Skip to main content

Anwar tuntut penjelasan daripada Tun Mahathir isu pelantikan Ketua SuruhanJaya SPRM yang Baru.


Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, perlu diberi ruang dan masa untuk memperjelaskan kepada Kabinet dan Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) berhubung isu pelantikan Latheefa Koya sebagai Ketua Pesuruhjaya (KP) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berpendapat keputusan untuk melantik Latheefa itu dibuat oleh Tun Mahathir dan beliau juga tidak dimaklumkan mengenai pelantikan itu sehingga pengumuman dibuat.

Katanya lagi, penjelasan itu perlu agar tidak timbul pelbagai dakwaan terhadap kerajaan Pakatan Harapan (PH).



http://www.astroawani.com/berita-malaysia/beri-ruang-pm-jelaskan-lantikan-latheefa-koya-sebagai-kp-sprm-anwar-209470


Walaupun menyokong keputusan Dr Mahathir melantik Latheefa untuk mengisi jawatan berkenaan, Anwar berkata penjelasan itu perlu dibuat bagi menjawab tanggapan kerajaan mengingkari atau mengabaikan komitmen dalam manifesto,

Sebelum ini timbul dakwaan mengatakan pelantikan Latheefa iaitu bekas Pengarah Eksekutif Lawyers for Liberty sebagai KP SPRM tidak menepati manifesto PH yang melarang pelantikan dari kalangan ahli politik.

Latheefa dilantik sebagai KP SPRM baharu berkuat kuasa 1 Jun lalu, menggantikan Datuk Seri Mohd Shukri Abdull yang memilih untuk memendekkan perkhidmatan kontrak beliau lebih awal.
Anwar berkata, penjelasan itu antara lain wajar diberikan bagi memastikan SPRM kekal bebas, selain penjawat jawatan berkenaan perlu dilihat profesional dan tidak dipengaruhi pegangan politik, perasaan atau gabungan.
"Penjelasan kepada orang ramai juga perlu kerana isu pelantikan ini berkait dengan manifesto, selain mengapa kita memenuhi atau menghormati manifesto juga perlu diperjelaskan bagi mengelak kekeliruan.
"Pada masa sama kita juga sedar tugas untuk memastikan keberkesanan perjalanan pentadbiran kerajaan serta sokongan terhadap inisiatif dibuat perdana menteri," katanya.

http://www.astroawani.com/berita-malaysia/beri-ruang-pm-jelaskan-lantikan-latheefa-koya-sebagai-kp-sprm-anwar-209470
Mengulas lanjut, Anwar yang juga juga Ahli Parlimen Port Dickson berkata pihaknya tidak menerima sebarang makluman daripada Latheefa sebelum bekas ahli PKR itu bersetuju menerima lantikan bagi mengisi jawatan berkenaan.
"Latheefa tidak menghubungi saya sebelum terima jawatan ini tetapi tidak maklum sama ada dia memberi tahu pemimpin lain. Saya hanya maklum mengenai perkara ini menerusi media," katanya.




Comments

Popular posts from this blog

PARTI BARU TUN

 PARTI BARU TUN Ramai orang memberi maklum balas sinikal terhadap penubuhan parti baru oleh Tun, saya mempunyai pandangan berbeza. Tun seorang politikus licik dan berpengalaman, gerak politik beliau masih berpotensi memberi impak besar kepada politik tanah air. Sokongan ahli-ahli Bersatu terhadap Tun masih kuat, namun sokongan tersebut tidak boleh dijelmakan kerana Tun berada di luar parti. Apabila Tun menubuhkan parti baru, ini membuka ruang kepada penyokong beliau untuk keluar Bersatu dan menyertai parti baru ini. Lagipun masa depan politik Bersatu itu sendiri masih kabur apabila PN gagal didaftarkan, dalam masa sama Umno terus menolak parti tersebut. Penubuhan parti oleh Tun menyediakan pentas baru kepada ahli-ahli Bersatu untuk meneruskan idealisme perjuangan selepas parti asal mereka itu seperti bertemu jalan mati sekarang. Selain berusaha mendapat sokongan ahli2 Bersatu, saya percaya Tun akan merintis kolisi politik baru selepas parti beliau didaftarkan secara rasmi nanti. Ke...

GUANE CANGGOH SEKALI KENYATAAN MAD SAID ?

Dilihatkan kenyataan antara kedua pemimpin UMNO Negeri Terengganu ini bercanggah diantara satu sama lain. Dibawah adalah kenyataan sinis komen netizen anak muda Terengganu berkenaan tuduhan liar Pengerusi Perhubungan Umn Negeri terengganu, Ahmad Said. Ning NOK KABO LEVEL AKAL PENGERUSI UMNO Bakpe yg Mad id jadi meroyan gitu seme hawe sebulan kene kurung dlm rumoh mkn lada...MPKK dok ator beras ke? Mcm org isim buleh mic ning ckp ngubu ngabang skali. Sapa dokleh sesen dia kabo. Ni sifir mudoh dok perlu kira fasa² lah...nok kabo buleh ke dok jer... Kang kerajaan wi doh 45k kpd setiap YB dok kira PAS UMNO same rata. Patu 255k kpd Pusat Khidmat Masyarakat semua 32 Dun. Ke Mad id ni duduk dun ke 33? Kalu dok buleh mana bukti Mad id eh? Biar aku sdiri wat laporan! Kerana Pitih, Mat Said ajok UMNO jadi tamak haloba. Kerana Tamak, segala kebaikan dicerca dan difitnah. Kerana Tamak, Pengerusi UMNO Trg rela cakap lebong + plawok! Kerana Tamak, pah mane dose pahale?...

DAP TELAH TIADA TAPI PENGGADAIAN KEPENTINGAN BUMIPUTERA BERTERUSAN : UEM SUNRISE ‘BAILOUT’ ECOWORLD

  1. Pengarah Urusan (MD) dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) UEM Sunrise Bhd, Anwar Syahrin Abdul Ajib telah berhenti tiba – tiba. Perletakan berlaku sehari selepas cadangan pengabungan UEM Sunrise dan Eco World Development Group Bhd diumum secara rasmi. 2. Saya ialah yang pertama mendedahkan mengenai pengabungan yang jelas bersifat bailout ini sejak tahun lepas lagi (sila klik https://www.facebook.com/watch/live/?v=1307932699380585&ref=watch_permalink ). Namun pendedahan saya telah dijawab dengan penafian TIPU oleh UEM Sunrise dengan kenyataan mereka disiarkan oleh beberapa media kononnya UEM Sunrise tidak membuat atau menerima sebarang cadangan mengenai pengabungan (bailout) dengan Ecoworld. 3. UEM Sunrise ialah syarikat hartanah dengan suntikan dana besar dari Khazanah dan ‘bank tanah’ miliknya adalah hasil anugerah tanah oleh kerajaan yang sangat banyak dikawasan strategik telah dipaksa bergabung yang lebih tepat bailout Ecoworld sebuah syarikat yang mempunya liabiliti dan b...