Skip to main content

EKSKLUSIF: 400 HARI PAKATAN JUAL LEBIH RM20 BILION ASET NEGARA - Abdul Muein Abadi


1. Genap 400 hari Pakatan berkuasa, sekurang-kurangnya lebih RM20 bilion aset negara telah dijual. Secara purata, setiap hari sebanyak RM51 juta aset negara dijual, bersamaan dengan RM2.1 juta aset negara terjual setiap jam di bawah Pakatan.
2. Kesemua aset ini termasuklah sebahagian pegangan dalam IHH Berhad (RM8.42 bilion), Sapura Upstream (RM3.7 bilion), Acibadem Sigort (RM1.25 bilion), Telco M1 (RM1.65 bilion), saham TNB (RM1.05 bilion), Boustead Plantation (RM1.2 bilion), Axiata Digital (RM0.579 bilion), BDO Unibank (RM0.415 bilion), CIMB (RM0.364 bilion), Hotel Royale Chulan (RM0.197 bilion), dan juga bangunan Konsulat di Hong Kong yang telah pun mempunyai pembeli dari China (RM1.6 bilion).
3. Tidak cukup dengan kadar ini, terbaru portal perniagaan terkemuka The Edge Markets melaporkan bahawa Pakatan kini merancang untuk terus menjual aset-aset Khazanah iaitu UEM Sunrise, UEM Edgenta, UEM Builders, Cement Industries of Malaysia (CIMA), Projek Lebuh Raya Utara-Selatan (PLUS), dan juga pegangan dalam Malaysia Airport Holdings Berhad (MAHB) serta Malaysia Airlines Berhad (MAB atau lebih dikenali sebagai MAS) (https://www.theedgemarkets.com/…/khazanah-asset-sales-set-p…).
4. Malah, perkembangan ini selari dengan kenyataan Tun Mahathir susulan pertemuan beliau dengan pelabur dari British dalam satu dialog perniagaan anjuran Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) dan Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE), dengan kerjasama Majlis Perniagaan United Kingdom-Asean (UKABC) dan Maybank baru-baru ini (http://www.astroawani.com/…/kerajaan-akan-jual-aset-demi-ku…).
5. Secara terbuka Tun Mahathir mengakui bahawa “Saya berminat untuk menjual beberapa aset sebagai usaha untuk meraih pendapatan...Kita ada banyak aset…kita ada tanah, syarikat milik kerajaan, fasiliti, institusi yang dimiliki kerajaan…dan ada di antara aset-aset ini yang sedang kita pertimbangkan”.
6. Paling menimbulkan persoalan tentulah penjualan IHH Berhad kepada Jepun pada bulan November 2018 dengan harga RM8.42 bilion, sedangkan keuntungan IHH Berhad naik 5 kali ganda untuk suku ke-4 2018 berbanding tahun sebelumnya. (https://www.theedgemarkets.com/…/khazanah-asset-sales-set-p…).
7. Begitu juga apabila Menteri Kewangan Lim Guan Eng cuba mendakwa bahawa kadar “pelaburan” asing telah meningkat sedangkan ia sebenarnya berpunca daripada penjualan aset negara seperti antaranya penjualan bernilai RM3.7 bilion (50% kepentingan dalam) syarikat Sapura Upstream Sdn Bhd yang dimilik 40% oleh PNB kepada syarikat OMV dari Austria (https://www.omv.com/…/190201_omv_and_sapura_energy_close_ag…).
8. Untuk rekod, pada Ogos 2018, Khazanah di bawah Pakatan telah menjual syarikat insurans Turki, Acibadem Sigort dengan harga RM1.25 bilion kepada syarikat UK, iaitu Bupa (https://www.dealstreetasia.com/…/khazanah-turkish-insurer-…/).
9. Seluruh pegangan Khazanah melalui Axiata di dalam Syarikat telco M1 juga telah dijual kepada Singapura dengan harga RM1.65 bilion (https://www.reuters.com/…/update-2-malaysias-axiata-accepts…).
10. Pada April 2019 Khazanah di bawah Pakatan menjual saham TNB sebanyak RM1.05 bilion.
11. April 2019 juga, Axiata di bawah Pakatan telah menjual perniagaan digital mereka (Axiata Digital) kepada Singapura dengan harga RM579 juta.
12. Lebih setengah dari pegangan Khazanah dalam bank Filipina terbesar BDO Unibank Inc telah dijual kepada Filipina dengan harga RM415 juta yang juga di bawah harga pasaran (http://www.bhplus.com.my/…/khazanah-jual-saham-bank-filipin…).
13. DRB-Hicom turut menjual kepentingan 11% dalam Modenas kepada syarikat Jepun, Kawasaki yang kemudiannya membeli saham keutamaan boleh tukar (CPS) Modenas, menjadikan penguasaannya meningkat kepada 48%.
14. Menara FELCRA yang dilancarkan oleh bekas Perdana Menteri Najib Razak turut akan dijual oleh PH, dengan Nilai Pembangunan Kasar (GDV) melebihi RM1 bilion (http://www.utusan.com.my/…/menara-felcra-dijual-cairkan-kew…).
15. Pada bulan Disember 2018, Khazanah mula menjual CIMB Bank dengan penjualan 63 juta saham CIMB kepada pembeli-pembeli yang tidak dinamakan pada harga RM364 juta atau harga RM5.78 satu saham. Sebelum PRU14, harga saham CIMB adalah pada harga RM7.30. Sudahlah harga saham merudum, hasil jualan pula kurang RM86 juta.
16. Hotel Royale Chulan Bukit Bintang milik syarikat Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT), Boustead Holdings juga dilaporkan telah dijual kepada syarikat Singapura dengan harga RM197 juta (http://www.astroawani.com/…/boustead-jual-hotel-royale-chul…).
17. Boustead Plantations mengumumkan bahawa mereka akan jual tanah miliknya yang berharga RM1.2 bilion pada April 2019 (https://themalaysianreserve.com/…/boustead-plantations-pla…/).
18. Selain kesemua penjualan ini, Khazanah juga telah meluluskan penggabungan Axiata (Celcom) dengan Telenor (DIGI) sedangkan dahulu Pakatan akan menuduh langkah sebegini sebagai jual aset negara seperti Proton-Geely.
19. Disebalik kesemua penjualan aset dan kepentingan Khazanah Nasional, ia masih bertindak menjual bon sebanyak RM2 bilion pada Mei 2019.
20. FGV dan Tabung Haji bawah Pakatan juga cuba menjual aset ladang sawit bernilai RM4.13 bilion di Kalimantan, Indonesia (https://www.bharian.com.my/…/fgv-tabung-haji-pertimbang-jua…).
21. Sebuah bangunan Konsulat Malaysia di Hong Kong 28 tingkat telah diputuskan oleh kerajaan BN dahulu untuk dijual kepada syarikat Malaysia pada harga RM1.1 bilion, sebaliknya kerajaan Pakatan cuba menjualnya kepada syarikat China Kumpulan Evergrande China dengan harga RM1.6 bilion (https://www.bharian.com.my/…/penjualan-aset-di-hong-kong-di…).
22. Dua projek kerjasama Khazanah dengan Temasek (Singapura) iaitu Marina One dan Duo turut menjadi perhatian seperti mana laporan The Edge Markets berikut: “Another jewel is Khaznah’s 60% interest in the M+S joint venture with Singapore’s Temasek Holdings. The JV developed two projects — Marina One in Marina Bay and Duo in Bugis — that were the result of a 2010 land swap deal between the two governments. According to an M+S statement in January, the two projects had a gross development value of S$11 billion or RM33 billion. The land cost and shareholders injection was around S$4.0 billion and after deducting development costs, it is estimated that the profit could be as much as S$3.0 billion. It is understood that M+S could generate around RM12 billion cash, including a profit of RM5.4 billion, for Khazanah if it sells the 60% stake. Will Khazanah assets be sold to raise cash for the government?” (https://www.theedgemarkets.com/…/cover-story-will-khazanahs…).
23. Pengarah Urusan Khazanah, Datuk Shahril Ridza Ridzuan sendiri pada Mac 2019 tidak menolak “sebarang cadangan penjualan aset sedia ada miliknya termasuk Legoland Malaysia Resort (Legoland Malaysia), jika ia mampu memberi pulangan nilai lebih baik pada masa depan”. Kenyataan beliau ini sebagai reaksi kepada laporan Bloomberg bahawa Khazanah mempertimbangkan untuk menjual Legoland Malaysia yang dianggarkan bernilai sekitar RM1 bilion (AS$245 juta), termasuk hutang (https://www.bharian.com.my/…/khazanah-tidak-tolak-jual-aset…).
24. Tidak cukup dengan kesemua langkah penjualan aset ini, semalam kita dikejutkan pula dengan pengumuman bahawa Khazanah Nasional telah melantik ahli lembaga pengarah baharu dari China iaitu Prof Xiao’ou Tang (https://www.theedgemarkets.com/…/khazanah-appoints-three-ne…).
25. Untuk rekod, pelantikan ini menandakan buat pertama kalinya Khazanah melantik warga asing di posisi yang teramat penting ini. Malah pelantikan ini dilaporkan secara besar-besaran oleh media seperti South China Morning Post (https://www.scmp.com/…/malaysias-sovereign-wealth-fund-appo…).
26. Prof Xiao’ou Tang ialah Pengasas SenseTime dan pensyarah di Chinese University of Hong Kong.
27. Encik Lau Seng Yee pula ialah Naib Presiden Eksekutif Kanan dan Pengerusi Pemasaran dan Penjenamaan Kumpulan Tencent Holding Company Limited di China. Beliau adalah merupakan warga Malaysia berpangkalan di China.
28. Pelantikan Prof Xiao’ou Tang dilihat susulan daripada lawatan Tun Mahathir ke ibu pejabat SenseTime di Beijing sebelum ini.
29. Untuk rekod, SenseTime sebelum ini bekerjasama dengan syarikat G3 Global Bhd. dan juga China Harbour Engineering Company Ltd. (CHEC) untuk menubuhkan taman kecerdasan buatan (AI) yang pertama di Malaysia dengan pelaburan sebanyak AS$1 bilion (RM4.14 bilion) (http://www.utusan.com.my/…/g3-global-rakan-rancang-labur-rm…).
30. Secara ringkasnya, kerajaan Pakatan hari ini bukan sahaja bertindak menjual aset negara secara besar-besaran – terutama sekali kepada pihak asing – tetapi juga melantik pihak asing yang berpengaruh dari kuasa besar ke posisi yang cukup strategik dalam badan pelaburan dan pembangunan ekonomi negara.
31. Dari perspektif geopolitik, kedua-dua langkah ini tidak strategik untuk kepentingan negara dalam jangka masa panjang. Seperti mana amaran para sarjana seperti Profesor John Ikenberry (Princeton University), Profesor David Lake (University of California), Profesor Michael Mastanduno (Dartmouth College), Profesor Peter Katzenstein (Cornell University), dan juga Profesor Stephen Krasner (Stanford University), negara bukan kuasa besar (seperti kita) perlu berusaha untuk meningkatkan ‘internal mobilization’ dan juga ‘external extraction’.
32. ‘Internal mobilization’ bermaksud ‘the creation of wealth and an investment in power’ (penciptaan kekayaan dan pelaburan untuk membina kuasa) manakala ‘external extraction’ pula ialah ‘state efforts to accumulate resources from outside its borders that can be used in achieving domestic objectives’ (usaha kerajaan untuk mengumpul sumber/pendapatan dari luar sempadannya yang boleh digunakan bagi mencapai objektif-objektif domestik).
33. Sebaliknya, langkah kerajaan Pakatan hari ini dipandu ideologi ekonomi neoliberal yang menitikberatkan pengurangan tanggungjawab dan saiz kerajaan – termasuklah alasan mengurangkan hutang yang sebenarnya tidak menjanjikan kemakmuran – sama sekali tidak mengambil kira kepentingan strategik negara untuk jangka masa panjang.
Kerajaan Pakatan perlu segera menghentikan amalan penjualan aset-aset negara dan menyemak kembali pelantikan warga asing ke posisi strategik seperti di Khazanah.
Ingatlah pesanan peribahasa Melayu berikut:
‘Gunung yang tinggi akan runtuh jika setiap hari digali’.

Oleh: Abdul Muein Abadi, Pensyarah Program Sains Politik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)

Comments

Popular posts from this blog

PARTI BARU TUN

 PARTI BARU TUN Ramai orang memberi maklum balas sinikal terhadap penubuhan parti baru oleh Tun, saya mempunyai pandangan berbeza. Tun seorang politikus licik dan berpengalaman, gerak politik beliau masih berpotensi memberi impak besar kepada politik tanah air. Sokongan ahli-ahli Bersatu terhadap Tun masih kuat, namun sokongan tersebut tidak boleh dijelmakan kerana Tun berada di luar parti. Apabila Tun menubuhkan parti baru, ini membuka ruang kepada penyokong beliau untuk keluar Bersatu dan menyertai parti baru ini. Lagipun masa depan politik Bersatu itu sendiri masih kabur apabila PN gagal didaftarkan, dalam masa sama Umno terus menolak parti tersebut. Penubuhan parti oleh Tun menyediakan pentas baru kepada ahli-ahli Bersatu untuk meneruskan idealisme perjuangan selepas parti asal mereka itu seperti bertemu jalan mati sekarang. Selain berusaha mendapat sokongan ahli2 Bersatu, saya percaya Tun akan merintis kolisi politik baru selepas parti beliau didaftarkan secara rasmi nanti. Ke...

GUANE CANGGOH SEKALI KENYATAAN MAD SAID ?

Dilihatkan kenyataan antara kedua pemimpin UMNO Negeri Terengganu ini bercanggah diantara satu sama lain. Dibawah adalah kenyataan sinis komen netizen anak muda Terengganu berkenaan tuduhan liar Pengerusi Perhubungan Umn Negeri terengganu, Ahmad Said. Ning NOK KABO LEVEL AKAL PENGERUSI UMNO Bakpe yg Mad id jadi meroyan gitu seme hawe sebulan kene kurung dlm rumoh mkn lada...MPKK dok ator beras ke? Mcm org isim buleh mic ning ckp ngubu ngabang skali. Sapa dokleh sesen dia kabo. Ni sifir mudoh dok perlu kira fasa² lah...nok kabo buleh ke dok jer... Kang kerajaan wi doh 45k kpd setiap YB dok kira PAS UMNO same rata. Patu 255k kpd Pusat Khidmat Masyarakat semua 32 Dun. Ke Mad id ni duduk dun ke 33? Kalu dok buleh mana bukti Mad id eh? Biar aku sdiri wat laporan! Kerana Pitih, Mat Said ajok UMNO jadi tamak haloba. Kerana Tamak, segala kebaikan dicerca dan difitnah. Kerana Tamak, Pengerusi UMNO Trg rela cakap lebong + plawok! Kerana Tamak, pah mane dose pahale?...

DAP TELAH TIADA TAPI PENGGADAIAN KEPENTINGAN BUMIPUTERA BERTERUSAN : UEM SUNRISE ‘BAILOUT’ ECOWORLD

  1. Pengarah Urusan (MD) dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) UEM Sunrise Bhd, Anwar Syahrin Abdul Ajib telah berhenti tiba – tiba. Perletakan berlaku sehari selepas cadangan pengabungan UEM Sunrise dan Eco World Development Group Bhd diumum secara rasmi. 2. Saya ialah yang pertama mendedahkan mengenai pengabungan yang jelas bersifat bailout ini sejak tahun lepas lagi (sila klik https://www.facebook.com/watch/live/?v=1307932699380585&ref=watch_permalink ). Namun pendedahan saya telah dijawab dengan penafian TIPU oleh UEM Sunrise dengan kenyataan mereka disiarkan oleh beberapa media kononnya UEM Sunrise tidak membuat atau menerima sebarang cadangan mengenai pengabungan (bailout) dengan Ecoworld. 3. UEM Sunrise ialah syarikat hartanah dengan suntikan dana besar dari Khazanah dan ‘bank tanah’ miliknya adalah hasil anugerah tanah oleh kerajaan yang sangat banyak dikawasan strategik telah dipaksa bergabung yang lebih tepat bailout Ecoworld sebuah syarikat yang mempunya liabiliti dan b...