Apabila Dato' Sri Mohd Shukri Abdull dilantik sebagai ketua baru Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selepas pilihan raya umum Mei 2018, Kerajaan Pakatan Harapan dengan penuh harapan untuk mengheret Najib Tun Razak dengan sabitan kesalahan rasuah 1 MDB.
Namun sehingga kini, Najib belum ditangkap dan didakwa atas sebarang jenayah yang melibatkan 1MDB. Walau bagaimanapun, menurut Lim Kit Siang dan DAP, kecurian 1MDB adalah skandal kewangan terbesar dalam sejarah. Bagaimanakah mereka masih terkial-kial untuk mendapatkan bukti ke atas tuduhan mereka selama ini. Rakyat sudah mula mual dengan janji mereka ini sehingga sudah ada yg mempertikaikan, jika terdapat bukti yang kukuh kenapa Najib belum dipenjarakan?
Sebenarnya, itu tidak benar. Skandal Enron dan Vatican Bank adalah skandal kewangan terbesar dalam sejarah. Kit Siang dan DAP hanya bersandiwara, cuba menipu & memanipulasikan rakyat untuk mempercayai Malaysia memegang rekod dunia untuk skandal kewangan.
Bagaimanapun, sama ada 1MDB adalah skandal kewangan terbesar atau ke-100 dalam sejarah bagi DAP tidak mengapa, dimana yang penting adalah Pakatan Harapan berjanji, "Hari ini kita memerintah, esok Najib akan masuk penjara." Ini bersama dengan janji, "Hari ini kita memerintah, esok harga minyak akan turun RM1.50."
Sekarang dapat dilihatkan SPRM gagal mengheret Najib dengan sabitan kesalah rasuah 1 MDB dan memberitahu Mahathir tidak ada bukti untuk mensabitkan Najib kerana didakwa mencuri RM42 bilion wang 1MDB.
Dalam masa setahun kebelakangan ini seolah-olah tiada apa-apa tindakan yang dapat dilakukan terhadap Najib sehingga membuatkan Najib bertambah popular & Pakatan Harapan merudum popularitinya. Ini membuatkan Tun Dr Mahathir Mohamad amat pedih untuk menerima suasana begini.
Shukri memberitahu Tun Dr Mahathir Mohamad mereka yang SPRM tidak dapat mencari sebarang bukti yang kukuh terhadap Najib untuk mensabitkan kehilangan wang 1MDB sejumlah RM 42 billion. Setakat ini, Apa yang mampu pihak SPRM lakukan hanya mensabitkan kecurian RM42 juta wang SRC International. Walaupun begitu, perjalanan kes ini dilihat tidak terlalu baik untuk mensabitkan Najib, dimana jika silap percaturan Najib boleh terlepas & ia akan menambahkan sengsara Pakatan Harapan.

Comments
Post a Comment