Skip to main content

BENDUNG 'TOKSID' PORNO DARI TERUS CEMARI RAKYAT


[HARAKAHDAILY] Siasatan dan tindakan perundangan perlu disegerakan dalam isu penyebaran video dan pengakuan seks didakwa melibatkan individu lantikan politik bersama seorang menteri kabinet.
 
Ketua Pemuda PAS Malaysia, Ir Khairil Nizam Khirudin berkata, rakyat dan negara perlu diselamatkan dari dilihat seolah-olah tanpa maruah lantaran sebaran video itu semakin meluas.
 
Terbaru media melaporkan, video berkenaan berdurasi 9 minit disiarkan di laman pornografi antarabangsa yang seakan dibiarkan tanpa usaha agresif untuk menyekat atau membendungnya dari terus tular.
 
"Kerana itu, gesaan Presiden PAS supaya Penerbit video itu disiasat perlu diambil perhatian dan tindakan oleh pihak berkuasa supaya akar masalah dapat dimatikan. Ini bukan perkara kelucuan atau untuk disensasikan.
 
"Ia melibatkan keaiban, perkara yang terhina dan kotor. Boleh merosakkan jati diri generasi dan rakyat. Paling penting, ianya jenayah di sisi makhluk, negara dan agama," ujar beliau yang khuatir wujud siri lanjutan video itu.
 
Ir Khairil menegaskan, motif semua pihak terbabit juga mesti dilihat dari kaca mata rakyat iaitu pada aspek integriti dan kepercayaan terhadap ahli politik selaku pemimpin negara.
 
Jelasnya, hal tersebut bukan sahaja kaedah kuno memusnahkan reputasi, tetapi paling jahat menghancurkan institusi kepimpinan yang sebenarnya penuh tanggungjawab dan beban.
 
"Ini 'toksid' dalam masyarakat yang jika dibiarkan akan membawa pencemaran dan penyakit lain di masa depan. Akan sukarlah kita merubatnya bila ia menjalar dalam sistem negara.
 
"Kerana itu juga PAS memberi satu imuniti yang ampuh. Perundangan Syariah adalah solusinya. Sekiranya tidak, ia akan berulang, sedangkan rakyat dambakan politik yang bersih," ujarnya menasihati. 

Comments

Popular posts from this blog

PARTI BARU TUN

 PARTI BARU TUN Ramai orang memberi maklum balas sinikal terhadap penubuhan parti baru oleh Tun, saya mempunyai pandangan berbeza. Tun seorang politikus licik dan berpengalaman, gerak politik beliau masih berpotensi memberi impak besar kepada politik tanah air. Sokongan ahli-ahli Bersatu terhadap Tun masih kuat, namun sokongan tersebut tidak boleh dijelmakan kerana Tun berada di luar parti. Apabila Tun menubuhkan parti baru, ini membuka ruang kepada penyokong beliau untuk keluar Bersatu dan menyertai parti baru ini. Lagipun masa depan politik Bersatu itu sendiri masih kabur apabila PN gagal didaftarkan, dalam masa sama Umno terus menolak parti tersebut. Penubuhan parti oleh Tun menyediakan pentas baru kepada ahli-ahli Bersatu untuk meneruskan idealisme perjuangan selepas parti asal mereka itu seperti bertemu jalan mati sekarang. Selain berusaha mendapat sokongan ahli2 Bersatu, saya percaya Tun akan merintis kolisi politik baru selepas parti beliau didaftarkan secara rasmi nanti. Ke...

GUANE CANGGOH SEKALI KENYATAAN MAD SAID ?

Dilihatkan kenyataan antara kedua pemimpin UMNO Negeri Terengganu ini bercanggah diantara satu sama lain. Dibawah adalah kenyataan sinis komen netizen anak muda Terengganu berkenaan tuduhan liar Pengerusi Perhubungan Umn Negeri terengganu, Ahmad Said. Ning NOK KABO LEVEL AKAL PENGERUSI UMNO Bakpe yg Mad id jadi meroyan gitu seme hawe sebulan kene kurung dlm rumoh mkn lada...MPKK dok ator beras ke? Mcm org isim buleh mic ning ckp ngubu ngabang skali. Sapa dokleh sesen dia kabo. Ni sifir mudoh dok perlu kira fasa² lah...nok kabo buleh ke dok jer... Kang kerajaan wi doh 45k kpd setiap YB dok kira PAS UMNO same rata. Patu 255k kpd Pusat Khidmat Masyarakat semua 32 Dun. Ke Mad id ni duduk dun ke 33? Kalu dok buleh mana bukti Mad id eh? Biar aku sdiri wat laporan! Kerana Pitih, Mat Said ajok UMNO jadi tamak haloba. Kerana Tamak, segala kebaikan dicerca dan difitnah. Kerana Tamak, Pengerusi UMNO Trg rela cakap lebong + plawok! Kerana Tamak, pah mane dose pahale?...

DAP TELAH TIADA TAPI PENGGADAIAN KEPENTINGAN BUMIPUTERA BERTERUSAN : UEM SUNRISE ‘BAILOUT’ ECOWORLD

  1. Pengarah Urusan (MD) dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) UEM Sunrise Bhd, Anwar Syahrin Abdul Ajib telah berhenti tiba – tiba. Perletakan berlaku sehari selepas cadangan pengabungan UEM Sunrise dan Eco World Development Group Bhd diumum secara rasmi. 2. Saya ialah yang pertama mendedahkan mengenai pengabungan yang jelas bersifat bailout ini sejak tahun lepas lagi (sila klik https://www.facebook.com/watch/live/?v=1307932699380585&ref=watch_permalink ). Namun pendedahan saya telah dijawab dengan penafian TIPU oleh UEM Sunrise dengan kenyataan mereka disiarkan oleh beberapa media kononnya UEM Sunrise tidak membuat atau menerima sebarang cadangan mengenai pengabungan (bailout) dengan Ecoworld. 3. UEM Sunrise ialah syarikat hartanah dengan suntikan dana besar dari Khazanah dan ‘bank tanah’ miliknya adalah hasil anugerah tanah oleh kerajaan yang sangat banyak dikawasan strategik telah dipaksa bergabung yang lebih tepat bailout Ecoworld sebuah syarikat yang mempunya liabiliti dan b...