Skip to main content

MENTERI KEWAYANGAN (LGE) INI TAK PERNAH TAK MENIPU



Selepas PH menang dan Guan Eng menjadi Menteri Kewangan, dia tak bayar refund untuk income tax dan GST pada bulan Jun 2018 (seperti dibukti dalam laporan bulanan BNM). Lalu dia tuduh BN sudah rompak RM37 bilion wang refund income tax dan GST ini. Akan tetapi:

- Tiada tindakan diambil walaupun telah setahun kita telah buat laporan polis terhadap kita sendiri atas "rompakan" ini.
- Bila kita tuntut RCI untuk "rompakan" besar-besaran ini, PH tak mahu buat.
- laporan audit negara kerajaan PH menunjukkan kebanyakkan tuntutan tunggakan bayaran balik input GST memang tidak patut dan tidak layak untuk dibayar.
- Kebanyakkan tuntutan tunggakan yang layak dibayar ini juga berlaku untuk bulan April dan Mei 2019 - bermaksud bayaran balik untuk bulan-bulan itu adalah tanggungjawab PH kerana tungakan sesuatu bulan akan dibayar pada bulan berikutnya.

Lepas itu, Guan Eng gunakan alasan mahu bayar balik "rompakan" untuk paksa Petronas bayar dividen RM82 bilion. Lalu dia berjanji bahawa bayaran balik ini akan dibuat mula tahun 2019 ini.
Tetapi laporan Perbendaharaan Negara dari Menteri Kewangan minggu lepas menunjukkan bahawa hanya RM2.5 bilion telah untuk tuntutan cukai pendapatan dan RM3 bilion untuk input GST sahaja telah dibayar balik di dalam tempoh suku pertama tahun 2019.

Ekonomi Malaysia Suku Tahunan – Suku Pertama 2019 (Muka surat 8, point 18) http://www.treasury.gov.my/pdf/ekonomi/Q1-2019/Q1-2019.pdf
Angkat RM82 bilion dari Petronas tapi bayar balik RM5.5 bilion sahaja.
Itupun kerana RM5.5 bilion ini sepatutnya dibayar pada bulan Jun 2018 tapi PH tak bayar.
Yang lain masuk poket kerajaan PH.

Ini penipuan tahap tinggi:

PH dapat alasan untuk menjarah duit Petronas dan pada masa yang sama boleh tuduh BN merompak padahal mereka sendiri yang tak bayar pada bulan Jun 2018 itu.

NOTA: Kalau wartawan nak kantoikan Menteri Kewayangan ini, cuba tanya soalan ini kepada dia:
"GST masih berjalan pada bulan Mei 2018. Berapa Ringgit tuntutan input GST yang kerajaan PH bayar balik pada bulan Jun 2018?"

Comments

Popular posts from this blog

PARTI BARU TUN

 PARTI BARU TUN Ramai orang memberi maklum balas sinikal terhadap penubuhan parti baru oleh Tun, saya mempunyai pandangan berbeza. Tun seorang politikus licik dan berpengalaman, gerak politik beliau masih berpotensi memberi impak besar kepada politik tanah air. Sokongan ahli-ahli Bersatu terhadap Tun masih kuat, namun sokongan tersebut tidak boleh dijelmakan kerana Tun berada di luar parti. Apabila Tun menubuhkan parti baru, ini membuka ruang kepada penyokong beliau untuk keluar Bersatu dan menyertai parti baru ini. Lagipun masa depan politik Bersatu itu sendiri masih kabur apabila PN gagal didaftarkan, dalam masa sama Umno terus menolak parti tersebut. Penubuhan parti oleh Tun menyediakan pentas baru kepada ahli-ahli Bersatu untuk meneruskan idealisme perjuangan selepas parti asal mereka itu seperti bertemu jalan mati sekarang. Selain berusaha mendapat sokongan ahli2 Bersatu, saya percaya Tun akan merintis kolisi politik baru selepas parti beliau didaftarkan secara rasmi nanti. Ke...

GUANE CANGGOH SEKALI KENYATAAN MAD SAID ?

Dilihatkan kenyataan antara kedua pemimpin UMNO Negeri Terengganu ini bercanggah diantara satu sama lain. Dibawah adalah kenyataan sinis komen netizen anak muda Terengganu berkenaan tuduhan liar Pengerusi Perhubungan Umn Negeri terengganu, Ahmad Said. Ning NOK KABO LEVEL AKAL PENGERUSI UMNO Bakpe yg Mad id jadi meroyan gitu seme hawe sebulan kene kurung dlm rumoh mkn lada...MPKK dok ator beras ke? Mcm org isim buleh mic ning ckp ngubu ngabang skali. Sapa dokleh sesen dia kabo. Ni sifir mudoh dok perlu kira fasa² lah...nok kabo buleh ke dok jer... Kang kerajaan wi doh 45k kpd setiap YB dok kira PAS UMNO same rata. Patu 255k kpd Pusat Khidmat Masyarakat semua 32 Dun. Ke Mad id ni duduk dun ke 33? Kalu dok buleh mana bukti Mad id eh? Biar aku sdiri wat laporan! Kerana Pitih, Mat Said ajok UMNO jadi tamak haloba. Kerana Tamak, segala kebaikan dicerca dan difitnah. Kerana Tamak, Pengerusi UMNO Trg rela cakap lebong + plawok! Kerana Tamak, pah mane dose pahale?...

DAP TELAH TIADA TAPI PENGGADAIAN KEPENTINGAN BUMIPUTERA BERTERUSAN : UEM SUNRISE ‘BAILOUT’ ECOWORLD

  1. Pengarah Urusan (MD) dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) UEM Sunrise Bhd, Anwar Syahrin Abdul Ajib telah berhenti tiba – tiba. Perletakan berlaku sehari selepas cadangan pengabungan UEM Sunrise dan Eco World Development Group Bhd diumum secara rasmi. 2. Saya ialah yang pertama mendedahkan mengenai pengabungan yang jelas bersifat bailout ini sejak tahun lepas lagi (sila klik https://www.facebook.com/watch/live/?v=1307932699380585&ref=watch_permalink ). Namun pendedahan saya telah dijawab dengan penafian TIPU oleh UEM Sunrise dengan kenyataan mereka disiarkan oleh beberapa media kononnya UEM Sunrise tidak membuat atau menerima sebarang cadangan mengenai pengabungan (bailout) dengan Ecoworld. 3. UEM Sunrise ialah syarikat hartanah dengan suntikan dana besar dari Khazanah dan ‘bank tanah’ miliknya adalah hasil anugerah tanah oleh kerajaan yang sangat banyak dikawasan strategik telah dipaksa bergabung yang lebih tepat bailout Ecoworld sebuah syarikat yang mempunya liabiliti dan b...