Skip to main content

PH akan kalah dalam PRU semula



BERDASARKAN kaji selidik terbaru Merdeka Center yang dibuat pada 5-11 Mac 2019 dan yang disiarkan hari ini, 26 April 2019, PH akan kalah kalau dibuat PRU semula dalam waktu terdekat.
Ini kerana tahap kepuasan hati rakyat terhadap Kerajaan Persekutuan pada 11 Mac 2019 jatuh merudum kepada 39 peratus sahaja berbanding:
(1) 79 peratus pada 31 Mei 2018.
(2) 72 peratus pada 19 Julai 2018.
(3) 66 peratus pada 16 Ogos 2018.
(4) 57 peratus pada 30 September 2018.
(5) 58 peratus pada 30 Oktober 2018.
(6) 54 peratus pada 27 Disember 2018.
(7) 52 peratus pada 29 Januari 2019.
Tiada guna untuk kita selaku seorang Menteri meletakkan markah 60 peratus, 65 peratus atau 70 peratus ke atas prestasi diri kita sendiri jika rakyat hanya memberikan markah 39 peratus sahaja kepada Kerajaan Persekutuan yang kita anggotai.
Berdasarkan kaji selidik ini juga, tahap kepuasan hati rakyat terhadap Tun Dr Mahathir Mohamad pada 11 Mac 2019 didapati turut jatuh kepada 46 peratus sahaja berbanding:
(1) 83 peratus pada 31 Mei 2018.
(2) 79 peratus pada 19 Julai 2018.
(3) 71 peratus pada 16 Ogos 2018.
(4) 67 peratus pada 30 September 2018.
(5) 64 peratus pada 30 Oktober 2018.
(6) 59 peratus pada 27 Disember 2018.
(7) 58 peratus pada 29 Januari 2019.
Tun Dr Mahathir dan PH perlu melakukan sesuatu perkara yang drastik bagi melonjakkan balik tahap kepuasan hati rakyat terhadap beliau selaku Perdana Menteri dan terhadap PH selaku Kerajaan Persekutuan.
Sudah pastilah dapatan kaji selidik ini akan digunakan oleh parti-parti pembangkang untuk menekan Tun Dr Mahathir dan PH supaya membubarkan Parlimen atau untuk sekurang-kurangnya akur kepada kehendak mereka.
Pada masa yang sama, dapatan kaji selidik ini mungkin akan digunakan oleh pihak-pihak tertentu dalam PH untuk menekan Tun Dr Mahathir supaya mempercepatkan peralihan kuasa kepada Dato' Seri Anwar Ibrahim.
Begitupun, walaupun Tun Dr Mahathir sudah tidak lagi sepopular sebelum ini, beliau lebih popular berbanding Kerajaan Persekutuan yang beliau ketuai menjadikan Kerajaan Persekutuan yang lebih bergantung kepada beliau.
Semakin menarik perkembangan politik Malaysia sekarang.
FB: DR KAMARUL ZAMAN YUSOFF

Comments

Popular posts from this blog

PARTI BARU TUN

 PARTI BARU TUN Ramai orang memberi maklum balas sinikal terhadap penubuhan parti baru oleh Tun, saya mempunyai pandangan berbeza. Tun seorang politikus licik dan berpengalaman, gerak politik beliau masih berpotensi memberi impak besar kepada politik tanah air. Sokongan ahli-ahli Bersatu terhadap Tun masih kuat, namun sokongan tersebut tidak boleh dijelmakan kerana Tun berada di luar parti. Apabila Tun menubuhkan parti baru, ini membuka ruang kepada penyokong beliau untuk keluar Bersatu dan menyertai parti baru ini. Lagipun masa depan politik Bersatu itu sendiri masih kabur apabila PN gagal didaftarkan, dalam masa sama Umno terus menolak parti tersebut. Penubuhan parti oleh Tun menyediakan pentas baru kepada ahli-ahli Bersatu untuk meneruskan idealisme perjuangan selepas parti asal mereka itu seperti bertemu jalan mati sekarang. Selain berusaha mendapat sokongan ahli2 Bersatu, saya percaya Tun akan merintis kolisi politik baru selepas parti beliau didaftarkan secara rasmi nanti. Ke...

GUANE CANGGOH SEKALI KENYATAAN MAD SAID ?

Dilihatkan kenyataan antara kedua pemimpin UMNO Negeri Terengganu ini bercanggah diantara satu sama lain. Dibawah adalah kenyataan sinis komen netizen anak muda Terengganu berkenaan tuduhan liar Pengerusi Perhubungan Umn Negeri terengganu, Ahmad Said. Ning NOK KABO LEVEL AKAL PENGERUSI UMNO Bakpe yg Mad id jadi meroyan gitu seme hawe sebulan kene kurung dlm rumoh mkn lada...MPKK dok ator beras ke? Mcm org isim buleh mic ning ckp ngubu ngabang skali. Sapa dokleh sesen dia kabo. Ni sifir mudoh dok perlu kira fasa² lah...nok kabo buleh ke dok jer... Kang kerajaan wi doh 45k kpd setiap YB dok kira PAS UMNO same rata. Patu 255k kpd Pusat Khidmat Masyarakat semua 32 Dun. Ke Mad id ni duduk dun ke 33? Kalu dok buleh mana bukti Mad id eh? Biar aku sdiri wat laporan! Kerana Pitih, Mat Said ajok UMNO jadi tamak haloba. Kerana Tamak, segala kebaikan dicerca dan difitnah. Kerana Tamak, Pengerusi UMNO Trg rela cakap lebong + plawok! Kerana Tamak, pah mane dose pahale?...

DAP TELAH TIADA TAPI PENGGADAIAN KEPENTINGAN BUMIPUTERA BERTERUSAN : UEM SUNRISE ‘BAILOUT’ ECOWORLD

  1. Pengarah Urusan (MD) dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) UEM Sunrise Bhd, Anwar Syahrin Abdul Ajib telah berhenti tiba – tiba. Perletakan berlaku sehari selepas cadangan pengabungan UEM Sunrise dan Eco World Development Group Bhd diumum secara rasmi. 2. Saya ialah yang pertama mendedahkan mengenai pengabungan yang jelas bersifat bailout ini sejak tahun lepas lagi (sila klik https://www.facebook.com/watch/live/?v=1307932699380585&ref=watch_permalink ). Namun pendedahan saya telah dijawab dengan penafian TIPU oleh UEM Sunrise dengan kenyataan mereka disiarkan oleh beberapa media kononnya UEM Sunrise tidak membuat atau menerima sebarang cadangan mengenai pengabungan (bailout) dengan Ecoworld. 3. UEM Sunrise ialah syarikat hartanah dengan suntikan dana besar dari Khazanah dan ‘bank tanah’ miliknya adalah hasil anugerah tanah oleh kerajaan yang sangat banyak dikawasan strategik telah dipaksa bergabung yang lebih tepat bailout Ecoworld sebuah syarikat yang mempunya liabiliti dan b...