Skip to main content

Posts

Showing posts from June, 2019

AHLI PARLIMEN DAP LABIS DUA KALI BIADAB, PERTANYAAN BELIAU DI PARLIMEN SEPATUTNYA DITOLAK AWAL-AWAL LAGI

1. Tindakan Ahli Parlimen DAP Labis, Pang Hok Liong, mempersoalkan sama ada nombor plat “TMJ” dan “RZ” yang digunakan oleh Tunku Mahkota Johor dan Sultanah Johor telah didaftarkan dengan pihak Jabatan Pengangkutan Jalan dan mempersoalkan mengapa kenderaan-kenderaan yang mempunyai nombor plat itu berada di atas jalan raya jika nombor plat itu tidak didaftarkan merupakan satu perbuatan biadab yang tidak boleh dikompromi kerana ia adalah cubaan untuk "melanggar" atau “memalukan” Sultan Johor khasnya dan Raja-Raja Melayu amnya. 2. Jelas dapat dilihat dalam kandungan soalan ini bahawa Ahli Parlimen DAP Labis ini mempunyai sangkaan jahat terhadap pemilik nombor plat “TMJ” dan “RZ” bahawa mereka mungkin tidak mendaftarkannya dengan pihak Jabatan Pengangkutan Jalan dan mereka mungkin melanggar undang-undang dengan menggunakan kenderaan-kenderaan yang mempunyai nombor plat yang mungkin tidak didaftarkan. 3. Parlimen adalah institusi penggubalan undang-undang tertinggi negar...

Haziq dedah detik awal pertemuan, Cinta saya dibalas “Beliau seorang yang sangat menawan”

[mSTAR] HAZIQ  Abdullah Abdul Aziz ingin bekerja dalam sektor awam namun impiannya musnah berikutan skandal video seks baru-baru ini. Pengakuan mengejut bahawa dia adalah lelaki dalam klip video seks yang menjadi tular dan mendakwa bahawa Menteri Hal Ehwal Ekonomi Datuk Seri Mohamed Azmin Ali adalah lelaki kedua telah merosakkan impiannya dalam bidang politik. Malah Ketua Pemuda PKR Santubong telah ini diminta menjawab surat tunjuk sebab oleh partinya mengenai kontroversi itu. Dia juga dipecat sebagai setiausaha kanan kepada timbalan menteri industri utama. Kementerian melihat penglibatannya sebagai 'sifat yang jijik'. "Video skandal seks ini telah menjejaskan impian politik saya tetapi sejauh mana, saya tidak pasti. "Tetapi sudah tentu, dengan cara yang buruk. Buat masa ini, saya perlu melupakan untuk menjadi orang politik," katanya. Haziq menganggap kontroversi ini sangat tragis apabila dia diseret dalam konspirasi untuk m...

Berperangai seperti 'Mak Lampir', Zuraida boleh angkat kaki dari PKR – Faizah

[ MalaysiaGazette]   Naib Ketua Wanita PKR, Faizah Ariffin menyarankan Naib Presiden parti itu, Zuraida Kamaruddin meninggalkan PKR sekiranya tidak lagi menghormati keputusan bersama yang dibuat pucuk pimpinan. Faizah menegaskan, sebagai pemimpin, Ahli Parlimen Ampang itu seharusnya senada bagi mempertahankan keputusan apatah lagi hadir di dalam mesyuarat biro politik parti itu yang membincangkan isu video seks mirip Timbalan Presiden, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali. Jelasnya, beliau musykil apakah Zuraida yang juga Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan tidak berfungsi dalam mesyuarat atau hanya menyuarakan rasa tidak puas hati atas keputusan yang dibuat bersama. “Apa sebenarnya yang beliau mahu dan mengapa berperangai seperti ‘mak lampir’ tak bertuan? Mengapa beliau terlalu biadab sehingga tidak mahu patuh kepada kata sepakat yang dia sendiri terlibat? Adakah beliau berasa sudah cukup besar kepala sekarang? “Ia tak boleh dibiarkan dan perlu diambil tindakan tata tert...

PAS menggariskan panduan kerjasama Ta'awun dengan UMNO, Tidak boleh rasmi mesyuarat Umno

Pemimpin dan ahli PAS tidak boleh terlibat merasmikan mesyuarat agung parti lain kerana ia dibimbangi boleh mengelirukan ahli dan penyokong di bawah. Timbalan Presiden PAS Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, misalnya jemputan merasmikan mesyuarat agung Umno tidak boleh dilakukan pemimpin PAS. “Kita juga tidak boleh bekerja untuk pihak lain takut ia boleh mengelirukan ahli dan penyokong di bawah,” katanya ketika menggulung ucapan dasar presiden pada akhir Muktamar Tahunan PAS Ke-65 yang bertema ‘Islam Memimpin Perpaduan’ di Stadium Tertutup SUKPA Kuantan, di sini hari ini. Menurutnya juga dalam mesyuarat pertama Jawatankuasa Induk Taawun PAS-Umno diadakan persefahaman satu lawan satu pada Pilihan Raya Kecil (PRK). Selain itu parti yang bertanding pada PRK berasaskan parti yang bertanding pada PRU sebelum ini. Kata beliau juga Jawatankuasa Teknikal PAS yang merangka kerjasama dengan Umno bagi pihak PAS diketuai Ustaz Idris Ahmad dan dianggotai empat lagi ahli. “Kita dal...

Saya pegang jawatan PM tidak lebih tiga tahun - Tun Mahathir

[BERNAMA] Berpegang kepada tekad untuk menyelesaikan masalah hutang negara, Tun Dr Mahathir Mohamad beliau tidak akan memegang jawatan perdana menteri melebihi tiga tahun. Menurut stesen berita CNBC, Perdana Menteri berkata, kerajaan beliau memerlukan tiga tahun untuk mengurangkan hutang Malaysia daripada 80 peratus Keluaran Dalam Negara Kasar kepada 54 peratus. Ketika ditanya pembaca berita CNBC Tanvir Gill sama ada beliau akan terus memegang jawatan untuk melihat matlamat itu tercapai, Mahathir berkata: “Tidak, saya tidak akan melebihi tiga tahun.” Sebaliknya, Dr Mahathir berkata keutamaan beliau adalah untuk membolehkan Malaysia ‘menyelesaikan masalah (hutang) ini’ sungguhpun selepas beliau berundur. “Saya akan menjadi PM untuk membantu menyelesaikan masalah tertentu, ia mungkin mengambil masa dua tahun atau lebih, tetapi yang paling penting adalah untuk menyelesaikan masalah, lepas itu saya akan berundur, saya tidak mahu terus memegang jawatan ini,” kata perdana ...

PAS parti yang bebas daripada RASUAH serta berintegriti

PENDEDAHAN  Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Paul Low Seng Kuan di Parlimen semalam bahawa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menahan seramai 92 ahli politik dari kerajaan BN dan pembangkang (Pakatan Harapan) kerana terlibat dengan rasuah antara tahun 2013-2017 adalah statistik yang begitu membimbangkan. Semestinya angka yang dibentangkan oleh Datuk Paul Low Seng Kuan merencatkan kehangatan iklim politik negara yang sedang di ambang Pilihan Raya Umum ke 14. Rakyat yang berkira-kira mahu membuang undi dengan meletakkan harapan kepada parti-parti politik merasa resah, marah, bimbang bahkan meluat terhadap kesemua parti politik kerana tiada pemimpin parti politik yang dilihat benar-benar bersih dari kesan rasuah. Lihatlah dengan angka 71 orang pemimpin politik dari Barisan Nasional (BN) dan 21 pemimpin dari Pakatan Harapan, menandakan parti-parti politik ini tidak boleh dipercayai. Kesannya, rakyat tidak percaya lagi dengan parti politik malah dengan su...

SPRM dedah 41 penama penerima wang 1MDB, Tuan Guru Hj Abdul Hadi tiada dalam senarai - Ketua SPRM, Latheefa Koya

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah membuat permohonan lucut harta terhadap 41 responden di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001. Ketua Pesuruhjayanya, Latheefa Koya berkata, permohonan itu melibatkan nilai RM270 juta daripada dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB). “Kita telah mengenal pasti 41 sama ada individu atau entiti yang telah dijadikan responden dalam permohonan yang telah difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dan akan bermula pada 25 Jun, 10 Julai, 24 Julai dan 31 Julai. “41 responden yang disenaraikan termasuklah daripada pihak-pihak berkaitan parti UMNO yang melibatkan nilai RM212 juta dan selebihnya adalah yayasan-yayasan, syarikat-syarikat dan sebagainya,” katanya pada sidang media Ibu Pejabat SPRM di sini hari ini. Beliau turut memberitahu, wang yang diterima responden itu datang daripada akaun bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak. ...

AMK (pro Azmin Ali) bertelagah dengan kepimpinan PKR Pusat berkenaan isu video Semburit

AMK (pro Azmin Ali) menyatakan kekesalan & tidak berpuashati dengan keputusan yang di ambil oleh Biro Politik PKR dan Lembaga Displin PKR yang dikatakan kebanyakkannya adalah pro Anwar Ibrahim dengan hanya memberi surat tunjuk sebab kepada pelakon video semburit Haziq Aziz. Menurut pemimpin AMK PKR berkenaan, Haziq Aziz hanya dikenakan surat tunjuk sebab walhal perbuatan terkutuknya jelas telah memalukan imej parti  berkenaan. Sepatutnya beliau (Haziq Aziz) perlu dipecat daripada parti. AMK juga mendesak supaya hukuman lebih tegas dikenakan kepada Haziq Aziz iaitu dipecat daripada PKR dan bukan dikenakan tindakan amaran (ringan) kerana ada kepentingan pihak tertentu didalam pimpinan tertinggi PKR. Pimpinan AMK berkenaan (pro-Azmin Ali) dengan tegas menyatakan menolak perjuangan yang semata-mata mempertahankan individu dan keluarga. Sebelum itu, Pertelagahan di dalam PKR masih berterusan terutama kecaman demi kecaman terbuka daripada pemimpin PKR yang kebanyakkan dar...

Kerjasama dua parti itu (PAS & UMNO) dipersetujui kerana berlandaskan dasar demi Islam - Pemuda PAS

Kerjasama Pas-UMNO mendapat sokongan sayap Pemudanya melalui perbahasan di hari kedua Muktamar Tahunan Pemuda Pas ke-60, hari ini. Ketika wakil Kedah, Nasrun Othman tampil bertanya kepada perwakilan sama ada bersetuju atau tidak dengan kerjasama itu, rata-ratanya memberikan sokongan. “Tuan-tuan setuju atau tidak kesatuan ummah Pas dengan UMNO?,” katanya sambil disambut sorakan ‘Setuju’ daripada hampir semua perwakilan. Menurut Nasrun, kerjsama dua parti itu dipersetujui kerana berlandaskan dasar demi Islam. “Kita nak kerjasama ini dapat melaksanakan dan memastikan ISLAM memerintah. Tetapi kita kena pastikan matlamat kerjasama ini ikhlas kerana ALLAH SWT. “Jangan ada antara kita nakkan jawatan, kedudukan atau sebab lain sehingga menyebabkan kita tak dapat bersatu. Kerjasama ini juga mestilah memberi manfaat dengan syarat Pas perlu menjadi ketua dan berada di atas,” katanya. Bagaimanapun, beliau berkata, penerangan mengenai kerjasama itu perlu diberikan kepada ahli P...

Parti Amanah (PAN) Hanya alat DAP Untuk Pecahkan Melayu ISLAM

P arti Amanah Negara (Amanah) sebenarnya diwujudkan semata-mata untuk menjadi alat kepada strategi DAP.  DAP tidak pernah berhenti berusaha mencari jalan untuk memecah belahkan kesatuan orang Melayu kerana agenda parti itu adalah untuk menyekat kemaraan Islam di negara ini. (Memandangkan) PKR bukan parti Islam, lalu mereka berusaha menubuhkan Amanah. Bukan untuk mempertahankan atau memperjuangkan Islam tetapi hanya sekadar menjadi alat kepada DAP sahaja.

HAZIQ TIDAK BOLEH DIHUKUM SELAGI BELUM DIBUKTIKAN BERSALAH – ANWAR

[newmalaysianpost] DATUK  Seri Anwar Ibrahim menegaskan tiada tindakan akan diambil ke atas Ketua AMK Santubong, Haziq Abdullah Abdul Aziz yang mengaku terbabit dalam video seks yang didakwa turut membabitkan Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali. Presiden PKR itu berkata, beliau berpegang kepada ketetapan bahawa kes itu perlu disiasat terlebih dahulu oleh pihak polis, katanya dipetik Bernama. Parti itu kata beliau tidak boleh mengambil keputusan terburu-buru untuk menghukum sehinggalah Haziq terbukti bersalah. “Kami menolak politik kotor tetapi saya tidak akan menghukum beliau (Haziq) sehingga siasatan polis selesai. Saya rasa kita patut bertindak mengikut fakta,” katanya. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Rumah Terbuka Pimpinan PKR Negeri Sarawak di sini hari ini. Ditanya mengenai desakan Mohamed Azmin supaya PKR menyiasat bagaimana nombor-nombor telefon ahli dan pemimpin parti digunakan menyebarkan video berkenaan...

Video seks mirip menteri: PKR tidak akan buat laporan polis – Anwar

(MalaysiaGazette) - PKR tidak akan membuat laporan polis berhubung penularan video seks yang didakwa melibatkan pemimpin parti itu, kata Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Ini kerana, katanya, beberapa laporan polis mengenai video tersebut telah dibuat dan pihak polis telah memulakan siasatan. Bercakap kepada media selepas mesyuarat biro politik parti itu, Anwar berkata, pihaknya sangat bimbang dengan serangan tidak berasas tanpa henti yang dilancarkan pihak tertentu terhadap pemimpin parti itu. Sambil menafikan  sebarang penglibatan di peringkat dalaman atau luaran parti, Ahli Parlimen Port Dickson itu menyelar perbuatan jijik serta konspirasi terhadap timbalannya Datuk Seri Mohamed Azmin Ali. “Kami bimbang mengenai serangan tanpa henti ini yang mana kami kutuk sekeras-kerasnya. “Kami tidak ada bukti yang mencadangkan bahawa parti secara langsung atau tidak langsung terlibat dalam perbuatan keji itu. “Mesyuarat petang tadi selama dua jam mencari konsensus t...