[FMT] Pembantu Timbalan Menteri Industri Utama, Haziq Aziz yang dikaitkan dengan video seks gay dengan Mohamed Azmin Ali merayu agar Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad mempertimbangkan semula bukti salah laku menteri hal ehwal ekonomi itu.
Menerusi kiriman Facebooknya, Haziq memohon maaf kepada rakyat Malaysia dan merayu agar kes itu dilihat dari sudut pandangan beliau sebagai mangsa.
“YAB Tun Mahathir, rakyat Malaysia masih menghina saya kerana video pengakuan sebelum ini. Setelah Hilman datang berjumpa pada waktu siang fikiran saya semakin bercelaru kerana arahan yang diberikan olehnya.
“Saya disuruh untuk membuat video penafian dan pengakuan tipu bahawa orang ke-2 dalam video tersebut bukanlah Azmin.
“Saya tahu kedudukan Azmin sebagai seorang menteri dan ahli politik yang berkuasa sebagaimana sering diperkatakan sepanjang tempoh kami mengenali satu sama lain,” tulisnya di Facebook.
Terdahulu, Haziq yang juga Setiausaha Sulit Kanan Shamsul Iskandar Mohd Akin ditamatkan perkhidmatannya selepas mengaku beliau adalah salah seorang daripada lelaki terbabit dalam video seks sejenis yang tersebar di media sosial.
Beliau juga mendakwa Azmin sebagai individu kedua dalam video tersebut.
Azmin bagaimanapun menafikan dengan keras dakwaan tersebut mengatakan ia adalah sebahagian daripada usaha membunuh kerjaya politiknya.
Mengulas lanjut, Haziq berkata video lucah yang direkod itu adalah satu perbuatan khianat dan beliau dijadikan sebagai kambing hitam.
“Adakah rakyat Malaysia ingat saya begitu cetek untuk menjahanamkan masa depan saya dan keluarga?
“Penyebaran video itu membuka aib dan saya benar-benar ingin kembali ke jalan yang benar dengan penuh keinsafan sejak dulu tetapi lemah,” katanya.
Beliau berkata, sebelum ini masa depannya lebih terjamin sebagai seorang penjawat awam dalam kerajaan Malaysia baru, namun kini beliau dan keluarga dihukum dan sentiasa berada di ambang ketakutan kerana bercakap benar.
Beliau juga minta suaranya didengari dan tidak diperlekehkan hanya kerana menentang kata-kata dusta pemimpin yang selama ini digambarkan sebagai bebas dari salah laku dan diagungkan orang ramai.
“Saya berharap YAB Tun Mahathir dapat bersikap adil dalam hal ini kerana keluarga saya bukanlah dari orang berada dan amat sukar untuk menghadapi masa hadapan

Comments
Post a Comment