Skip to main content

Kes Kematian Suku Batek Kuala Koh : Semua Pihak Diminta Hormati Kementerian Kesihatan Malaysia


Saya meneliti satu laporan di pautan https://theleaders-online.com/panelist-rubbishes-govts-rea…/ melibatkan beberapa orang panelis dalam forum yang bertajuk “What has led to the Kuala Koh catastrophe?” yang telah dianjurkan oleh Malaysian Indigenous Studies (CMIS) di Universiti Malaya pada hari Jumaat baru baru ini bahawa tidak bersetuju dengan punca kematian orang asli Kuala Koh.
Saya agak terkejut dengan kenyataan salah seorang panelis iaitu Dr Steven Chow KS yang merupakan pakar perunding dermatologi yang secara wewenang kelihatannya cuba “membakulsampahkan” keputusan kajian pihak Kementerian Kesihatan berkaitan kes kematian orang asli Suku Batek di Kuala Koh.
Kerajaan Persekutuan melalui kementerian berkenaan telahpun mengeluarkan keputusan hasil kajian mengenai kes tersebut dan menyimpulkan bahawa kematian 15 orang tersebut adalah disebabkan oleh demam campak. Menteri Kesihatan iaitu Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad sendiri mengumumkan perkara ini sejak 17hb Jun lalu.
Tidak dinafikan bahawa penduduk di kampung ini sejak sekian lama menghidap jangkitan cacing, penyakit kulit, jangkitan kulat, kes malnutrisi kanak kanak dan beberapa yang lain. Dan untuk hal ini saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada pasukan doktor dan pegawai perubatan dari Hospital Orang Asli Gombak yang hampir setiap bulan turun dan merawat penduduk di sini.
Namun apabila dibangkitkan oleh Dr Chow akan keraguan berkaitan kualiti air di Kuala Koh dan beliau seakan akan menyalahkan media yang dikatakan “sugar coated” ataupun cuba “menyembunyikan” berita sebenar dengan melaporkan sisi baik sahaja berkaitan kes ini, maka saya kira pandangan beliau sedikit tersasar. Sejak 11hb Jun lagi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kelantan telah mengesahkan bahawa sumber air di beberapa tempat sekitar Kuala Koh bebas daripda sebarang pencemaran dan radioaktif.
Malahan, sehari berikutnya pada 12hb Jun pula Jabatan Kimia membuat satu persampelan yang dijalankan mendapati tiada pencemaran daripada sisa ladang kelapa sawit menerusi penggunaan dua pestisid dan herbisid.
Seterusnya, Jabatan Alam Sekitar sendiri turut mengesahkan tidak terdapat sebarang kejadian pelepasan sisa daripada aktiviti perlombongan manganese di Aring 10 yang terletak tiga kilometer dari perkampungan Orang Asli Kuala Koh.
Kesimpulannya, sumber air khususnya di kawasan penempatan penduduk Orang Asli suku kaum Batek Kampung Kuala Koh, di sini secara keseluruhan didapati normal dan mematuhi standard kualiti air minum kebangsaan bagi air mentah.
Panelis forum tersebut juga menimbulkan keraguan berkaitan laporan bedah siasat dan menyebut kemungkinan berlakunya penularan wabak. Bahkan bilangan kematian yang dilaporkan oleh pihak Jakoa dan Kementerian juga diragui oleh beliau. Ini semua seakan akan mencabar kesahihan laporan para doktor pakar yang telah dilantik pihak kerajaan dalam melakukan semua kajian termasuklah bedah siasat ke atas mangsa yang terlibat.
Walaupun pasukan Dr Chow dikatakan turun pada 28hb April iaitu hampir seminggu sebelum berlakunya kematian, dan beliau menyebut bahawa tiada tanda tanda berlakunya campak di kawasan penduduk ini, namun umum diketahui bahawa demam campak boleh merebak dengan amat cepat. Simptom demam panas, selesema, batuk dan mata bertukar menjadi merah hanyalah dalam masa dua hingga tiga hari sahaja. Manakala komplikasi pneumonia dan encephalitis yang boleh membawa maut, kerap berlaku kepada pesakit yang kurang imuniti serta nutrien seperti yang terjadi dalam kalangan suku batek di sini.
Justeru saya berharap agar para ilmuan dan ahli perubatan luar untuk sama sama menghormati hasil kajian yang telah diumumkan oleh pihak kementerian sebelum daripada ini. Dan ia juga harus menjadi titik tolak kepada semua pihak untuk terus menjaga persekitaran yang bersih dan sihat. Budaya salah menyalahkan dalam sesuatu tragedi amatlah tidak sihat dan tidak membawa manfaat walau sedikitpun.
Sekian.

YB Dato' Panglima Perang Haji Mohd Nassuruddin bin Haji Daud
Ketua Penerangan PAS Kelantan

Comments

Popular posts from this blog

PARTI BARU TUN

 PARTI BARU TUN Ramai orang memberi maklum balas sinikal terhadap penubuhan parti baru oleh Tun, saya mempunyai pandangan berbeza. Tun seorang politikus licik dan berpengalaman, gerak politik beliau masih berpotensi memberi impak besar kepada politik tanah air. Sokongan ahli-ahli Bersatu terhadap Tun masih kuat, namun sokongan tersebut tidak boleh dijelmakan kerana Tun berada di luar parti. Apabila Tun menubuhkan parti baru, ini membuka ruang kepada penyokong beliau untuk keluar Bersatu dan menyertai parti baru ini. Lagipun masa depan politik Bersatu itu sendiri masih kabur apabila PN gagal didaftarkan, dalam masa sama Umno terus menolak parti tersebut. Penubuhan parti oleh Tun menyediakan pentas baru kepada ahli-ahli Bersatu untuk meneruskan idealisme perjuangan selepas parti asal mereka itu seperti bertemu jalan mati sekarang. Selain berusaha mendapat sokongan ahli2 Bersatu, saya percaya Tun akan merintis kolisi politik baru selepas parti beliau didaftarkan secara rasmi nanti. Ke...

GUANE CANGGOH SEKALI KENYATAAN MAD SAID ?

Dilihatkan kenyataan antara kedua pemimpin UMNO Negeri Terengganu ini bercanggah diantara satu sama lain. Dibawah adalah kenyataan sinis komen netizen anak muda Terengganu berkenaan tuduhan liar Pengerusi Perhubungan Umn Negeri terengganu, Ahmad Said. Ning NOK KABO LEVEL AKAL PENGERUSI UMNO Bakpe yg Mad id jadi meroyan gitu seme hawe sebulan kene kurung dlm rumoh mkn lada...MPKK dok ator beras ke? Mcm org isim buleh mic ning ckp ngubu ngabang skali. Sapa dokleh sesen dia kabo. Ni sifir mudoh dok perlu kira fasa² lah...nok kabo buleh ke dok jer... Kang kerajaan wi doh 45k kpd setiap YB dok kira PAS UMNO same rata. Patu 255k kpd Pusat Khidmat Masyarakat semua 32 Dun. Ke Mad id ni duduk dun ke 33? Kalu dok buleh mana bukti Mad id eh? Biar aku sdiri wat laporan! Kerana Pitih, Mat Said ajok UMNO jadi tamak haloba. Kerana Tamak, segala kebaikan dicerca dan difitnah. Kerana Tamak, Pengerusi UMNO Trg rela cakap lebong + plawok! Kerana Tamak, pah mane dose pahale?...

DAP TELAH TIADA TAPI PENGGADAIAN KEPENTINGAN BUMIPUTERA BERTERUSAN : UEM SUNRISE ‘BAILOUT’ ECOWORLD

  1. Pengarah Urusan (MD) dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) UEM Sunrise Bhd, Anwar Syahrin Abdul Ajib telah berhenti tiba – tiba. Perletakan berlaku sehari selepas cadangan pengabungan UEM Sunrise dan Eco World Development Group Bhd diumum secara rasmi. 2. Saya ialah yang pertama mendedahkan mengenai pengabungan yang jelas bersifat bailout ini sejak tahun lepas lagi (sila klik https://www.facebook.com/watch/live/?v=1307932699380585&ref=watch_permalink ). Namun pendedahan saya telah dijawab dengan penafian TIPU oleh UEM Sunrise dengan kenyataan mereka disiarkan oleh beberapa media kononnya UEM Sunrise tidak membuat atau menerima sebarang cadangan mengenai pengabungan (bailout) dengan Ecoworld. 3. UEM Sunrise ialah syarikat hartanah dengan suntikan dana besar dari Khazanah dan ‘bank tanah’ miliknya adalah hasil anugerah tanah oleh kerajaan yang sangat banyak dikawasan strategik telah dipaksa bergabung yang lebih tepat bailout Ecoworld sebuah syarikat yang mempunya liabiliti dan b...