Skip to main content

Sepanjang karier politik Tun M - S46, PKR & PPBM parti melayu ditubuhkan


HAYAT kerajaan PH seperti diramal dan dihidu oleh banyak pihak, protes diam dan yang muncul mencabar seperti taufan fenomena yang tak sabar menunggu detik PRU15. Sebagai orang paling lama dalam politik negara ini, Tun Mahathir bukanlah naif dan terlalu bodoh untuk membaca olakan permukaan dan kocakan di dasar politik tanah air. Perdana Menteri ketujuh Malaysia ini mula memancing emosi orang Melayu untuk bersatu di bawah partinya yang berumur kurang daripada tiga tahun itu.

Politik orang Melayu di ambang perpecahan yang dasyat sehingga kuasa tawar menawar politik mereka tersangat lemah. Parti Tun sendiri hanya memenangi 12 kerusi Parlimen dalam PRU14, bergantung ehsan kepada DAP dalam pemuafakatan PH. Pasca 9 Mei 2018, kontrak sosial didobrak dengan rakus oleh politikus chauvinis sehingga dua parti politik terbesar orang Melayu, PAS dan Umno menyusun pemuafakatan baru perpaduan ummah. Penyokong PH seperti kerasukan melihat penyatuan ini dan seperti menghidu malapetaka kepada mereka dalam PRU15.

Tun Mahathir memberikan sejumlah alasan mengapa orang Melayu tidak boleh berpecah, dan tiada pun orang yang tak bersetuju dengan alasan untuk perlukan satu kesatuan yang kukuh bagi orang Melayu. Namun watak Tun sendiri sebagai bapa penyatuan yang diragui kerana bagasi sejarahnya tak mampu ditutup dengan nyiru.
Tun Mahathir menggerakkan usaha menjatuhkan Tunku Abdul Rahman, berselisih dengan mantan PM yang lain, menaiki kuasa pada tahun 1981 dengan denai sejarah intriq dan polemik yang panjang. Beliau mempunyai empat orang Timbalan Perdana Menteri, di zamannya juga berlakunya tragedi Memali, tangkapan borong ISA seperti tangkapan pemuda, Ops Kenari, Operasi Lalang, tangkapan KMM. Pelbagai akta draconian muncul di zamannya memerintah Malaysia antara tahun 1981 sehingga 2003.
Di zaman Tun Mahathir, Umno berantakan sehingga diharamkan pada tahun 1988. Persaingan kuasa antara Tun dan Ku Li, melahirkan parti Semangat 46, persaingan kuasa dengan Anwar Ibrahim sehingga dipecat jawatan sebagai timbalan dalam parti dan kerajaan telah melahirkan Parti Keadilan Nasional. Tun tak peduli suara penentang-penentangnya dalam politik, biar bantahan awam bermandi darah, bersimbah air kimia, politik pecah dan perintah sangat sinonim dengan Tun dalam dekad 1980-an dan 1990-an.
PAS paling teruk dilanyak di bawah pemerintahan Tun, pemenjaraan politik, penistaan, pengucilan kepada negeri-negeri yang ditadbir oleh PAS seperti Kelantan dan Terengganu. Parti Islam itu sentiasa konsisten mengajak umat untuk bersatu di bawah persaudaraan akidah dan tidak meminggirkan kaum lain. Dalam sejarahnya, semua parti-parti serpihan musuh PAS mencari parti Islam itu untuk "bernafas" dan bertapak. Tak sedikit yang akhirnya mengkhinati PAS selepas mendapat sedikit nikmat kekuasaan.
Parti Bersatu boleh sahaja menyertai pemuafakatan politik kesatuan ummah untuk menyelamatkan tanah air ini. Saya tidak mengharapkan PAN untuk menyertai pemuafakatn ummah ini kerana Tun juga memahami citra dan aspirasi parti serpihan PAS itu seumpama Dewan Himpunan Penyokong DAP. Masa depan ummah tidak boleh digadaikan di tangan pemimpin chauvinis dan etnosentrism anak butir PAP, tanah leluhur ini ada tuan tanahnya!

DR RIDUAN MOHAMAD NOR

Comments

Popular posts from this blog

PARTI BARU TUN

 PARTI BARU TUN Ramai orang memberi maklum balas sinikal terhadap penubuhan parti baru oleh Tun, saya mempunyai pandangan berbeza. Tun seorang politikus licik dan berpengalaman, gerak politik beliau masih berpotensi memberi impak besar kepada politik tanah air. Sokongan ahli-ahli Bersatu terhadap Tun masih kuat, namun sokongan tersebut tidak boleh dijelmakan kerana Tun berada di luar parti. Apabila Tun menubuhkan parti baru, ini membuka ruang kepada penyokong beliau untuk keluar Bersatu dan menyertai parti baru ini. Lagipun masa depan politik Bersatu itu sendiri masih kabur apabila PN gagal didaftarkan, dalam masa sama Umno terus menolak parti tersebut. Penubuhan parti oleh Tun menyediakan pentas baru kepada ahli-ahli Bersatu untuk meneruskan idealisme perjuangan selepas parti asal mereka itu seperti bertemu jalan mati sekarang. Selain berusaha mendapat sokongan ahli2 Bersatu, saya percaya Tun akan merintis kolisi politik baru selepas parti beliau didaftarkan secara rasmi nanti. Ke...

GUANE CANGGOH SEKALI KENYATAAN MAD SAID ?

Dilihatkan kenyataan antara kedua pemimpin UMNO Negeri Terengganu ini bercanggah diantara satu sama lain. Dibawah adalah kenyataan sinis komen netizen anak muda Terengganu berkenaan tuduhan liar Pengerusi Perhubungan Umn Negeri terengganu, Ahmad Said. Ning NOK KABO LEVEL AKAL PENGERUSI UMNO Bakpe yg Mad id jadi meroyan gitu seme hawe sebulan kene kurung dlm rumoh mkn lada...MPKK dok ator beras ke? Mcm org isim buleh mic ning ckp ngubu ngabang skali. Sapa dokleh sesen dia kabo. Ni sifir mudoh dok perlu kira fasa² lah...nok kabo buleh ke dok jer... Kang kerajaan wi doh 45k kpd setiap YB dok kira PAS UMNO same rata. Patu 255k kpd Pusat Khidmat Masyarakat semua 32 Dun. Ke Mad id ni duduk dun ke 33? Kalu dok buleh mana bukti Mad id eh? Biar aku sdiri wat laporan! Kerana Pitih, Mat Said ajok UMNO jadi tamak haloba. Kerana Tamak, segala kebaikan dicerca dan difitnah. Kerana Tamak, Pengerusi UMNO Trg rela cakap lebong + plawok! Kerana Tamak, pah mane dose pahale?...

DAP TELAH TIADA TAPI PENGGADAIAN KEPENTINGAN BUMIPUTERA BERTERUSAN : UEM SUNRISE ‘BAILOUT’ ECOWORLD

  1. Pengarah Urusan (MD) dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) UEM Sunrise Bhd, Anwar Syahrin Abdul Ajib telah berhenti tiba – tiba. Perletakan berlaku sehari selepas cadangan pengabungan UEM Sunrise dan Eco World Development Group Bhd diumum secara rasmi. 2. Saya ialah yang pertama mendedahkan mengenai pengabungan yang jelas bersifat bailout ini sejak tahun lepas lagi (sila klik https://www.facebook.com/watch/live/?v=1307932699380585&ref=watch_permalink ). Namun pendedahan saya telah dijawab dengan penafian TIPU oleh UEM Sunrise dengan kenyataan mereka disiarkan oleh beberapa media kononnya UEM Sunrise tidak membuat atau menerima sebarang cadangan mengenai pengabungan (bailout) dengan Ecoworld. 3. UEM Sunrise ialah syarikat hartanah dengan suntikan dana besar dari Khazanah dan ‘bank tanah’ miliknya adalah hasil anugerah tanah oleh kerajaan yang sangat banyak dikawasan strategik telah dipaksa bergabung yang lebih tepat bailout Ecoworld sebuah syarikat yang mempunya liabiliti dan b...