Skip to main content

50 DALIL WAJIB JATUHKAN PAKATAN HARAPAN (PH)


1- Pakatan Harapan (PH) yang kini memerintah tanah air Malaysia kelihatan gagal melaksanakan tanggung jawab mereka dengan baik. Kita sudah melalui 2 Ramadhan dalam pemerintahan PH yang sebelum ini kita bersangka baik dan ada menyokong PH atas dasar untuk menjatuhkan kerajaan lama Barisan Nasional BN/UMNO yang jelas wujud ketidak-telusan dan rosak ketika itu dipandu oleh DS Najib. 

Namun sekarang ini setelah dikaji maka didapati PH perlu dijatuhkan dengan kadar segera selagi mereka tidak bermuhasabah diri dan berubah kearah yang sepatutnya dalam mentadbir negara termasuk keperluan menumbangkan PH pada PilihanRaya Umum ke 15 nanti.

2- Maksud wajib menjatuhkan PH dari segi Bahasa dan ‘Urfi disini adalah kemestian dalam perjuangan politik bagi mengsejahterakan rakyat Malaysia yang kian gelisah sejak PH memerintah.

3- Pemimpin dan menteri yang bukan Islam non muslim dari PH sering campur tangan urusan Islam. Perkara ini sangat membimbangkan dan bercanggah dengan Islam dan undang-undang serta amat sensitif.

4- Ekonomi negara tidak meningkat dan merudum. Ini membuktikan PH tidak fokus  dalam memajukan negara.

5- Program Islamik makin berkurangan dari pihak Kerajaan Persekutuan PH. Agensi Islam bawah selian PH lebih fokus kepada program politik jumud dan sangat kurang program Islamik yang membangun ummah.

6- Terpalit dengan ajaran sesat Syiah dan Wahhabi pengganas yang terrorist serta puak yang mengucar kacirkan perpaduan umat Islam dengan isu khilafiah membimbangkan umat Islam.

7- Memalukan negara Malaysia di peringkat antarabangsa dengan kenyataan-kenyataan rasmi pemimpin dan menteri yang jelas memberi imej buruk kepada negara.

8- Matawang ringgit Malaysia susut nilai berbanding matawang negara lain yang juga mengalami masaalah ekonomi. Sepatutnya ia tidak lama namun RM terus jatuh dan rendah berbanding watawang negara lain sehingga kini.

9- Kenyataan pemimpin-pemimpin PH dan menteri-menteri sering berubah-rubah dengan sangat ketara dan bercanggah sesama sendiri.

10- Tiada program memperkasakan Ahli Sunnah Wal Jamaah Al-Asya’irah Al-Maturidiah tetapi mempertahankan Wahhabi yang mempunyai kes luar negara sehingga boleh menjejaskan hubungan Malaysia dan negara lain.

11- Pemimpin sering ke luar negara dalam masa sama semua pemimpin dan menteri akui negara Malaysia mesti dipulihkan. Namun tiada hasil yang bagus bahkan getah dan sawit terus jatuh.

12- Pemimpin PH tidak turun kepadang bersama rakyat secara realiti dan hakiki tetapi banyak menghabiskan masa di pejabat berhawa dingin dan mensyuarat serta pertemuan sesama sendiri sahaja

13- Polisi yang menekan rakyat sudah mula kelihatan dalam keadaan pemipim akui ekonomi negara dan keadaan rakyat dalam keadaan tenat.

14- Penipuan sijil pendidikan pemimpin. Perkara ini sangat memalukan negara dan rakyat Malaysia.

15- Kerajaan lebih gemar bergaduh dengan pembangkang pada isu remeh dan ranting namun tidak pada isu asas dan kepentingan rakyat.

16- Janji manifesto tidak ditunaikan. Ini semua sudah maklum dan dalam kes ini sahaja banyak perkara yang boleh ditimbulkan bagi menyatakan wajib menjatuhkan Kerajaan PH sekiranya mereka masih ditakuk yang lama.

17- Janji manis kepada rakyat dilupakan terus. Bahkan sering buat  buat tak ingat langsung.

18- Tidak akui kesilapan bila jelas rakyat mengetahuinya. Bahkan sombong dengan mengatakan kami kerajaan!.

19- Sangat mempertahan kerusi masing-masing sehingga tidak mahu lepaskan sekalipun terpalit dengan perkara yang tidak senonoh dan tidak sepatutnya.

20- Kekurangan pemimpin yang berwibawa dan ramai umpama terkejut beruk tiba-tiba jadi pemimpin dalam negara.

21- Pemimpin utama tidak menghormati Raja dan Sultan apabila berlaku sedikit pertembungan antara mereka.

22- Pakatan Harapan mempunyai ahli parti dari parti-parti sendiri yang layu dan tidak mampu mempertahankan kerajaan PH.

23- Ramai penyokong PH sudah mula berpaling tadah dari terus menyokong Pakatan Harapan pada banyak perkara.

24- Pemimpin PH apabila ditegur rakyat mereka mengambil sikap tidak endah dan pandai remeh dan enteng tentang teguran rakyat.

25- Pemimpin PH sering menfokuskan perkara yang remeh dalam perlaksanan pendidikan seperti fokus isu kasut hitam sekolah dahulu sebelum isu pendidikan dan penambah-baikan pelajaran.

26- Sudah mula kelihatan pemimpin bermewah mewahan apabila dilantik sebagai pemimpin kerajaan. Rakyat kurang suka pemimpin begini dalam keadaan rakyat susah dan ramai yang tidak meningkat ekonomi.

27- Perjalanan tugasan kepimpinan ramai menteri dan pemimpin PH tidak tersusun dan bercelaru.

28- Isu lantikan Perdana Menteri ke 8 sering menyebabkan perbalahan sesama ahli arti dalam PH. 

29- Terbelit dengan keadaan sendiri. Akhirnya menyusahkan Tun Mahathir dan memalukan PH dan Kerajaan Malaysia.

30- Kenyataan berkaitan ketenteraan negara sering memalukan dan memburukkan negara.

31- Kelemahan menangani isu masaalah pencemaran air sehingga MB PH meletakkan jawatan.

32- Tiada peningkatan kadar perlancongan asing ke tanah air dan lemah mempromosikan perlancongan Malaysia.

33- Perlaksanaan undang-undang yang jelas mempunyai double standard. Mereka yang pro bersama Kerajaan dilepaskan dan senang dibiarkan manakala seteru dilaksanakan dengan cukup tegas.

34- Pemimpin dan menteri PH lebih senang mengambil pekerja asing berbanding menaiktarak pekerja tempatan dan memperbanyakkan peluang pekerjaan buat rakyat.

35- PH gagal mengatasi masaalah perbezaan kaum dan suku. Sering tercetus dari pemimpin PH sendiri isu perkauman dan agama Islam sehingga menaikan rasa tidak puas hati rakyat.

36- Penumpuan kepada belia dan program sukan berkurangan dan sering membangkitkan hal lama waktu yang sama belia, remaja dan orang muda diabaikan dari menjadi asset utama negara yang berpotensi meningkatkan perkembangan baik orang muda.

37- Kilang arak dan pusat judi masih berluasan tanpa kawalan.

38- Isu Bahasa melayu dipandang remeh sehingga terbitnya kes yang jelas pemimpin tidak menghormati Bahasa Melayu sebagai Bahasa utama dan rasmi.

39- Program meningkatkan keusahawanan rakyat sudah mula berkurangan tetapi lebih menumpu kepada idea yang pelik dan tidak relevan.

40- Minyak tidak turun seperti yang dijanjikan dan wujud pelbagai cukai baru secara halus menyebabkan kenaikan beberapa barang pengguna.

41- Pemimpin PH tidak mengikut banyak prosedur dalam Parlimen sehingga mencadangkan beberapa usul yang tidak mengikut peraturan parlimen.

42- Lembab dan lambat dalam menangani isu semasa rakyat sehingga pelbagai perkara yang memburukkan nama Malaysia dapat dimainkan oleh orang asing.

43- Perbalahan yang ketara antara pemimpin parti komponen dalaman menyebabkan masa dihabiskan bukan lagi untuk meningkatkan tugasan untuk rakyat.

44- Berpolitik didalam masjid dan rumah ibadat. Apabila timbul mana-mana PRK maka masjid dijadikan tempat untuk meraih undi politik kepartian PH.

45- Sering meletakkan bukan Islam sebagai pakar dan jawatan penting sedangkan wujud ramai umat Islam yang lebih berkelayakan.

46- Meletakkan pemimpin parti komponen PH yang kalah ke dalam institusi dakwah islam lantas menjadikan institusi dakwah Islam sebagai medan politik jumud kepartian dan sering menimbulkan perkelahian.

47- Pemimpin PH amat suka perbuatan cabar mencabar dan kritik mengritik yang tidak berasas. Bersikap membalas dendam secara halus seolahi sangat sakit hati kepada pihak lain.

48- Kerajaan lambat menyelesaikan kes 1MDB dan pelbagai kes lain yang berprofil tinggi sedangkan bukti dikatakan telah cukup.

49- Melebihkan peruntukan untuk agama selain Islam dalam pendidikan sedangkan institusi pendidikan Islam dikurangkan peruntukan bahkan umpama di-anaktirikan serta sering bersikap seperti mahu membalas dendam.

50- Orang PH sering bertolenransi dengan orang bukan Islam yang jenis menolak Islam tetapi bersikap tegas dan menyerang umat Islam yang jelas mematuhi undang-undang. Bersikap lembut dengan LGBT, Liberal dan ajaran songsang namun waktu yang sangat garang dan menyerang juga mengherdik umat Islam dan bangsa melayu.

Ustaz Abu Syafiq (Bekas Penyokong Pakatan Harapan)

Comments

Popular posts from this blog

PARTI BARU TUN

 PARTI BARU TUN Ramai orang memberi maklum balas sinikal terhadap penubuhan parti baru oleh Tun, saya mempunyai pandangan berbeza. Tun seorang politikus licik dan berpengalaman, gerak politik beliau masih berpotensi memberi impak besar kepada politik tanah air. Sokongan ahli-ahli Bersatu terhadap Tun masih kuat, namun sokongan tersebut tidak boleh dijelmakan kerana Tun berada di luar parti. Apabila Tun menubuhkan parti baru, ini membuka ruang kepada penyokong beliau untuk keluar Bersatu dan menyertai parti baru ini. Lagipun masa depan politik Bersatu itu sendiri masih kabur apabila PN gagal didaftarkan, dalam masa sama Umno terus menolak parti tersebut. Penubuhan parti oleh Tun menyediakan pentas baru kepada ahli-ahli Bersatu untuk meneruskan idealisme perjuangan selepas parti asal mereka itu seperti bertemu jalan mati sekarang. Selain berusaha mendapat sokongan ahli2 Bersatu, saya percaya Tun akan merintis kolisi politik baru selepas parti beliau didaftarkan secara rasmi nanti. Ke...

GUANE CANGGOH SEKALI KENYATAAN MAD SAID ?

Dilihatkan kenyataan antara kedua pemimpin UMNO Negeri Terengganu ini bercanggah diantara satu sama lain. Dibawah adalah kenyataan sinis komen netizen anak muda Terengganu berkenaan tuduhan liar Pengerusi Perhubungan Umn Negeri terengganu, Ahmad Said. Ning NOK KABO LEVEL AKAL PENGERUSI UMNO Bakpe yg Mad id jadi meroyan gitu seme hawe sebulan kene kurung dlm rumoh mkn lada...MPKK dok ator beras ke? Mcm org isim buleh mic ning ckp ngubu ngabang skali. Sapa dokleh sesen dia kabo. Ni sifir mudoh dok perlu kira fasa² lah...nok kabo buleh ke dok jer... Kang kerajaan wi doh 45k kpd setiap YB dok kira PAS UMNO same rata. Patu 255k kpd Pusat Khidmat Masyarakat semua 32 Dun. Ke Mad id ni duduk dun ke 33? Kalu dok buleh mana bukti Mad id eh? Biar aku sdiri wat laporan! Kerana Pitih, Mat Said ajok UMNO jadi tamak haloba. Kerana Tamak, segala kebaikan dicerca dan difitnah. Kerana Tamak, Pengerusi UMNO Trg rela cakap lebong + plawok! Kerana Tamak, pah mane dose pahale?...

DAP TELAH TIADA TAPI PENGGADAIAN KEPENTINGAN BUMIPUTERA BERTERUSAN : UEM SUNRISE ‘BAILOUT’ ECOWORLD

  1. Pengarah Urusan (MD) dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) UEM Sunrise Bhd, Anwar Syahrin Abdul Ajib telah berhenti tiba – tiba. Perletakan berlaku sehari selepas cadangan pengabungan UEM Sunrise dan Eco World Development Group Bhd diumum secara rasmi. 2. Saya ialah yang pertama mendedahkan mengenai pengabungan yang jelas bersifat bailout ini sejak tahun lepas lagi (sila klik https://www.facebook.com/watch/live/?v=1307932699380585&ref=watch_permalink ). Namun pendedahan saya telah dijawab dengan penafian TIPU oleh UEM Sunrise dengan kenyataan mereka disiarkan oleh beberapa media kononnya UEM Sunrise tidak membuat atau menerima sebarang cadangan mengenai pengabungan (bailout) dengan Ecoworld. 3. UEM Sunrise ialah syarikat hartanah dengan suntikan dana besar dari Khazanah dan ‘bank tanah’ miliknya adalah hasil anugerah tanah oleh kerajaan yang sangat banyak dikawasan strategik telah dipaksa bergabung yang lebih tepat bailout Ecoworld sebuah syarikat yang mempunya liabiliti dan b...