Skip to main content

APA BERLAKU PADA TUN DALAM MESYUARAT PH SEMALAM?


Semalam semasa saya memuat naik posting berjudul " Tun dijangka diserang PH gara-gara mahu hidupkan perpaduan Melayu" ada beberapa pentaksub PH marah-marah.
Sumber saya adalah dari akhbar The Star 8 Julai 2019 yang membawa tajuk "Dr M likely to face grilling by Pakatan partners".
"Grilling" bukan memasak iaitu minat Abang Mat Sabu. Grilling dalam kontek ini bermaksud " to ask a person really intense questions like when you suspect them of doing something wrong and you want to make them confess the truth".
Bermakna dalam mesyuarat berkenaan Tun dijangka "diserang" oleh wakil-wakil PH yang lain bagi mendapatkan penjelasan apa maksud sebenar beliau apabila mengajak ahli-ahli Umno menyertai Bersatu kononnya untuk memperkukuhkan kuasa politik Melayu dalam PH.
Samada Tun diserang atau tidak dalam mesyuarat berkenaan sudah pasti ianya tidak akan diketahui kerana mesyuarat berlangsung secara tertutup.
Tetapi dalam PC selepas mesyuarat jika kita teliti kenyataan dan raut wajah Tun ternyata macam beliau telah diserang lumat.
Tiba-tiba Tun tidak mengulangi kenyataan awalnya di Johor. Iaitu mengajak ahli-ahli Umno menyertai Bersatu.
Dalam PC semalam Tun entah sebab apa membebel berkenaan tiada keperluan untuk parti Melayu baru.
Sejak bila pula parti Melayu yang jadi isunya?
Bukankah isunya pelawaan Tun kepada ahli-ahli Umno agar menyertai Bersatu untuk memperkuatkan parti miliknya itu.
Pelawaan yang tidak disenangi PKR dan DAP khasnya iaitu rakan-rakan Tun dalam PH.
Ikut rekod di Johor Tun berkata:
"Ya masuk Bersatu sekarang saya ajak semua masuk Bersatu dulu saya suruh masuk Umno tetapi sekarang masuk Bersatu. Semua masuk Bersatu kita ramai kita jadi kuat tapi jangan sekat orang lain nak masuk".
PKR saya sebut melihat usaha terdesak Tun ini semata-mata untuk mengukuhkan kedudukan Bersatu dalam PH sehingga boleh menafikan peluang Anwar untuk jadi PM.
DAP pula tidak akan benarkan orang Melayu kembali dominan dalam kerajaan kerana ia akan membantutkan agenda politik mereka. Bukankah perpecahan Melayu dalam PRU lalu memberi laba besar buat mereka?
Saya yakin Tun memang di "grill" tetapi bertindak selamba dalam PC selepas mesyuarat kerana terpaksa. Lihatlah wajah Anwar dan pimpinan lain PH.
Tun sudah menjadi raksaksa yang sukar dikawal PH.
Kini PKR dan DAP menanggung bahananya.
Pan pula sekadar tersenyum kambing kerana masih diawang-awangan menikmati keseronokkan kuasa.
Episod ini tidak akan mudah berakhir malah dijangka berlarutan. Masing-masing punya agenda dan cita-cita. Maka bertelagahlah mereka sesama mereka. "Elephant and elephant" kata Abang Mat.
Bagi PAS dan Umno taawun yang sedia terjalin perlu dipupuk dan diperkasa. Musuh ternyata goyang dan tergugat dengan usaha kita. Biarkan mereka terus kecundang.
Teruskan gerakerja. Nasib dan masa depan ummah lebih penting dan utama diperjuang dan diberi perhatian dari nasib PH yang mula kelam itu.
Roslan SMS

Comments

Popular posts from this blog

PARTI BARU TUN

 PARTI BARU TUN Ramai orang memberi maklum balas sinikal terhadap penubuhan parti baru oleh Tun, saya mempunyai pandangan berbeza. Tun seorang politikus licik dan berpengalaman, gerak politik beliau masih berpotensi memberi impak besar kepada politik tanah air. Sokongan ahli-ahli Bersatu terhadap Tun masih kuat, namun sokongan tersebut tidak boleh dijelmakan kerana Tun berada di luar parti. Apabila Tun menubuhkan parti baru, ini membuka ruang kepada penyokong beliau untuk keluar Bersatu dan menyertai parti baru ini. Lagipun masa depan politik Bersatu itu sendiri masih kabur apabila PN gagal didaftarkan, dalam masa sama Umno terus menolak parti tersebut. Penubuhan parti oleh Tun menyediakan pentas baru kepada ahli-ahli Bersatu untuk meneruskan idealisme perjuangan selepas parti asal mereka itu seperti bertemu jalan mati sekarang. Selain berusaha mendapat sokongan ahli2 Bersatu, saya percaya Tun akan merintis kolisi politik baru selepas parti beliau didaftarkan secara rasmi nanti. Ke...

GUANE CANGGOH SEKALI KENYATAAN MAD SAID ?

Dilihatkan kenyataan antara kedua pemimpin UMNO Negeri Terengganu ini bercanggah diantara satu sama lain. Dibawah adalah kenyataan sinis komen netizen anak muda Terengganu berkenaan tuduhan liar Pengerusi Perhubungan Umn Negeri terengganu, Ahmad Said. Ning NOK KABO LEVEL AKAL PENGERUSI UMNO Bakpe yg Mad id jadi meroyan gitu seme hawe sebulan kene kurung dlm rumoh mkn lada...MPKK dok ator beras ke? Mcm org isim buleh mic ning ckp ngubu ngabang skali. Sapa dokleh sesen dia kabo. Ni sifir mudoh dok perlu kira fasa² lah...nok kabo buleh ke dok jer... Kang kerajaan wi doh 45k kpd setiap YB dok kira PAS UMNO same rata. Patu 255k kpd Pusat Khidmat Masyarakat semua 32 Dun. Ke Mad id ni duduk dun ke 33? Kalu dok buleh mana bukti Mad id eh? Biar aku sdiri wat laporan! Kerana Pitih, Mat Said ajok UMNO jadi tamak haloba. Kerana Tamak, segala kebaikan dicerca dan difitnah. Kerana Tamak, Pengerusi UMNO Trg rela cakap lebong + plawok! Kerana Tamak, pah mane dose pahale?...

DAP TELAH TIADA TAPI PENGGADAIAN KEPENTINGAN BUMIPUTERA BERTERUSAN : UEM SUNRISE ‘BAILOUT’ ECOWORLD

  1. Pengarah Urusan (MD) dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) UEM Sunrise Bhd, Anwar Syahrin Abdul Ajib telah berhenti tiba – tiba. Perletakan berlaku sehari selepas cadangan pengabungan UEM Sunrise dan Eco World Development Group Bhd diumum secara rasmi. 2. Saya ialah yang pertama mendedahkan mengenai pengabungan yang jelas bersifat bailout ini sejak tahun lepas lagi (sila klik https://www.facebook.com/watch/live/?v=1307932699380585&ref=watch_permalink ). Namun pendedahan saya telah dijawab dengan penafian TIPU oleh UEM Sunrise dengan kenyataan mereka disiarkan oleh beberapa media kononnya UEM Sunrise tidak membuat atau menerima sebarang cadangan mengenai pengabungan (bailout) dengan Ecoworld. 3. UEM Sunrise ialah syarikat hartanah dengan suntikan dana besar dari Khazanah dan ‘bank tanah’ miliknya adalah hasil anugerah tanah oleh kerajaan yang sangat banyak dikawasan strategik telah dipaksa bergabung yang lebih tepat bailout Ecoworld sebuah syarikat yang mempunya liabiliti dan b...