Skip to main content

ADUN Kuala Kurau (PKR) Dituduh Minta Komisen Sebab menyokong Azmin


Pengerusi Jawatankuasa Kemudahan Awam, Infrastruktur, Pertanian dan Perladangan negeri, Abdul Yunus Jamhari menafikan tuduhan cuba meminta “komisyen” daripada dua syarikat berkenaan permohonan untuk tanah milik kerajaan berkeluasan 93 ekar.

“Saya menafikan sekeras-kerasnya segala tuduhan dan fitnah jahat yang dilempar terhadap saya seperti laporan polis yang dibuat dan ditularkan pada hari ini,” katanya dalam suatu kenyataan malam ini.
Menurut Abdul Yunus yang juga Adun Kuala Kurau, dakwaan itu merupakan konspirasi jahat untuk membunuh kerjaya politiknya kerana pendiriannya menyokong Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali pada pemilihan parti yang lalu.
“Saya yakin, tuduhan keji ini dibuat untuk membunuh karier politik saya dan ianya telah bermula sejak pemilihan Parti Keadilan Rakyat pada tahun lalu lagi semata-mata kerana pendirian teguh saya bersama Timbalan Presiden, Mohamed Azmin Ali.
“Konspirasi jahat ini kini diteruskan untuk menjatuhkan saya sebagai ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perak dan mensabotaj kepimpinan Menteri Besar Perak (Ahmad Faizal Azumu) khususnya menjelang istiadat pelantikan dan angkat sumpah exco dalam masa terdekat,” katanya lagi.
Pagi tadi, bekas pegawai khas exco Perak itu, Beh Yong Kean membuat laporan polis berkenaan dakwaan tersebut.
Dia menuduh Abdul Yunus berniat memberi sokongan kepada permohonan dua syarikat itu dengan komisyen sebagai pertukaran.
Bermotifkan dendam, diperalat dalang
Dakwanya lagi, exco itu membocorkan minit mesyuarat kerajaan negeri kepadanya agar dia dapat memulakan proses rundingan dengan dua syarikat itu.
“Pada 4 Oktober 2018, lebih kurang 9.30 malam di pejabat pusat khidmat adun, dia membocorkan kertas minit mesyuarat majlis mesyuarat kerajaan negeri Perak kepada saya supaya memulakan rundingan dengan (dua syarikat itu) untuk permohonan milikan tanah kerajaan seluas 63 ekar di Bagan Tiang dan 30 ekar di Kuala Kurau.
“Dia mengarahkan saya supaya meminta komisyen daripada kedua-dua syarikat itu untuk sokongannya dalam mesyuarat masjlis mesyuarat negeri,” dakwanya dalam laporan polis yang dilihat Malaysiakini, hari ini.
Menteri Besar Perak Ahmad Faizal Azumu berkata kerajaan negeri memandang serius dakwaan Yong Kean itu dan akan memberi kerjasama penuh kepada siasatan pihak berkuasa.
“Seperti laporan polis lain, kita perlu dan akan beri kerjasama penuh dalam siasatan. Ini dakwaan serius dan kita tidak pandang ringan,” katanya menerusi Whatsapp kepada Malaysiakini.
Bagaimanapun, Abdul Yunus pula mendakwa Yong Kean berdendam kepadanya dan menuduh bekas pembantunya itu sebagai “pemilik kilang haram.”
“Saya ingin menegaskan bahawa saudara Beh Yong Kean yang membuat laporan polis ke atas saya adalah pemilik kilang haram di Tanjung Piandang.
“Saya yakin, beliau mempunyai motif dendam ke atas saya memandangkan saya juga tidak menyokong kelulusan beberapa permohonan tanah yang dipohon oleh beliau sejak tahun yang lalu,” dakwanya yang juga bekas setiausaha PKR negeri.
Malaysiakini tidak dapat mengesahkan secara bebas dakwaan bekas pembantunya itu merupakan pemilik kilang haram dan sedang menghubungi Yong Kean untuk mendapatkan penjelasan.
Bagaimanapun, Abdul Yunus berkata beliau percaya Yong Kean cuma diperalatkan dalang yang tidak disebut namanya dan akan membuat laporan polis mengenai hal ini.
“Saya percaya ada dalang disebalik tindakan jahat ini dan beliau (Yong Kean) telah diperalatkan oleh pihak-pihak tertentu bagi mencalarkan integriti dan imej saya sebagai exco kerajaan Negeri.
“Untuk maksud itu, saya akan membuat laporan polis bersangkut tuduhan jahat dan laporan palsu yang dibuat oleh beliau ke atas diri saya,” katanya lagi.

Comments

Popular posts from this blog

PARTI BARU TUN

 PARTI BARU TUN Ramai orang memberi maklum balas sinikal terhadap penubuhan parti baru oleh Tun, saya mempunyai pandangan berbeza. Tun seorang politikus licik dan berpengalaman, gerak politik beliau masih berpotensi memberi impak besar kepada politik tanah air. Sokongan ahli-ahli Bersatu terhadap Tun masih kuat, namun sokongan tersebut tidak boleh dijelmakan kerana Tun berada di luar parti. Apabila Tun menubuhkan parti baru, ini membuka ruang kepada penyokong beliau untuk keluar Bersatu dan menyertai parti baru ini. Lagipun masa depan politik Bersatu itu sendiri masih kabur apabila PN gagal didaftarkan, dalam masa sama Umno terus menolak parti tersebut. Penubuhan parti oleh Tun menyediakan pentas baru kepada ahli-ahli Bersatu untuk meneruskan idealisme perjuangan selepas parti asal mereka itu seperti bertemu jalan mati sekarang. Selain berusaha mendapat sokongan ahli2 Bersatu, saya percaya Tun akan merintis kolisi politik baru selepas parti beliau didaftarkan secara rasmi nanti. Ke...

GUANE CANGGOH SEKALI KENYATAAN MAD SAID ?

Dilihatkan kenyataan antara kedua pemimpin UMNO Negeri Terengganu ini bercanggah diantara satu sama lain. Dibawah adalah kenyataan sinis komen netizen anak muda Terengganu berkenaan tuduhan liar Pengerusi Perhubungan Umn Negeri terengganu, Ahmad Said. Ning NOK KABO LEVEL AKAL PENGERUSI UMNO Bakpe yg Mad id jadi meroyan gitu seme hawe sebulan kene kurung dlm rumoh mkn lada...MPKK dok ator beras ke? Mcm org isim buleh mic ning ckp ngubu ngabang skali. Sapa dokleh sesen dia kabo. Ni sifir mudoh dok perlu kira fasa² lah...nok kabo buleh ke dok jer... Kang kerajaan wi doh 45k kpd setiap YB dok kira PAS UMNO same rata. Patu 255k kpd Pusat Khidmat Masyarakat semua 32 Dun. Ke Mad id ni duduk dun ke 33? Kalu dok buleh mana bukti Mad id eh? Biar aku sdiri wat laporan! Kerana Pitih, Mat Said ajok UMNO jadi tamak haloba. Kerana Tamak, segala kebaikan dicerca dan difitnah. Kerana Tamak, Pengerusi UMNO Trg rela cakap lebong + plawok! Kerana Tamak, pah mane dose pahale?...

DAP TELAH TIADA TAPI PENGGADAIAN KEPENTINGAN BUMIPUTERA BERTERUSAN : UEM SUNRISE ‘BAILOUT’ ECOWORLD

  1. Pengarah Urusan (MD) dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) UEM Sunrise Bhd, Anwar Syahrin Abdul Ajib telah berhenti tiba – tiba. Perletakan berlaku sehari selepas cadangan pengabungan UEM Sunrise dan Eco World Development Group Bhd diumum secara rasmi. 2. Saya ialah yang pertama mendedahkan mengenai pengabungan yang jelas bersifat bailout ini sejak tahun lepas lagi (sila klik https://www.facebook.com/watch/live/?v=1307932699380585&ref=watch_permalink ). Namun pendedahan saya telah dijawab dengan penafian TIPU oleh UEM Sunrise dengan kenyataan mereka disiarkan oleh beberapa media kononnya UEM Sunrise tidak membuat atau menerima sebarang cadangan mengenai pengabungan (bailout) dengan Ecoworld. 3. UEM Sunrise ialah syarikat hartanah dengan suntikan dana besar dari Khazanah dan ‘bank tanah’ miliknya adalah hasil anugerah tanah oleh kerajaan yang sangat banyak dikawasan strategik telah dipaksa bergabung yang lebih tepat bailout Ecoworld sebuah syarikat yang mempunya liabiliti dan b...