Skip to main content

Haziq Aziz membuat pengakuan bersumpah bahawa beliau individu di atas ranjang bersama menteri itu


Video ini dikatakan telah disebar mula oleh seorang menteri daripada PKR-PH
Lelaki yang dikaitkan dengan video intim bersama seorang lagi lelaki didakwa sebagai menteri kabinet membuat pengakuan bersumpah bahawa dia memang terlibat dalam aksi tersebut.
Haziq Abdullah Abdul Aziz yang juga setiausaha sulit kanan Shamsul Iskandar Md Akin itu mendakwa video tersebut dirakam pada 11 Mei lalu di sebuah bilik hotel di Sandakan.
Shamsul Iskandar ialah anggota parlimen Hang Tuah Jaya yang dilantik menjadi timbalan menteri di Kementerian Industri Utama selepas PH menawan Putrajaya pada 11 Mei tahun lalu.
"Saya Haziq Aziz dengan ini saya membuat pengakuan bersumpah bahawa sayalah individu bersama [...] dalam video yang telah viral semalam.


"Video tersebut diambil tanpa kebenaran saya pada 11 Mei (semasa) Pilihan Raya Kecil Sandakan di (bilik) [...] di Hotel Four Points," katanya melalui rakaman video yang dimuat naik di media sosial hari ini.
Menurut Haziq, 27, yang juga lepasan jurusan undang-undang berkata dia berharap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia perlu menyiasat menteri terbabit.
"Saya menggesa SPRM untuk menyiasat [...] atas tuduhan korupsi.
"Dia bukanlah individu yang layak menjadi seorang pemimpin," katanya yang pernah menjadi aktivis kumpulan mahasiswa.
Semalam tersebar meluas satu rakaman video intim membabitkan dua lelaki ditularkan secara sistematik kepada beberapa wartawan dan anggota parti politik.
Melalui video itu salah seorang lelaki terbabit didakwa menteri kabinet.
Ramai dikalangan beberapa wartawan, ahli politik & cybertrooper dipelawa menyertai dua kumpulan WhatsApp yang dinamakan sebagai “Jemputan Hari Raya ###” dan klip video tersebut dikongsikan di situ.
Klip video itu memaparkan dua lelaki yang berada di atas katil dalam keadaan bogel, melakukan beberapa aksi seksual dengan salah seorang daripadanya kelihatan seperti menyerupai menteri kabinet tersebut.

Comments

Popular posts from this blog

PARTI BARU TUN

 PARTI BARU TUN Ramai orang memberi maklum balas sinikal terhadap penubuhan parti baru oleh Tun, saya mempunyai pandangan berbeza. Tun seorang politikus licik dan berpengalaman, gerak politik beliau masih berpotensi memberi impak besar kepada politik tanah air. Sokongan ahli-ahli Bersatu terhadap Tun masih kuat, namun sokongan tersebut tidak boleh dijelmakan kerana Tun berada di luar parti. Apabila Tun menubuhkan parti baru, ini membuka ruang kepada penyokong beliau untuk keluar Bersatu dan menyertai parti baru ini. Lagipun masa depan politik Bersatu itu sendiri masih kabur apabila PN gagal didaftarkan, dalam masa sama Umno terus menolak parti tersebut. Penubuhan parti oleh Tun menyediakan pentas baru kepada ahli-ahli Bersatu untuk meneruskan idealisme perjuangan selepas parti asal mereka itu seperti bertemu jalan mati sekarang. Selain berusaha mendapat sokongan ahli2 Bersatu, saya percaya Tun akan merintis kolisi politik baru selepas parti beliau didaftarkan secara rasmi nanti. Ke...

GUANE CANGGOH SEKALI KENYATAAN MAD SAID ?

Dilihatkan kenyataan antara kedua pemimpin UMNO Negeri Terengganu ini bercanggah diantara satu sama lain. Dibawah adalah kenyataan sinis komen netizen anak muda Terengganu berkenaan tuduhan liar Pengerusi Perhubungan Umn Negeri terengganu, Ahmad Said. Ning NOK KABO LEVEL AKAL PENGERUSI UMNO Bakpe yg Mad id jadi meroyan gitu seme hawe sebulan kene kurung dlm rumoh mkn lada...MPKK dok ator beras ke? Mcm org isim buleh mic ning ckp ngubu ngabang skali. Sapa dokleh sesen dia kabo. Ni sifir mudoh dok perlu kira fasa² lah...nok kabo buleh ke dok jer... Kang kerajaan wi doh 45k kpd setiap YB dok kira PAS UMNO same rata. Patu 255k kpd Pusat Khidmat Masyarakat semua 32 Dun. Ke Mad id ni duduk dun ke 33? Kalu dok buleh mana bukti Mad id eh? Biar aku sdiri wat laporan! Kerana Pitih, Mat Said ajok UMNO jadi tamak haloba. Kerana Tamak, segala kebaikan dicerca dan difitnah. Kerana Tamak, Pengerusi UMNO Trg rela cakap lebong + plawok! Kerana Tamak, pah mane dose pahale?...

DAP TELAH TIADA TAPI PENGGADAIAN KEPENTINGAN BUMIPUTERA BERTERUSAN : UEM SUNRISE ‘BAILOUT’ ECOWORLD

  1. Pengarah Urusan (MD) dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) UEM Sunrise Bhd, Anwar Syahrin Abdul Ajib telah berhenti tiba – tiba. Perletakan berlaku sehari selepas cadangan pengabungan UEM Sunrise dan Eco World Development Group Bhd diumum secara rasmi. 2. Saya ialah yang pertama mendedahkan mengenai pengabungan yang jelas bersifat bailout ini sejak tahun lepas lagi (sila klik https://www.facebook.com/watch/live/?v=1307932699380585&ref=watch_permalink ). Namun pendedahan saya telah dijawab dengan penafian TIPU oleh UEM Sunrise dengan kenyataan mereka disiarkan oleh beberapa media kononnya UEM Sunrise tidak membuat atau menerima sebarang cadangan mengenai pengabungan (bailout) dengan Ecoworld. 3. UEM Sunrise ialah syarikat hartanah dengan suntikan dana besar dari Khazanah dan ‘bank tanah’ miliknya adalah hasil anugerah tanah oleh kerajaan yang sangat banyak dikawasan strategik telah dipaksa bergabung yang lebih tepat bailout Ecoworld sebuah syarikat yang mempunya liabiliti dan b...