Skip to main content

Azmin Ali Di 'BOO" - 10 SEBAB MENGAPA PENEROKA MARAH PH


10 SEBAB MENGAPA PENEROKA MARAH PH DAN AZMIN DI 'BOO'
Tidak pernah berlaku dalam sejarah sambutan Hari Peneroka Peringkat Kebangsaan, peneroka beramai-ramai meninggalkan majlis tatkala Perdana Menteri sedang berucap dan secara terbuka ‘Boo’ Datuk Seri Azmin Ali ketika giliran beliau berucap di FELDA Selancar 3 Muazam Shah Pahang.
10 SEBAB kenapa kemarahan peneroka dan pekebun kecil terhadap Kerajaan PH tampak tidak boleh dibendung lagi:
1) Peneroka masih tidak nampak dasar produktif Kerajaan untuk meningkatkan harga sawit di pasaran. Harga Buah Tandan Segar (BTS) sawit per tan masih berada di bawah paras pra-PRU14 iaitu RM369 setakat 5 Julai 2019 berbanding RM510 pada 30 April 2018 (sebelum BN tumbang).
2) Harga Minyak Mentah Sawit (CPO) juga masih rendah iaitu RM1,872.00 setakat 5 Julai 2019 berbanding RM2,349.50 pada 30 April 2018 (sebelum BN tumbang).
3) Rata-rata kehidupan peneroka FELDA skim sawit kini makin tertekan dengan pendapatan bulanan bersih hanya sekitar RM300-RM400 sebulan selepas ditolak kos operasi ladang dan pemotongan-pemotongan lain seperti hutang D'Mart, hutang sosio-ekonomi (pinjaman pembesaran rumah, komputer, usahawan), caruman keceriaan kampung, caruman tanam semula dan lain-lain. (Berbanding di zaman BN peneroka memperoleh pendapatan bulanan bersih sekitar RM2,500-RM4,000 sebulan).
4) Kegagalan FELDA melaksanakan polisi pendapatan peneroka minima sebanyak RM1000 sebulan melalui penangguhan pemotongan hutang-hutang sosio-ekonomi dan caruman-caruman yang bersesuaian kerana kedudukan kewangan FELDA yang lemah serta kelembapan MEA meyakinkan YB Lim Guan Eng, Menteri Kewangan untuk meluluskan bantuan kewangan kepada FELDA.

5) Ketiadaan wakil Peneroka dan Penerokawati dalam Lembaga FELDA untuk menjamin dan memperjuangkan nasib dan kepentingan peneroka di dalam sebarang keputusan penting di peringkat pengurusan tertinggi FELDA tidak seperti di zaman BN memerintah.
6) Cadangan Kertas Putih FELDA untuk mengambil alih tanah-tanah milik mereka melalui pajakan jangka panjang oleh FELDA dimana mereka tidak lagi mempunyai suara dan kawalan ke atas aset tanah ladang 10 ekar yang telah sekian lama (puluhan tahun) mereka nantikan surat pemilikan dari Kerajaan Negeri masing-masing.
7) Kerajaan PH cuba mengelirukan peneroka bahawa sekiranya tanah-tanah peneroka diuruskan seperti estet, pulangan hasil peneroka lebih tinggi, walhal selama ini sebahagian ladang-ladang peneroka diuruskan secara berkelompok oleh FELDA dan Felda Technoplan (FTP) tanpa kehilangan kawalan milikan tanah ladang mereka.
8)Perlupusan Hutang Peneroka yang dicadangkan tidak memberikan layanan yang adil kepada peneroka yang bertanggungjawab membayar hutang dan yang tidak berhutang atau Sifar Hutang. Tiada perbincangan dan perincian mengenai kaedah dan kadar perlupusan hutang peneroka setakat ini.
9) Seramai 7,839 peneroka adalah Sifar Hutang dan mereka telah lebih awal berdikari dan mandiri. FELDA seharusnya memberikan bayaran tunai yang setimpal kerana mereka tidak akan menerima apa-apa manfaat dari perlupusan Hutang Peneroka yang dicadangkan oleh Kerajaan.
10) Azmin Ali juga ternyata gagal meyakinkan Perdana Menteri dan terutamanya rakan kabinetnya dari Kementerian Industri Utama, YB Teresa Kok untuk meningkatkan harga minyak sawit global melalui pelbagai usaha meluaskan eksport kelapa sawit negara ke pasaran baru dan meningkatkan permintaan pasaran sedia ada seperti China, India, Pakistan serta Kesatuan Eropah (EU).
Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia memandang serius dan turut merasai kekecewaan dan keperitan hidup selama 13 bulan warga peneroka selepas pemerintahan baharu Kerajaan PH. Justeru Pemuda UMNO mendesak agar Kerajaan segera menghentikan sandiwara menyalah Kerajaan lama! Sebaliknya fokuslah kepada usaha menangani isu peneroka secara tuntas dan komprehensif sebagaimana yang dimanifestasi mereka dalam Hari Peneroka Kebangsaan kelmarin.
Dr. Asyraf Wajdi bin Dusuki

Comments

Popular posts from this blog

PARTI BARU TUN

 PARTI BARU TUN Ramai orang memberi maklum balas sinikal terhadap penubuhan parti baru oleh Tun, saya mempunyai pandangan berbeza. Tun seorang politikus licik dan berpengalaman, gerak politik beliau masih berpotensi memberi impak besar kepada politik tanah air. Sokongan ahli-ahli Bersatu terhadap Tun masih kuat, namun sokongan tersebut tidak boleh dijelmakan kerana Tun berada di luar parti. Apabila Tun menubuhkan parti baru, ini membuka ruang kepada penyokong beliau untuk keluar Bersatu dan menyertai parti baru ini. Lagipun masa depan politik Bersatu itu sendiri masih kabur apabila PN gagal didaftarkan, dalam masa sama Umno terus menolak parti tersebut. Penubuhan parti oleh Tun menyediakan pentas baru kepada ahli-ahli Bersatu untuk meneruskan idealisme perjuangan selepas parti asal mereka itu seperti bertemu jalan mati sekarang. Selain berusaha mendapat sokongan ahli2 Bersatu, saya percaya Tun akan merintis kolisi politik baru selepas parti beliau didaftarkan secara rasmi nanti. Ke...

GUANE CANGGOH SEKALI KENYATAAN MAD SAID ?

Dilihatkan kenyataan antara kedua pemimpin UMNO Negeri Terengganu ini bercanggah diantara satu sama lain. Dibawah adalah kenyataan sinis komen netizen anak muda Terengganu berkenaan tuduhan liar Pengerusi Perhubungan Umn Negeri terengganu, Ahmad Said. Ning NOK KABO LEVEL AKAL PENGERUSI UMNO Bakpe yg Mad id jadi meroyan gitu seme hawe sebulan kene kurung dlm rumoh mkn lada...MPKK dok ator beras ke? Mcm org isim buleh mic ning ckp ngubu ngabang skali. Sapa dokleh sesen dia kabo. Ni sifir mudoh dok perlu kira fasa² lah...nok kabo buleh ke dok jer... Kang kerajaan wi doh 45k kpd setiap YB dok kira PAS UMNO same rata. Patu 255k kpd Pusat Khidmat Masyarakat semua 32 Dun. Ke Mad id ni duduk dun ke 33? Kalu dok buleh mana bukti Mad id eh? Biar aku sdiri wat laporan! Kerana Pitih, Mat Said ajok UMNO jadi tamak haloba. Kerana Tamak, segala kebaikan dicerca dan difitnah. Kerana Tamak, Pengerusi UMNO Trg rela cakap lebong + plawok! Kerana Tamak, pah mane dose pahale?...

DAP TELAH TIADA TAPI PENGGADAIAN KEPENTINGAN BUMIPUTERA BERTERUSAN : UEM SUNRISE ‘BAILOUT’ ECOWORLD

  1. Pengarah Urusan (MD) dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) UEM Sunrise Bhd, Anwar Syahrin Abdul Ajib telah berhenti tiba – tiba. Perletakan berlaku sehari selepas cadangan pengabungan UEM Sunrise dan Eco World Development Group Bhd diumum secara rasmi. 2. Saya ialah yang pertama mendedahkan mengenai pengabungan yang jelas bersifat bailout ini sejak tahun lepas lagi (sila klik https://www.facebook.com/watch/live/?v=1307932699380585&ref=watch_permalink ). Namun pendedahan saya telah dijawab dengan penafian TIPU oleh UEM Sunrise dengan kenyataan mereka disiarkan oleh beberapa media kononnya UEM Sunrise tidak membuat atau menerima sebarang cadangan mengenai pengabungan (bailout) dengan Ecoworld. 3. UEM Sunrise ialah syarikat hartanah dengan suntikan dana besar dari Khazanah dan ‘bank tanah’ miliknya adalah hasil anugerah tanah oleh kerajaan yang sangat banyak dikawasan strategik telah dipaksa bergabung yang lebih tepat bailout Ecoworld sebuah syarikat yang mempunya liabiliti dan b...