Skip to main content

Bekalan Air Bersih Kuala Koh : Tahniah AKSB



Bekalan air ke Kg Kuala Koh telah dimulakan oleh AKSB bermula pada hari ini 11/06/2019 menggunakan lori 5 tan yang diisi 2 buah tangki 800 gelen setiap satu dan 2 buah tangki statik bersaiz 500 gelen setiap satu.


Bekalan diambil dari Loji Felda Chiku dan jarak dari Kg Kuala Koh ke LRA Chiku adalah 50 kilometer dan mengambil masa paling kurang satu jam perjalanan. Loji Air Felda Chiku antara salah satu Loji AKSB yang terbaik daripada segi kualitinya dan diiktiraf oleh Kementerian Kesihatan Malaysia
Mesyuarat bersama agensi Kerajaan Negeri Kelantan dan juga Agensi Kerajaan Persekutuan pada 10/06/2019, bersetuju AKSB menghantar air bersih dengan meletakkan tangki statik bagi tujuan kegunaan penyediaan makan minum dan kebersihan diri serta penggunaan semasa operasi ini. Namun ia agak terhad kerana punca air bersih dari LRA Chiku sejauh 50 kilometer mengambil masa satu jam lebih perjalanan akibat jalan sempit dan berbukit dengan muatan air yang berat.
Bekalan air dengan tangki statik ini hanya bersifat sementara atas inisiatif AKSB sebagai salah satu khidmat sosialnya (CSR).

Antara berita baik adalah apabila 
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kelantan mengesahkan setakat ini sumber air di beberapa tempat sekitar Kuala Koh bebas daripada sebarang pencemaran dan radioaktif.
Dalam perkembagan berkaitan isu air bersih ini, JAKOA masih berperanan utama dalam menjaga kebajikan orang asli. Namun sekiranya penduduk memerlukan air bersih, AKSB membenarkan mereka mengambil air bersih dimana mana pili bomba di Felda Aring dengan percuma sebagai salah satu CSR AKSB.
Seperti sedia maklum, sumber air AKSB terdekat dengan Kuala Koh adalah Loji Felda Aring. Jaraknya sekitar 25km. Daripada segi topografi pula, kawasan Kuala Koh berkedudukan lebih 50 meter tinggi berbanding Loji Felda Aring. Ia bermakna jika bekalan air dicadang untuk dibekalkan ke kawasan ini, pemasangan paip sepanjang 30 kilometer adalah dengan menaik dan turun bukit. Ia justeru agak tidak ekonomikal kerana memerlukan belanja sekitar RM10 juta bagi 300 orang penduduk orang asli dan juga penempatan Kilang Sawit Aring 10.

Bagi orang asli yang berpindah randah sekitar kawasan Felda Aring, pihak Felda bertanggung jawab menyediakan prasarana bekalan air dan menyerahkan kepada AKSB untuk mengoperasikan bekalan tersebut.
Semestinya pilihan terbaik adalah kerajaan pusat melalui peruntukan kepada JAKOA mengeluarkan sejumlah dana ataupun geran bagi membina sebuah loji yang lebih ekonomi di dalam kawasan Kuala Koh dengan anggaran kos sekitar RM2 juta sahaja. JAKOA perlu menguruskan sendiri loji ini bagi kemudahan penduduk setempat.
Nazman Che Iberahim

Comments

Popular posts from this blog

PARTI BARU TUN

 PARTI BARU TUN Ramai orang memberi maklum balas sinikal terhadap penubuhan parti baru oleh Tun, saya mempunyai pandangan berbeza. Tun seorang politikus licik dan berpengalaman, gerak politik beliau masih berpotensi memberi impak besar kepada politik tanah air. Sokongan ahli-ahli Bersatu terhadap Tun masih kuat, namun sokongan tersebut tidak boleh dijelmakan kerana Tun berada di luar parti. Apabila Tun menubuhkan parti baru, ini membuka ruang kepada penyokong beliau untuk keluar Bersatu dan menyertai parti baru ini. Lagipun masa depan politik Bersatu itu sendiri masih kabur apabila PN gagal didaftarkan, dalam masa sama Umno terus menolak parti tersebut. Penubuhan parti oleh Tun menyediakan pentas baru kepada ahli-ahli Bersatu untuk meneruskan idealisme perjuangan selepas parti asal mereka itu seperti bertemu jalan mati sekarang. Selain berusaha mendapat sokongan ahli2 Bersatu, saya percaya Tun akan merintis kolisi politik baru selepas parti beliau didaftarkan secara rasmi nanti. Ke...

GUANE CANGGOH SEKALI KENYATAAN MAD SAID ?

Dilihatkan kenyataan antara kedua pemimpin UMNO Negeri Terengganu ini bercanggah diantara satu sama lain. Dibawah adalah kenyataan sinis komen netizen anak muda Terengganu berkenaan tuduhan liar Pengerusi Perhubungan Umn Negeri terengganu, Ahmad Said. Ning NOK KABO LEVEL AKAL PENGERUSI UMNO Bakpe yg Mad id jadi meroyan gitu seme hawe sebulan kene kurung dlm rumoh mkn lada...MPKK dok ator beras ke? Mcm org isim buleh mic ning ckp ngubu ngabang skali. Sapa dokleh sesen dia kabo. Ni sifir mudoh dok perlu kira fasa² lah...nok kabo buleh ke dok jer... Kang kerajaan wi doh 45k kpd setiap YB dok kira PAS UMNO same rata. Patu 255k kpd Pusat Khidmat Masyarakat semua 32 Dun. Ke Mad id ni duduk dun ke 33? Kalu dok buleh mana bukti Mad id eh? Biar aku sdiri wat laporan! Kerana Pitih, Mat Said ajok UMNO jadi tamak haloba. Kerana Tamak, segala kebaikan dicerca dan difitnah. Kerana Tamak, Pengerusi UMNO Trg rela cakap lebong + plawok! Kerana Tamak, pah mane dose pahale?...

DAP TELAH TIADA TAPI PENGGADAIAN KEPENTINGAN BUMIPUTERA BERTERUSAN : UEM SUNRISE ‘BAILOUT’ ECOWORLD

  1. Pengarah Urusan (MD) dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) UEM Sunrise Bhd, Anwar Syahrin Abdul Ajib telah berhenti tiba – tiba. Perletakan berlaku sehari selepas cadangan pengabungan UEM Sunrise dan Eco World Development Group Bhd diumum secara rasmi. 2. Saya ialah yang pertama mendedahkan mengenai pengabungan yang jelas bersifat bailout ini sejak tahun lepas lagi (sila klik https://www.facebook.com/watch/live/?v=1307932699380585&ref=watch_permalink ). Namun pendedahan saya telah dijawab dengan penafian TIPU oleh UEM Sunrise dengan kenyataan mereka disiarkan oleh beberapa media kononnya UEM Sunrise tidak membuat atau menerima sebarang cadangan mengenai pengabungan (bailout) dengan Ecoworld. 3. UEM Sunrise ialah syarikat hartanah dengan suntikan dana besar dari Khazanah dan ‘bank tanah’ miliknya adalah hasil anugerah tanah oleh kerajaan yang sangat banyak dikawasan strategik telah dipaksa bergabung yang lebih tepat bailout Ecoworld sebuah syarikat yang mempunya liabiliti dan b...