarat yang lain adalah kekal terpakai sebagaimana dinyatakan dalam “Garis Panduan Baharu Kelayakan dan Syarat Untuk Layak Menduduki Peperiksaan CLP (Ijazah Undang-Undang dari United Kingdom) dan Garis Panduan Kelayakan dan Syarat Pengiktirafan Pemegang ijazah Undang-Undang  dari Australia dan New Zealand Untuk Layak Mengikut Akta Profesion Undang-Undang 1976.
Terdahulu, pada 5 Jun 2018, lembaga kelayakan itu mengumumkan keputusan bahawa syarat menduduki CLP bagi pemegang sijil kelayakan UEC mulai tahun 2021 ialah perlu mempunyai kelayakan UEC dan lulus penuh sekurang-kurangnya dua mata pelajaran di peringkat STPM / A-Levels.            Pada masa ini, syarat kelayakan bagi pemegang sijil kelayakan UEC untuk menduduki CLP adalah:
– kelayakan UEC dan memperoleh sekurang-kurangnya tiga kepujian di peringkat SPM / O-Levels yang telah diperoleh dalam satu peperiksaan yang sama; atau
– kelayakan UEC dan lulus penuh sekurang-kurangnya dua mata pelajaran di peringkat STPM / A-Levels yang telah diperoleh dalam satu peperiksaan sama.
Thomas berkata sebagai respons terhadap representasi daripada pelbagai pihak, lembaga kelayakan itu telah membuat kajian semula termasuk mendapatkan maklumat daripada beberapa universiti di United Kingdom mengenai penerimaan sijil kelayakan UEC sebagai syarat kelayakan untuk kemasukan ke program Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang [LLB (Hons)].             Badan itu turut mendapatkan penjelasan daripada Persatuan Gabungan Jawatankuasa Sekolah Cina Malaysia (Dong Zong) berhubung tahap kelayakan UEC yang boleh diterima sebagai syarat kemasukan bagi mengikuti program ijazah di universiti.
Turut diambil kira ialah kesan pengumuman keputusan terdahulu terhadap pemegang sijil kelayakan UEC yang sedang mengikuti pengajian Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang semasa pengumuman tersebut dibuat pada 5 Jun 2018.
“Hasil daripada itu, lembaga kini berpuas hati bahawa kelayakan UESCpada tahap Senior Middle 3 boleh diterima sebagai memenuhi syarat kelayakan di peringkat STPM bagi tujuan menduduki CLP,” kata Thomas.-Bernama

Comments

Popular posts from this blog

PARTI BARU TUN

 PARTI BARU TUN Ramai orang memberi maklum balas sinikal terhadap penubuhan parti baru oleh Tun, saya mempunyai pandangan berbeza. Tun seorang politikus licik dan berpengalaman, gerak politik beliau masih berpotensi memberi impak besar kepada politik tanah air. Sokongan ahli-ahli Bersatu terhadap Tun masih kuat, namun sokongan tersebut tidak boleh dijelmakan kerana Tun berada di luar parti. Apabila Tun menubuhkan parti baru, ini membuka ruang kepada penyokong beliau untuk keluar Bersatu dan menyertai parti baru ini. Lagipun masa depan politik Bersatu itu sendiri masih kabur apabila PN gagal didaftarkan, dalam masa sama Umno terus menolak parti tersebut. Penubuhan parti oleh Tun menyediakan pentas baru kepada ahli-ahli Bersatu untuk meneruskan idealisme perjuangan selepas parti asal mereka itu seperti bertemu jalan mati sekarang. Selain berusaha mendapat sokongan ahli2 Bersatu, saya percaya Tun akan merintis kolisi politik baru selepas parti beliau didaftarkan secara rasmi nanti. Ke...

GUANE CANGGOH SEKALI KENYATAAN MAD SAID ?

Dilihatkan kenyataan antara kedua pemimpin UMNO Negeri Terengganu ini bercanggah diantara satu sama lain. Dibawah adalah kenyataan sinis komen netizen anak muda Terengganu berkenaan tuduhan liar Pengerusi Perhubungan Umn Negeri terengganu, Ahmad Said. Ning NOK KABO LEVEL AKAL PENGERUSI UMNO Bakpe yg Mad id jadi meroyan gitu seme hawe sebulan kene kurung dlm rumoh mkn lada...MPKK dok ator beras ke? Mcm org isim buleh mic ning ckp ngubu ngabang skali. Sapa dokleh sesen dia kabo. Ni sifir mudoh dok perlu kira fasa² lah...nok kabo buleh ke dok jer... Kang kerajaan wi doh 45k kpd setiap YB dok kira PAS UMNO same rata. Patu 255k kpd Pusat Khidmat Masyarakat semua 32 Dun. Ke Mad id ni duduk dun ke 33? Kalu dok buleh mana bukti Mad id eh? Biar aku sdiri wat laporan! Kerana Pitih, Mat Said ajok UMNO jadi tamak haloba. Kerana Tamak, segala kebaikan dicerca dan difitnah. Kerana Tamak, Pengerusi UMNO Trg rela cakap lebong + plawok! Kerana Tamak, pah mane dose pahale?...

DAP TELAH TIADA TAPI PENGGADAIAN KEPENTINGAN BUMIPUTERA BERTERUSAN : UEM SUNRISE ‘BAILOUT’ ECOWORLD

  1. Pengarah Urusan (MD) dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) UEM Sunrise Bhd, Anwar Syahrin Abdul Ajib telah berhenti tiba – tiba. Perletakan berlaku sehari selepas cadangan pengabungan UEM Sunrise dan Eco World Development Group Bhd diumum secara rasmi. 2. Saya ialah yang pertama mendedahkan mengenai pengabungan yang jelas bersifat bailout ini sejak tahun lepas lagi (sila klik https://www.facebook.com/watch/live/?v=1307932699380585&ref=watch_permalink ). Namun pendedahan saya telah dijawab dengan penafian TIPU oleh UEM Sunrise dengan kenyataan mereka disiarkan oleh beberapa media kononnya UEM Sunrise tidak membuat atau menerima sebarang cadangan mengenai pengabungan (bailout) dengan Ecoworld. 3. UEM Sunrise ialah syarikat hartanah dengan suntikan dana besar dari Khazanah dan ‘bank tanah’ miliknya adalah hasil anugerah tanah oleh kerajaan yang sangat banyak dikawasan strategik telah dipaksa bergabung yang lebih tepat bailout Ecoworld sebuah syarikat yang mempunya liabiliti dan b...