BNM telah update laman web mereka hari ini untuk menujukkan pinjaman RM3.5 bilion semalam.
Tak sampai masa 1 bulan pun, kerajaan PH telah menambah hutang negara sebanyak RM11.5 bilion.
Kalau kita perhatikan, tiada seorang menteri atau pemimpin PH berani mengeluarkan kenyataan tentang hutang rasmi negara yang telah mencecah RM800 bilion semalam.
Kini hutang rasmi sudah naik ke RM800.8 bilion berbanding RM686.8 bilion masa BN.
Ada yang bertanya bagaimana dikira hutang negara sudah cecah RM800 bilion.
Senang sahaja.mari kita renungkan.
Kit guna data rasmi kerajaan PH.
Pertama sekali kita tengok hutang rasmi diumumkan oleh BNM pada akhir suku pertama tahun 2019 (Gambar A).
Angka (A) ini adalah RM776,816 juta atau RM776.8 bilion iaitu naik dari RM741..1 bilion pada akhir tahun 2018 dan RM686.8 bilion pada akhir tahun 2017 masa BN.
Data untuk gambar (A) ini ada di link BNM ini:
Kemudian kita tambah pinjaman untuk bulan-bulan selepas bulan Mac (iaitu akhir suku pertama) seperti dalam gambar (B).
Data untuk gambar (B) ini ada di link BNM ini:
(Market Activities ---> Primary Market ---> Summary of Government Issuances and Redemption)
Bulan April 2019:
- Pinjam RM10.5b bayar balik RM10b:
- Tambahan hutang RM0.50b
- Pinjam RM10.5b bayar balik RM10b:
- Tambahan hutang RM0.50b
Bulan Mei 2019:
- Pinjam RM12b, Tak bayar balik apa-apa.
- Tambahan hutang RM12.0b
- Pinjam RM12b, Tak bayar balik apa-apa.
- Tambahan hutang RM12.0b
Bulan Jun 2019:
- Pinjam RM8b, Tak bayar balik apa-apa.
- Tambahan hutang RM8.0b
- Pinjam RM8b, Tak bayar balik apa-apa.
- Tambahan hutang RM8.0b
Untuk bulan Julai, data itu belum masuk BNM kerana bon pinjaman tambahan RM3.5 bilion (untuk bayar balik tahun 2034) baru diterbitkan semalam. (Gambar C)
Maka:
RM776.8b (suku pertama) + RM0.50b (April) + RM12b (Mei) + RM8b (Jun) + RM3.5b (Julai)
=RM800.8 bilion.
Perlu ingat bahawa tidak ada seorang pemimpin PH pernah kata saya berbohong tentang pengiraan saya bagi kenaikan hutang negara di bawah PH.
Cuma seorang sahaja, iaitu Tony Pua, yang menjawab bahawa pinjaman baru setiap bulan oleh kerajaan PH adalah perkara biasa kerana kerajaan PH melaksanakan bajet defisit.
Monthly bond issuance a normal process to manage fiscal deficit, don’t you know this? Pua asks Najib: https://www.malaymail.com/news/malaysia/2019/05/16/monthly-bond-issuance-a-normal-process-to-manage-fiscal-deficit-dont-you-kn/1753622
Tapi masalahnya ialah defisit dalam bajet kerajaan PH adalah jauh lagi tinggi dari masa kereajaan BN
Yang dijanjikan mereka kepada pengundi ialah untuk kurangkan hutang negara tapi yang dilakukan oleh PH ialah hutang negara tambah dengan jauh lebih pantas dan tinggi lagi.
Bolehlah teruskan rancangan PH untuk mencapai hasrat hutang negara RM1 trilion disamping menjiual aset negara secara lambak.

Comments
Post a Comment