Skip to main content

Presiden PAS (TGHH) Hairan Pemimpin PKR ‘Kepanasan’ PM Pilih Latheefa


(Sinar Harian) – Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyatakan rasa hairan terhadap sesetengah pemimpin PKR yang dilihat sedang ‘kepanasan’ berikutan keputusan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad memilih Latheefa Koya sebagai Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) baharu.
Menurutnya, tindakan segelintir kepimpinan Pakatan Harapan (PH) yang tidak bersetuju dengan keputusan intu meninggalkan tanda tanya.
“Selaku Perdana Menteri, beliau (Tun Dr Mahathir Mohamad) mempunyai hak untuk melantik mana-mana individu memegang jawatan itu.
“Terpulang kepada Perdana Menteri untuk lantik siapa yang dia nak, kalau kepimpinan PH boleh pilih dia (Dr Mahathir) jadi Perdana Menteri, mengapa tak boleh setuju apabila dia pilih Latheefa?
“Apa yang penting beliau (Latheefa) perlu buktikan kemampuannya setelah melaksanakan tugas yang dipertanggungjawab nanti,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Anak Terengganu di Perantauan 2019 di Taman Tamadun Islam (TTI) di sini malam tadi.
Turut hadir, Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar dan isteri, Tuan Faizah Tuan Abdul Rahman; Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri (DUN), Yahaya Ali; Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK), Datuk A Rahman Yahya dan barisan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan negeri.
Dalam pada itu, Abdul Hadi ketika diminta mengulas mengenai pendirian Pas terhadap pelantikan itu, katanya, mereka sebulat suara menyokong kenyataan yang telah dibuat oleh Setiausaha Agungnya, Datuk Takiyuddin Hassan sebelum ini.
“Setiausaha Agung Pas dah buat kenyataan dan itulah kenyataan kita,” katanya.
Terdahulu, Takiyuddin menerusi satu kenyataan mengalu-alukan pelantikan Latheefa sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM yang baharu bagi tempoh kontrak selama dua tahun berkuat kuasa pada 1 Jun lalu.
Katanya, Pas yakin Latheefa adalah individu yang layak dan sesuai menjawat jawatan itu.
Dalam pada itu, Abdul Hadi berkata, kerajaan di bawah pimpinan Pas iaitu Kelantan dan Terengganu terbuka untuk disiasat SPRM.
“Pas tidak terlibat dengan sebarang perkara, dan kita terbuka sebagaimana saya pernah nyatakan dahulu di mana kerajaan kita di Kelantan dan di Terengganu terbuka untuk SPRM siasat supaya berjaya mencapai objektif sebuah kerajaan yang bersih,” katanya.

Comments

Popular posts from this blog

PARTI BARU TUN

 PARTI BARU TUN Ramai orang memberi maklum balas sinikal terhadap penubuhan parti baru oleh Tun, saya mempunyai pandangan berbeza. Tun seorang politikus licik dan berpengalaman, gerak politik beliau masih berpotensi memberi impak besar kepada politik tanah air. Sokongan ahli-ahli Bersatu terhadap Tun masih kuat, namun sokongan tersebut tidak boleh dijelmakan kerana Tun berada di luar parti. Apabila Tun menubuhkan parti baru, ini membuka ruang kepada penyokong beliau untuk keluar Bersatu dan menyertai parti baru ini. Lagipun masa depan politik Bersatu itu sendiri masih kabur apabila PN gagal didaftarkan, dalam masa sama Umno terus menolak parti tersebut. Penubuhan parti oleh Tun menyediakan pentas baru kepada ahli-ahli Bersatu untuk meneruskan idealisme perjuangan selepas parti asal mereka itu seperti bertemu jalan mati sekarang. Selain berusaha mendapat sokongan ahli2 Bersatu, saya percaya Tun akan merintis kolisi politik baru selepas parti beliau didaftarkan secara rasmi nanti. Ke...

GUANE CANGGOH SEKALI KENYATAAN MAD SAID ?

Dilihatkan kenyataan antara kedua pemimpin UMNO Negeri Terengganu ini bercanggah diantara satu sama lain. Dibawah adalah kenyataan sinis komen netizen anak muda Terengganu berkenaan tuduhan liar Pengerusi Perhubungan Umn Negeri terengganu, Ahmad Said. Ning NOK KABO LEVEL AKAL PENGERUSI UMNO Bakpe yg Mad id jadi meroyan gitu seme hawe sebulan kene kurung dlm rumoh mkn lada...MPKK dok ator beras ke? Mcm org isim buleh mic ning ckp ngubu ngabang skali. Sapa dokleh sesen dia kabo. Ni sifir mudoh dok perlu kira fasa² lah...nok kabo buleh ke dok jer... Kang kerajaan wi doh 45k kpd setiap YB dok kira PAS UMNO same rata. Patu 255k kpd Pusat Khidmat Masyarakat semua 32 Dun. Ke Mad id ni duduk dun ke 33? Kalu dok buleh mana bukti Mad id eh? Biar aku sdiri wat laporan! Kerana Pitih, Mat Said ajok UMNO jadi tamak haloba. Kerana Tamak, segala kebaikan dicerca dan difitnah. Kerana Tamak, Pengerusi UMNO Trg rela cakap lebong + plawok! Kerana Tamak, pah mane dose pahale?...

DAP TELAH TIADA TAPI PENGGADAIAN KEPENTINGAN BUMIPUTERA BERTERUSAN : UEM SUNRISE ‘BAILOUT’ ECOWORLD

  1. Pengarah Urusan (MD) dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) UEM Sunrise Bhd, Anwar Syahrin Abdul Ajib telah berhenti tiba – tiba. Perletakan berlaku sehari selepas cadangan pengabungan UEM Sunrise dan Eco World Development Group Bhd diumum secara rasmi. 2. Saya ialah yang pertama mendedahkan mengenai pengabungan yang jelas bersifat bailout ini sejak tahun lepas lagi (sila klik https://www.facebook.com/watch/live/?v=1307932699380585&ref=watch_permalink ). Namun pendedahan saya telah dijawab dengan penafian TIPU oleh UEM Sunrise dengan kenyataan mereka disiarkan oleh beberapa media kononnya UEM Sunrise tidak membuat atau menerima sebarang cadangan mengenai pengabungan (bailout) dengan Ecoworld. 3. UEM Sunrise ialah syarikat hartanah dengan suntikan dana besar dari Khazanah dan ‘bank tanah’ miliknya adalah hasil anugerah tanah oleh kerajaan yang sangat banyak dikawasan strategik telah dipaksa bergabung yang lebih tepat bailout Ecoworld sebuah syarikat yang mempunya liabiliti dan b...