Skip to main content

Kerjasama dua parti itu (PAS & UMNO) dipersetujui kerana berlandaskan dasar demi Islam - Pemuda PAS


Kerjasama Pas-UMNO mendapat sokongan sayap Pemudanya melalui perbahasan di hari kedua Muktamar Tahunan Pemuda Pas ke-60, hari ini.
Ketika wakil Kedah, Nasrun Othman tampil bertanya kepada perwakilan sama ada bersetuju atau tidak dengan kerjasama itu, rata-ratanya memberikan sokongan.
“Tuan-tuan setuju atau tidak kesatuan ummah Pas dengan UMNO?,” katanya sambil disambut sorakan ‘Setuju’ daripada hampir semua perwakilan.
Menurut Nasrun, kerjsama dua parti itu dipersetujui kerana berlandaskan dasar demi Islam.
“Kita nak kerjasama ini dapat melaksanakan dan memastikan ISLAM memerintah. Tetapi kita kena pastikan matlamat kerjasama ini ikhlas kerana ALLAH SWT.
“Jangan ada antara kita nakkan jawatan, kedudukan atau sebab lain sehingga menyebabkan kita tak dapat bersatu. Kerjasama ini juga mestilah memberi manfaat dengan syarat Pas perlu menjadi ketua dan berada di atas,” katanya.
Bagaimanapun, beliau berkata, penerangan mengenai kerjasama itu perlu diberikan kepada ahli Pas agar mereka tidak terkeliru serta mudah termakan api FITNAH daripada Pakatan Harapan.
“Masih ada ahli-ahli veteran tidak setuju nak kerjasama sebab serik dengan UMNO dan melihat UMNO masih dengan perangai lama.
“Tetapi, kita yakin kalau beri penerangan jelas, mereka boleh bersama kerana tujuan kita ialah untuk pastikan Islam memimpin,” katanya.
Sementara itu, perwakilan Selangor, Ahmad Ubaidillah Abdullah menegaskan sudah sampai masanya Pas mengumumkan deklarasi jelas yang menyatakan hak dan keadilan kepada golongan bukan Islam.
Katanya, Pas perlu bergerak proaktif untuk menangkis persepsi jahat musuh politik Pas yang mendendangkan kononnya kerjasama antara Pas-UMNO akan mengancam kelompok bukan Islam.
“Sedangkan Pas tidak pernah dalam sejarahnya menghalang golongan bukan Islam mengunjungi rumah ibadat dan menjalankan amalan agama mereka.
“Sudah sampai masanya satu deklarasi jelas diumumkan yang menyatakan hak dan keadilan kepada kelompok bukan Islam untuk tangkis persepsi jahat yang sedang diusahakan. Kerana buat masa ini, kita gagal sampaikan mesej kerjasama Pas-UMNO kepada golongan sasar,” katanya.
Menurutnya, ini adalah langkah yang harus digerakkan untuk mengorak ke arah perubahan jemaah demi keadilan untuk semua bangsa dan agama.

Comments

Popular posts from this blog

PARTI BARU TUN

 PARTI BARU TUN Ramai orang memberi maklum balas sinikal terhadap penubuhan parti baru oleh Tun, saya mempunyai pandangan berbeza. Tun seorang politikus licik dan berpengalaman, gerak politik beliau masih berpotensi memberi impak besar kepada politik tanah air. Sokongan ahli-ahli Bersatu terhadap Tun masih kuat, namun sokongan tersebut tidak boleh dijelmakan kerana Tun berada di luar parti. Apabila Tun menubuhkan parti baru, ini membuka ruang kepada penyokong beliau untuk keluar Bersatu dan menyertai parti baru ini. Lagipun masa depan politik Bersatu itu sendiri masih kabur apabila PN gagal didaftarkan, dalam masa sama Umno terus menolak parti tersebut. Penubuhan parti oleh Tun menyediakan pentas baru kepada ahli-ahli Bersatu untuk meneruskan idealisme perjuangan selepas parti asal mereka itu seperti bertemu jalan mati sekarang. Selain berusaha mendapat sokongan ahli2 Bersatu, saya percaya Tun akan merintis kolisi politik baru selepas parti beliau didaftarkan secara rasmi nanti. Ke...

GUANE CANGGOH SEKALI KENYATAAN MAD SAID ?

Dilihatkan kenyataan antara kedua pemimpin UMNO Negeri Terengganu ini bercanggah diantara satu sama lain. Dibawah adalah kenyataan sinis komen netizen anak muda Terengganu berkenaan tuduhan liar Pengerusi Perhubungan Umn Negeri terengganu, Ahmad Said. Ning NOK KABO LEVEL AKAL PENGERUSI UMNO Bakpe yg Mad id jadi meroyan gitu seme hawe sebulan kene kurung dlm rumoh mkn lada...MPKK dok ator beras ke? Mcm org isim buleh mic ning ckp ngubu ngabang skali. Sapa dokleh sesen dia kabo. Ni sifir mudoh dok perlu kira fasa² lah...nok kabo buleh ke dok jer... Kang kerajaan wi doh 45k kpd setiap YB dok kira PAS UMNO same rata. Patu 255k kpd Pusat Khidmat Masyarakat semua 32 Dun. Ke Mad id ni duduk dun ke 33? Kalu dok buleh mana bukti Mad id eh? Biar aku sdiri wat laporan! Kerana Pitih, Mat Said ajok UMNO jadi tamak haloba. Kerana Tamak, segala kebaikan dicerca dan difitnah. Kerana Tamak, Pengerusi UMNO Trg rela cakap lebong + plawok! Kerana Tamak, pah mane dose pahale?...

DAP TELAH TIADA TAPI PENGGADAIAN KEPENTINGAN BUMIPUTERA BERTERUSAN : UEM SUNRISE ‘BAILOUT’ ECOWORLD

  1. Pengarah Urusan (MD) dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) UEM Sunrise Bhd, Anwar Syahrin Abdul Ajib telah berhenti tiba – tiba. Perletakan berlaku sehari selepas cadangan pengabungan UEM Sunrise dan Eco World Development Group Bhd diumum secara rasmi. 2. Saya ialah yang pertama mendedahkan mengenai pengabungan yang jelas bersifat bailout ini sejak tahun lepas lagi (sila klik https://www.facebook.com/watch/live/?v=1307932699380585&ref=watch_permalink ). Namun pendedahan saya telah dijawab dengan penafian TIPU oleh UEM Sunrise dengan kenyataan mereka disiarkan oleh beberapa media kononnya UEM Sunrise tidak membuat atau menerima sebarang cadangan mengenai pengabungan (bailout) dengan Ecoworld. 3. UEM Sunrise ialah syarikat hartanah dengan suntikan dana besar dari Khazanah dan ‘bank tanah’ miliknya adalah hasil anugerah tanah oleh kerajaan yang sangat banyak dikawasan strategik telah dipaksa bergabung yang lebih tepat bailout Ecoworld sebuah syarikat yang mempunya liabiliti dan b...